Anda di halaman 1dari 37

PRAGMATIK

PENGENALAN

Hubungan semantik dan pragmatik dalam menghuraikan makna secara berpada sangat diperlukan dalam mengintepretasi makna. Semantik hanya menghuraikan makna secara literal atau pada lapisan permukaan sahaja manakala pragmatik dapat menghuraikan makna berdasarkan konteks bagi pengintepretasian makna yang berbentuk abstrak yang memerlukan huraian yang lebih terperinci.

DEFINISI Pragmatik ialah bidang ilmu yang mengkaji hal-hal yang merangkumi struktur bahasa sebagai alat perhubungan sama ada antara penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca. Hashim Musa & Ong Chin Guan (1998): teori yang berkaitan dengan interpretasi ujaran. Hal ini bermakna pragmatik dimanfaatkan untuk menginterpretasi ujaran yang kabur atau taksa, ujaran yang mengalami pengguguran kata kerja, kata adjektif dan sebagainya.

PRAGMATIK DAN TEORI RELEVANS

Teori relevan diperkenalkan oleh Sperber dan Wilson bagi menggantikan teori Grice yang didapati mempunyai beberapa kelemahan (Nor Hashimah Jalaluddin 1992: 33).

Menurut Hashim bin Musa dan Ong Chin Guan dalam bukunya yang bertajuk Pengantar Ilmu Makna (1998 : 91), teori Grice telah mengkaji tentang rangkaian kajian yang melibatkan maksim kuantiti, kualiti dan supermaksimnya dalam Grice Theory of Conversation

SAMBUNGAN

Namun, kajian yang dilakukan oleh Grice tentang aspek pragmatik ini tidak lengkap dan sempurna, maka teori Grice ini telah dikritik oleh Sperber dan Wilson. Maka munculnya teori relevan ini. Menurutnya, konteks yang dibabitkan oleh Grice dalam pengkajian pragmatik sangat terhad sedangkan konteks amat penting dalam menginterprestasikan sesuatu ujaran itu.

TEORI RELEVAN

membabitkan pengertian atau pemahaman yang membawa kefahaman seterusnya menjana kerelevanan sesuatu ujaran yang optimum.

Teori relevans ini mencakupi fakta tentang pembentukan dan pemilihan konteks serta prinsip relevan. Mengikut teori relevans (1995), semakin tinggi kesan konteks dan semakin rendah usaha memproses maklumat maka semakin relevan sesuatu ujaran. Penutur perlu mematuhi prinsip ini manakala pendengar pula menumpukan perhatian kepada ujaran yang relevan sahaja

Berdasarkan teori relevan ini, jika bahasa yang digunakan oleh penutur mudah difahami oleh pendengar, diikuti usaha memproses maklumat yang rendah, maka maklumat yang disampaikan akan mendapat perhatian.

Berdasarkan Nor Hashimah Jalaluddin (2003:45), teori relevan menekankan kepada dua aspek iaitu ciri kejelasan atau bermanifestasi dan persekitaran kognitif. Bermanisfestasi bermaksud sesuatu andaian daripada ujaran yang dihasilkan mudah ditangkap dan difahami oleh pendengar dan mempunyai banyak bukti yang melatarinya.

Komunikasi menurut Sparer dan Wilson merupakan satu modifikasi daripada persekitaran kognitif pendengar. Tujuan komunikasi bukan sahaja untuk mencipta pemikiran atau kepercayaan kepada pihak pendengar dan bukan juga untuk memindahkan beberapa jenis maklumat kepada pendengar malah maklumat yang diberikan mudah diproses seterusnya mempunyai bukti yang kukuh.

Diane Blackmore di dalam Relevance: Cognition and Communication oleh Sperber, D. (1986: 67), menyokong kuat teori relevan dan menambah dalam komunikasi, makna yang hendak disampaikan tidak semestinya dihasilkan daripada makna harfiah.

Harfiah menurut kamus dewan (2007:514) ialah perkataan demi perkataan iaitu bukan terjemahan dan sebagainya yang memberi tumpuan kepada makna tersurat atau selapis yang dapat difahami secara mudah dan jelas daripada sesuatu tulisan mahupun literal.

