Anda di halaman 1dari 5

Disiplin asertif

Disiplin asertif merupakan suatu pendekatan sistematik dan berstruktur untuk membantu guru mengelola bilik darjah dengan berkesan. Falsafah disiplin asertif adalah berdasarkan kepentingan pematuhan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi disiplin asertif oleh guru terhadap murid 1. Tentukan peraturan yang guru hendak melaksanakannya dalam bilik darjah 2. Tentukan akibat negatif kerana tidak mematuhi peraturan bilik darjah 3. Jangan teruskan menghukum jika teknik perbincangan boleh mengurangkan situasi ketegangan 4. Tentukan akibat positif untuk tingkah laku yang sesuai, misalnya peneguhan positif atau ganjaran kumpulan pun boleh dipertimbangkan 5. Mengorganisasikan suatu perjumpaan dengan murid-murid dan menjelaskan keperluan untuk mematuhi peraturan bilik darjah

Memahirkan diri dengan teknik asertif: 1. Apabila tingkah laku yang tidak diingini berlaku, ambil tindakan mengikut peraturan bilik darjah dengan serta merta 2. Mengenal pasti sebab atau punca berlakunya sesuatu masalah dan memberi respons dengan tingkah laku yang sesuai 3. Belajar menggunakan teknik memecah rekod dengan mengulang arahan dua kali atau lebih sehingga murid-murid mematuhi arahan guru 4. Belajar mengaplikasikan teknik ulangan positif yang merupakan cara mengulangi peraturan supaya semua murid mengetahui apa yang patut dilakukan 5. Menggunakan pujian kedekatan dengan memuji yang terdekat dengan rakan sedarjah yang bertingkahlaku buruk

Kepentingan membina hubungan guru dan murid


Hubungan guru dan murid perlu dibina kerana mempunyai kepentingan tertentu seperti: 1. Menjalinkan hubungan mesra 2. Membina iklim bilik darjah yang kondusif untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 3. Guru dapat menyampaikan pelajarannya dengan berkesan 4. Murid-murid akan rela mematuhi segala arahan guru dan peraturan bilik darjah 5. Memupuk disiplin arahan kerja dan disiplin diri di kalangan mereka 6. Mewujudkan iklim penyayang alam belajar dan menentukan kelancaran P&P 7. Masalah disiplin dapat dikurangkan ke tahap zero defect 8. Bilik darjah akan menjadi alam belajar yang mernarik

Implikasi amalan budaya penyayang dalam bilik darjah


Guru penyayang di dalam bahasa Inggeris bermakna caring intellectual, iaitu guru sebagai intelektual penyayang. Seseorang itu dikatakan penyayang apabila mempunyai sifat-sifat seperti berminat, bertimbang rasa, menyedari, menyayangi, suka dan memuja. Guru penyayang adalah guru yang menyedari, prihatin, berminat, peduli, bertimbang rasa, menjaga, memikir dan memberi perhatian terhadap permintaan, pandangan, harapan, masa depan, kebajikan, keperluan dan kebahagian murid-muridnya. Implikasi ke atas proses Pengajaran dan Pembelajaran Mencapai matlamat zero defect dalam semua jurusan pendidikan iaitu: 1. 2. 3. 4. Tiada masalah pengajaran dan pembelajaran Tiada masalah disiplin Tiada masalah pengurusan dan kepimpinan Tiada masalah keceriaan

Ciri-ciri profesional guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah


Sifat dan kualiti profesional yang tinggi merupakan syarat wajib seseorang guru yang bertauliah. Untuk menyampaikan pelajaran dengan cekap dan berkesan, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti profesional seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Ingin tahu Pengetahuan ikhtisas Suka membaca Kemahiran bertutur Daya ingatan Daya usaha

Mengikut Nilai-nilai keguruan, kualiti profesional seseorang guru boleh disenaraikan seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. Semangat berdedikasi Peka kepada perubahan Sedar tentang keperluan negara Bersikap positif terhadap pembelajaran Mempunyai inovasi dalam tugas.

Konsep Disiplin
Disiplin mempunyai pelbagai tafsiran. Antaranya tafsirannya ialah disiplin ini merujuk kepada:

Kawalan diri Kawalan dari luar Patuh kepada autoriti Keadaan tempat bekerja yang teratur Urusan yang sistematik Cara yang menetapkan peraturan atau hukuman dengan berkesan.

Selain itu disiplin juga ditakrifkan sebagai perihal ketenteraman dan peraturan di dalam sesuatu kumpulan, termasuk cara-cara mendapatkan ketenteraman dan peraturan itu, serta hukuman.

Anda mungkin juga menyukai