Anda di halaman 1dari 32

Topik 1 Pengenalan Karya Agung

SGRM3037 PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

Makna kesusasteraan
ke + su + sastera + an /su/ bermaksud indah, cantik, molek Sastera (castra) adalah karya atau kumpulan

karya sama ada dalam bentuk lisan, tulisan atau elektronik yang mempunyai nilai keindahan, mesej dan pemikiran.

Melayu
Ismail Hamid (1988) merumuskan bahawa

bangsa Melayu dilihat dalam konteks sosial dan budaya mereka yang tinggal di Semenanjung Malaysia, dan kepulauan Nusantara. Bangsa Melayu erat dengan bahasa, sastera dan budaya Melayu.

Prasejarah Melayu
Zaman prasejarah Melayu- bangsa Melayu

sudah mempunyai sistem kepercayaan yang disebut animisme; percaya hal-hal ghaib, hantu, dewa-dewi, penunggu (Ismail Hamid, 1988). Dalam hal sistem politik, dan sastera tidak jelas.

Kerajaan Melayu
Sastera dan bahasa Melayu berkembang

semasa munculnya kerajaan Melayu di alam Nusantara; misalnya kerajaan Seriwijaya (abad ke-7 hingga ke-13), kerajaan Majapahit (abad 13 dan 14), kerajaan Pasai (abad 13 dan 14), kerajaan Patani (abad 13 dan 18), kerajaan Melaka (abad 15), dan kerajaan Johor-Riau (abad 16 dan 19) (Ismail Hamid, 1988).

Bahasa dan Sastera Melayu


Kemunculan kedua-dua unsur kebudayaan ini

tidak dapat dipisahkan, dan ia berkembang selari mengikut zaman. Bahasa sebagai wahana sama ada secara lisan, tulisan atau elektronik adalah untuk menyampaikan mesej dan pemikiran manusia yang menyerlahkan tamadun bangsa.

Bentuk asal sastera Melayu


Lisan tersebar dari mulut dari mulut, dan

diwarisi dari generasi ke generasi. Sastera lisan adalah milik kolektif atau milik bersama masyarakat Melayu. Justeru, karya sastera tiada pencipta/ pengarangnya. Mempunyai nilai teladan, moral, dan didaktik. Genre puisi tradisional; pantun, peribahasa, mantera, seloka, dikir atau zikir.

Asal bahasa Melayu


Bahasa Melayu berasal daripada bahasa

Austronesia (bahasa Malay-polinesia) yang terbahagi kepada kelompok besar; Nusantara (Malaysia, Indonesia, Filipina dan Madagaskar), Melanesia (Irian, Karolina dan Salmon), dan Polinesia (Maori, Hawai) (Ismail Hamid, 1988). Bahasa Melayu berkembang semasa kemunculan kerajaan Melayu Jambi dan kerajaan Melayu Melaka.

Pengaruh Hindu dan bahasa Sanskrit


Kedatangan orang India membawa bersama

agama dan budaya Hindu, memunculkan kerajaan Hindu di alam Melayu; kerajaan Langkasuka, dan Seriwijaya. Muncul bahasa Sanskrit (bahasa India Tua) yang digunakan dalam kitab Veda. Bahasa Melayu kuno mengalami perubahan apabila muncul bahasa Sanskrit.

Samb.
Tulisan dalam bahasa Sanskrit pada batu bersurat mempunyai nilai seni/ sastera. Contoh

Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M); di asannakala di antara marga lai temu muwah ya ahara dgan air diminumnya sawanyanya wuatnya huma parlak mancak muwah ya menghidupi pasu prakara marhulun tuwi werddhi samanyaknya yang upasarga pidana swadpanwigna.

Samb.
Terjemahannya:

Apabila mereka lapar di tempat perhentian atau di tengah-tengah perjalanan, haruslah mereka mendapatkan makanan adan air minuman moga segala perhumaan dan kebun-kebun yang mereka perbuat akan memberi hasil yang banyak Moga selamat segala macam ternak dan sekalian hamba sahaya mereka ditimpa oleh sesuatu malapetaka atau diseksa oleh penyakit tak dapat tidur. (Ismail Hamid, 1988, h. 19)

Konsep Karya Agung


Rosnah Baharudin (1997) menyatakan bahawa istilah lain

dalam maksud yang sama bagi karya agung adalah magnum opus, kanon, karya klasik atau mahakarya. Dalam bahasa Inggeris disebut great works Mahakarya adalah karya besar atau karya agung yang lahir pada sesuatu zaman; karya seni yang unggul dan mengagumkan negara penciptanya; karya terbaik yang tercipta daripada daya intelek dan daya kreativiti dan intelek yang tinggi; karya terbaik oleh sasterawan atau karyawan dan merupakan puncak kreativitinya; karya yang menjadi contoh paling unggul dari segi penciptaannya (Glosari Istilah Kesusasteraan, 1988, h. 184)

Samb.
Hassan Ahmad (dalam Rosnah, 1997)

menyatakan bahawa karya agung adalah karya yang membentuk warisan budaya bangsa, ilmu, persuratan, falsafah dan nilai atau pandangan sejagat bangsa. Pemikiran dan daya intelek pengarang merentasi kerangka masa, dan bersifat kontemporari/ semasa/ sezaman.

Karya agung dianggap sebagai karya yang

dapat membentuk jati diri sesuatu bnagsa, sehingga dapat memantulkan kembali ketamadunan bangsa tersebut pada bila-bila masa sebagaimana kita mengenal tamdun Greek, Yunani, Cina, India dan Mesir. Menjadi landasan kemajuan sesuatu bangsa.

Samb.
Secara harafiahnya diertikan sebagai:

Karya yang mempunyai cerita dan penulisan yang hebat, meliputi segala bentuk penataran peristiwa, bahasa, keindahan, olahan, fikiran dan perasaan yang terkandung dalamnya. Sering dikaitkan dengan cerita hikayat daripada teks sastera tradisional atau klasik.

Jenis karya agung


Tiga jenis karya sastera Melayu yang layak diangkat sebagai karya agung: 1. Sastera lisan yang boleh bertahan sampai kini; pantun, syair, gurindam dan peribahasa Melayu. 2. Teks klasik yang telah diuji zaman, dan jadi bahan kajian sarjana hingga kini; Sejarah Melayu, dan Hikayat Hang Tuah. 3. Teks sastera moden, dan kontemporari yang avant-garde; novel dan drama Salina, Ranjau Sepanjang Jalan, Tikus Rahmat.

Teks-teks yang boleh diangkat sebagai karya agung yang lain

Hikayat Merong

Mahawangsa Hikayat Raja-Raja Pasai Hikayat Inderapura Hkayat Muhammad Hanafiah Hikayat Amir Hamzah Hikayat Iskandar Zulkarnaian Tuhfat al-Nafis

Syair Siti Zubaidah Syair Seribu Siti Syair Bidasari Syair Dandan Setia Syair Perahu Syair Burung Pingai

Hamzah

Fansuri

Karya Agung Melayu


Ditulis menggunakan bahasa Melayu, sama

ada berdialek Melayu Semenanjung atau daerah Melayu di tempat lain seperti Sumatera, Sulawesi, Kalimantan, Sumbawa dan Lombok (daerah2 ini dikenali sebagai Nusantara- Mohd Taib Osman, 1997) Ditulis menggunakan tulisan Jawi (aksara Arab berbahasa Melayu) yang mencakupi pelbagai bidang pemikiran, falsafah dan pandangan hidup yang diguna pakai turun temurun.

Sumber Karya Agung


Bahasa Melayu kuat setelah kedatangan Islam.

Timbul usaha memartabat bahasa Melayu oleh beberapa institusi dan masyarakat dengan menampilkan idea bernas mencakupi pelbagai bidang.
Karya agung muncul dari institusi beraja/istana yang memaparkan sistem pemerintahan beraja. Muncul pengarang seperti Nuruddin al-Raniri, Shamsuddin al-Sumaterani, Abd. Rauf Singkel dan Raja Ali Haji.

Ciri-ciri Karya Agung


1. Lambang dan pesanan yang hendak

2.
3. 4. 5.

disampaikan. Nilai budaya dan pandangan hidup. Nilai ilmu. Teknik kepengarangan. Seni bahasa. (Hassan Ahmad, 2000:20)

1. Lambang dan pesanan


Mengungkap hasrat bangsa melalui

pengarang atau penyusun karya. Ungkapan ini dapat dilihat pada mukadimah Sejarah Melayu/Sulalatus al Salatin: diperbuatkan hikayat didengar oleh anak cucu kita yang kemudian draipada kita dan diketahuinyalah segala perkataan, syahadan beroleh faedahlah mereka itu daripadanya.. (Sulalatus al Salatin edisi karya agung, 1997-3-4)

Teks Sejarah Melayu- selain kegemilangan

Melaka, diselitkan pelbagai cerita ibarat dan ketinggian Melayu sehingga Melayu dapat berdiri sama tinggi dengan bangsa besar lain di dunia. Perjanjian Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun Peristiwa Singapura dilanggar Todak Peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang Dsbnya..(rujuk teks Sejarah Melayu)

2.Nilai budaya dan pandangan hidup


Karya yang memuatkan amanat pembangunan negara. Contoh wasiat Sultan Mansur Syah kepada anaknya: Ketahui olehmu anakku, bahawa yang di dunia ini tidak akan kekal adanya. Yg hidup itu sedia akan mati juga sudahnya. Iman yang sempurna dan pekerti yang baik itulah yang kekal, disebut orang selama2nya. Adapun peninggalanku ini hendaklah engkau bersabar, serta adil sangat2, dan jangan tamakkan harta, kerana makan hak

sama Islam terlalulah besar dosanya tiada diampuni Allah melainkan dgn izin tuannya (Sejarah Melayu, 1967:126)

3. Nilai ilmu
Menampilkan mesej berat tentang

kepentingan ilmu pelbagai bidang dalam kehidupan; Contoh teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah.. Hang Tuah mengusai 12 bahasa dunia (HHT) Tun Mai Ulat Bulu berguru dengan ulama (SM)

Nilai ilmu bersangkutan soal kehidupan berbudaya;

berpanggilan;mentadbir negara; hukum hakam; cukai pendapatan dsbnya (rujuk SM) Akal budi Melayu turut ditekankan dalam peribahasa Melayu seperti: Harimau mati meninggalkan belang Manusia mati meninggalkan nama biarlah seperti ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya. Jangan jadi gendang ksoong, berbunyi kuat, berisi tidak.

4.Teknik kepengarangan, Pengarang / Penyalin


Penulis / penyusun / penyalin Bebas menokok tambah / mengarang isi teks Contoh versi SM ada pelbagai; Shellabear, Raffles dan

A.Samad Ahmad SM: Tun seri Lanang diberi tugas memikul tanggungjawab. Memperkenalkan diri sebagai: Setelah fakir mendengar demikian, jadi beratlah atas anggota fakir allazi huwa murakkabun alal-jahli Tun Muhammad namanya, Tun Seri Lanang timangtimangannya, Paduka Raja gelarannya Bendahara anak Orang Kaya Paduka Raja, cucu BENdahara Seri MaharajaMelayu bnagsanya dari Bukit Siguntang Mahamiru. (SM, 1967:2)

Menggambarkan kerendahan hati pengarang fakir melambangkan kerendahan hati menjadi suatu gaya penulisan pada ketika itu. Dalam syair misalnya: Dengarkan tuan segala madah Dikarangkan fakir berhati gundah Sungguh rencana tiada indah Membaca mendengarnya banyak faedah. Memperlihatkan seolah-olah pengarang sebagai pengantara antara raja dengan rakyat. Pengarang tidak bernama- karya dianggap milik bersama.

5.Seni bahasa
Karya agung dipersembahkan dalam wadah bahasa yang berat, penuh dengan pemikiran kritis pengarang. Disampaikan secara halus dan bersahaja. Dalam karya terdapat pelbagai seni bahasa

seperti peribahasa, gurindam, syair, pantun, seloka, bahasa berirama dsb.nya. Contoh: Minum air berbayang-bayang Santap sirih berkaca-kaca Jika bersandar ditiang, tiang terus oleh cahayanya Tiadalah tolok bnadingnya kepada zaman ini (Hikayat Malin Deman:3)

Tengah malam sudah terlampau Dinihari belum lagi tampak Budak-budak dua kali jaga Orang muda pulang bertandang Orang tua berkalih tidur Embun jantan rintik-rintik Itu alamat hari nak siang. (Hikayat Malin Deman:4)

Menceritakan suasana hari hampir siang.


Berdasarkan gambaran alam semulajadi.

Segala-galanya memaparkan keagungan,

kepintaran dalam menyulam kata sehingga menonjolkan ikatan makna yang hanya difahami oleh masyarakat yang mewarisinya. Pengarang bukan sahaja mahir dalam penggunaan bahasa tetapi mahir dalam kreativiti khayalan eksploitasi imaginasi untuk menarik khalayak.

Kesimpulan
Karya agung ialah karya yang dapat

meninggalkan kesan positif kepada bangsanya dalam pelbagai perspektif sama ada pemikiran, faksafah kehidupan, kepintaran dalam segala pembinaan dan sealur dengan akal budi yang menjadi landasan mewujudkan jati diri bangsa bermaruah.

Anda mungkin juga menyukai