PRINSIP UTAMA TEORI RELEVAN

Terdapat dua gagasan dalam prinsip utama teori relevan ini. Pertama ialah andaian asas dan keduanya ialah teori ini dibantu oleh tiga konsep utama. Andaian asas ialah dimana manusia berorientasikan relevan. Kebiasannya, pendengar akan menumpukan perhatian kepada maklumat yang relevan dengan dirinya.

SAMBUNGAN Teori ini juga dibantu oleh tiga konsep utama iaitu konteks, kesan konteks dan usaha memproses maklumat. Maklumat yang terbaik ialah maklumat yang mempunyai kesan konteks yang tinggi dengan sedikit usaha dalam memproses maklumat.

KONTEKS

Menurut Nor Hashimah Jalaluddin (2003: 49) dalam bukunya yang bertajuk Bahasa Dalam Perniagaan: Satu Analisis Semantik, menyatakan bahawa konteks ialah seberkas andaian tentang dunia yang dibina secara psikologi oleh pendengar.

Konteks tidak terhad kepada maklumat tentang persekitaran fizikal yang paling dekat dan ujaran terdahulu yang paling hampir malah konteks juga melibatkan masa depan, hipotesis saintifik atau kepercayaan keagamaan, kenangan lucu, andaian am tentang budaya dan kepercayaan terhadap pemikiran.

Konteks boleh dikembangkan melalui tiga cara iaitu melihat ke arah ujaran yang terdahulu, penglihatan kepada alam persekitaran dan merujuk kepada catatan ensiklopedia bagi perkataan yang telah digunakan dalam ujaran dan konteks.

MELIHAT KE ARAH UJARAN

Melihat ke arah ujaran yang terdahulu pada dasarnya melibatkan proses komunikasi. Proses ini melibatkan penutur buku dan pendengar atau pembaca untuk menyampaikan mesej. Kesemuanya dilakukan berdasarkan satu kesatuan atau wacana antara satu sama lain.

PENGLIHATAN KEPADA ALAM SEKITAR

Menurut Nor Hashimah Jalaluddin (2003:50) apa-apa sahaja yag berlaku di sekitar manusia boleh membantu mengambangkan konteks. Berdasarkan Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Rain Shaari (2009: 304), penglihatan kepada alam sekitar melibatkan proses komunikasi, iaitu penutur buku akan membekalkan maklumat kepada pendengar atau pembaca dalam pelbagai maklumat.

CATATAN ENSIKLOPEDIA

merujuk kepada peristiwa-peristiwa yang pernah dilalui oleh seseorang dalam hidupnya seterusnya disimpan di dalam memori jangka pendek apabila tidak digunakan. Catatan ensiklopedia ini berguna untuk mengembangkan konteks, terutamanya apabila sesuatu peristiwa semasa

KESAN KONTEKS
Kesan konteks ialah andaian awal yang ada pada pendengar tentang maklumat yang relevan dengan diri pendengar itu. Sesuatu ujaran akan dianggap menjadi lebih relevan jika mempunyai lebih banyak kesan konteks. Dalam perbualan, pendengar akan menggabungkan, atau memperkuat, atau menggugurkan konteks yang dikemukakan oleh penutur dengan andaian awal yang sedia ada untuk menghasilkan kesan konteks.

Menurut Nor Hashimah Jalaluddin (2003), semakin rendah kos memproses, semakin relevanlah ujaran tersebut. Manakala proses penggabungan maklumat berlaku apabila andaian awal pendengar dapat digabungkan dengan maklumat baru penutur untuk menghasilkan kesan konteks yang dapat membantu pendengar memproses mesej penutur dengan mudah.

Latar belakang konteks (a) Ali berandaian jika tidak ada kuliah hari ini, dia akan pergi ke Kajang. Ali berjalan menuju ke dewan kuliah dan ternyata: (b) Kuliah dibatalkan Daripada andaian yang wujud dalam (a) dan maklumat baharu dalam (b), Ali dapat merumuskan beberapa maklumat lanjutan yang tidak boleh dirumuskan sama ada daripada andaian yang sedia wujud, iaitu (a) atau maklumat baharu (b) untuk merumuskan (c), iaitu:

(c) Ali akan ke Kajang. Maklumat (c) adalah hasil penggabungan maklumat andaian (a) dengan maklumat baharu (b). Penguatan maklumat melibatkan proses yang berfokus kepada pihak pendengar dan pembaca. Proses ini berlaku apabila andaian awal pendengar dapat dikuatkan dengan maklumat baru yang diberikan oleh penutur atau buku.

USAHA MEMPROSES MAKLUMAT


Dalam menginterprestasikan ujaran, selain kesan konteks dan konteks yang melatari perbualan, usaha memproses maklumat juga harus dititikberatkan. Usaha memproses ini merujuk kepada usaha memproses maklumat oleh pendengar. Lebih sedikit masa yang digunakan maka lebih relevan sesuatu maklumat itu.

Mengikut definisi relevan, semakin rendah usaha memproses maklumat, maka semakin relevanlah ujaran tersebut. Maka jika semakin tinggi usaha memproses maklumat, maka semakin tidak relevanlah ujaran tersebut.

Contoh usaha memproses adalah seperti berikut: (a) Saya tinggal di Kajang. (b) Saya tinggal di Taman Sri Jelok.

Ujaran (a) lebih mudah diproses jika dibandingkan dengan ujaran (b). Pendengar akan lebih biasa dengan nama Kajang jika dibandingkan dengan nama Taman Sri Jelok. Jika penutur memberikan maklumat seperti yang terdapat dalam (b), dan pendengar kebetulan bukan orang Kajang, sudah pasti nama taman tersebut agak sukar diproses berbanding ujaran (a).

KONSEP TAMBAHAN

Di sebalik tiga gagasan utama yang dibincangkan diatas, terdapatnya sub gagasan yang lain yang turut menyumbang ke arah memberikan maklumat yang baik dan tepat. Menurut Hor Hashimah Jalaluddin (2003), sub gagasan tersebut ialah pengayaan (enrichment), pemilihan rujukan (reference assignments) dan penyahtasaan (disambiguation) maklumat.

CONTOH Latar belakang konteks: A(i) : Dahi Asmah berdarah. Berliau terpaksa diberikan rawatan di hospital. B : Adakah disebabkan terjatuh, dipukul atau ditolak? Maka, A(ii) : Beliau terjatuh ketika menuruni tangga.

Maklumat A(ii) adalah maklumat tambahan yang diberikan oleh penutur kepada pendengar B berdasarkan maklumat A(i) bertujuan mengukuhkan maklumat A(i). Perkara ini penting agar ujaran yang dimaksudkan oleh A adalah perkara yang sama difahami oleh B

LATAR BELAKANG KONTEKS:


Ikan dapat dikenali melalui ciri-ciri berikut: Hidup di dalam air. Mempunyai sisik yang berlendir. Mempunyai sirip untuk bergerak.

Bernafas melalui insang. Membiak secara bertelur.

Berdasarkan konteks di atas, penutur telah memberikan pemilihan rujukan yang tepat kepada pendengar bagi mengenali ciri-ciri haiwan seperti ikan. Manakala penyahtasaan pula merujuk kepada proses membuang maklumat-maklumat yang bertentangan. Maka, penutur perlu memastikan ujarannya tidak mengandungi unsur-unsur yang kabur

CONTOH
Latar belakang konteks: (a) Polis membuat andaian rumah itu terbakar disebabkan oleh lilin.

Apabila disiasat, didapati: (b) Bukan disebabkan oleh lilin tetapi litar pintas.

Di sini telah berlaku proses penyahtasaan apabila pendengar akan menyingkirkan sebarang maklumat yang tidak berkenaan dengan ujaran yang dibincangkan.

KESIMPULAN
Dalam teori relevan, terdapat dua gagasan utama mendukung teori ini. Pertama ialah andaian asas yang membantu menentukan kerelevanan sesuatu ujaran itu. Keduanya ialah teori ini dibantu oleh tiga konsep utama iaitu konteks, kesan konteks dan usaha memproses maklumat. Dalam gagasan konteks terdapat tiga sub gagasan iaitu melihat ke arah ujaran yang terdahulu, penglihatan kepada alam persekitaran dan merujuk kepada catatan ensiklopedia.

Di dalam gagasan kesan konteks pula terdapat tiga sub gagasan iaitu penggabungan maklumat, penguatan maklumat dan pengguguran maklumat. Gagasan terakhir yang terdapat di dalam teori relevan ialah usaha memproses maklumat.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai