Anda di halaman 1dari 15

ANALISIS PERMASALAHAN REMAJA

HASIL KERJA AHLI-AHLI KUMPULAN: 1. APNAH BTE KADAR 2. AWANG DAMIT B. LANGGAR

Jenis Kes : Jatuh Cinta


Masalah Klien mempunyai seorang rakan perempuan yang seumur
dengannya dan tinggal berhampiran dengannya. Klien yang merupakan seoramng pendiam telah tertarik hati kepadanya kerana sigadis tersebut seorang yang ceria dan gemar mengajaknya ke tempat-tempat yang menyeronokkan seperti panggung wayang dan pusat permainan video. Ini menyebabkan klien terhibur dan ceria selalu. Mereka sering berutus surat antara satu sama lain. Tetapi akhir-akhir ini, si gadis itu tidak mahu menjawab surat klien lagi. Menurut kawan-kawannya, si gadis itu telah mempunyai rakan lelaki lain yang lebih kaya. Semenjak itu, klien berasa susah hati kerana cintanya tidak dibalas. Ini menyebabkan klien tidak dapat menumpukan perhatian dalam persediaan menghadapi SPM. Klien menjadi murung dan sering bersendirian. Klien masih terkenangkenangkan gadis tersebut.

1. Analisis Permasalahan Remaja

Menurut teori Behaviorisma tabiat dan tingkah laku manusia terbentuk hasil daripada proses pembelajaran dan evolusi persekitaran. Tabiat manusia menjadi masalah apabila mereka menerima pembelajaran dan persekitaran yang salah, walaupun mereka sendiri yang mencipta sistem pembelajaran atau membentuk persekitaran. Peralihan zaman alam kanak-kanak menuju alam dewasa adalah suatu masa yang penting kepada remaja kerana pada masa ini mereka akan menentukan konsep dirinya atau siapakah diri aku atau suatu proses menentukan konsep jati diri pada dirinya. Berdasarkan kes yang dihadapi oleh remaja di atas ternyata golongan tersebut telah mengalami beberapa fasa perubahan yang lazimnya dilalui oleh para remaja. Berikut ini dipaparkan beberapa faktor yang mempengaruhi kewujudan permasalahan yang dialami oleh remaja ini. Antaranya ialah;

1.1 Perubahan pada fizikal

Bagi anak lelaki didapati mengalami perubahan jelas pada jasmani di mana anggota badan kelihatan mula gempal, sasar, dan tegap. Manakala si gadis pula mula menampakkan sifat-sifat kewanitaannya seperti datang haid, buah dada membesar, pinggang mula ramping dan punggung melebar. Apabila sampai pada peringkat akhir remaja simbol-simbol daya tarikan seks mula kelihatan dan diiringi juga rangsangan seksual yang mula meningkat.

1.2 Perubahan Emosi dan Fikiran


Di peringkat remaja, perasaan dan fikiran anak lelaki stabil kerana : i. Mereka bukan lagi kanak-kanak. Ii. Pada zaman kanak-kanak skrip hidup hariannya ditentukan oleh
ibu bapa dan kita dapati perbuatan mereka dibuat secara spontan tanpa dipengaruhi oleh fikiran dan emosi. Iii. Apabila anak melangkah ke alam remaja, ia mula pandai berfikir, menilai perasaan, mengkaji skrip hidup ibu bapa, mencuba sesuatu yang baru dan berkhayal tentang keindahan dunia kehidupan orang dewasa yang sukar dicapai baginya. Iv. Perubahan emosi dan fikiran ini menimbulkan kegelisahan pada remaja kerana untuk berdikari mereka tidak mampu dan untuk mengikut jejak langkah orang dewasa juga tidak berupaya. V. Keadaan ini menimbulkan konflik nilai dalam dirinya. Mereka mengalami rasa gembira dan kadangkala kesunyian, berkhayal dengan orang yang dikaguminya, dan cenderung mencontohi dalam pelbagai perkara, seperti cara berpakaian, cara bergaul dan cara berfikir. Ini bergantung kepada pendedahan dan pengajaran yang diterima oleh remaja itu.

1.3 Narcisma

Narcisma merujuk kepada ketagih cinta dan ingin dicintai untuk mendapatkan kasih sayang pada diri sendiri. Pada masa kanak-kanak, perasaan cinta dan dicintai di arah dan disandarkan kepada ibu bapa atau keluarga. Apabila anak itu mencapai remaja, perasaan narcisma ini memuncak kerana remaja mengalami rasa kesunyian yang hebat kesan daripada peralihan masa untuk berdikari dan memperluaskan rakan sosial yang sesuai. Narcisma amat kuat wujud pada remaja teruna ini dari segi biologinya bersifat dia memerlukan seseorang untuk membantu dan membimbingnya keluar dari rasa kesunyian itu. Berdasarkan faktor inilah kita dapati aktiviti bercinta dan faktor tukar pasangan di kalangan remaja adalah lumrah. Jika narcisma ini digunakan secara positif maka remaja akan menentukan dirinya tidak mudah dieksploitasi oleh orang lain. Sekiranya narcisma di salah gunakan kerana remaja mempunyai konsep diri yang salah atau kelalaian ibu bapa memberi kasih sayang maka remaja akan memburu narcisma di luar untuk memenuhi rasa kesunyian seperti menghisap dadah, mengikut geng, berpeleseran, berzina, cinta rakan sejenis dan seumpamanya.

1.4 Menyertai Kumpulan


Perubahan emosi dan fikiran remaja telah mendorongkan remaja
memperluaskan dan memperbesarkan rakan sosialnya. Mereka memperluaskan rakan sosial ini dengan cara menyertai kumpulan tertentu atau membentuk kumpulan baru berdasarkan umur sebaya, hobi yang sama, prinsip hidup yang sama atau taraf sosial yang sama.

kelompok remaja mempunyai identiti tertentu seperti menggunakan bahasa yang aneh, pakaian yang pelik, tertarik dengan aktiviti yang mencabar dan sebagainya. Penyertaan remaja dalam kelompok sama ada kelompok kecil atau besar adalah tanda perubahan yang sihat dalam pertumbuhan mentalnya. Walaubagaimana pun, jika penyertaan dalam kelompok itu disalahgunakan, maka ia akan mengheret remaja berkenaan dalam aktiviti yang bercanggah dengan agama dan undang-undang negara.

1.5 Menentang Kekuasaan

Orang tua-tua kita selalu mengingatkan bahawa masa remaja adalah masa pancaroba kerana remaja sedang mencari tapak untuk berdikari dan bebas dari kongkongan ibu bapa. Biasanya remaja merasa bahawa kuasa yang ada pada ibu bapa, guru-guru dan orang dewasa terlalu kuat yang boleh menghalang pencapaian cita-cita mereka. Perbezaan besar pendapat dan gaya hidup remaja dengan ibu bapa, orang dewasa dan guru akan mencetuskan permusuhan kerana remaja menganggap bantahan itu merendahkan harga diri mereka yang memang telah sedia bergelora. Oleh itu apabila berlaku perselisihan, remaja akan menjadi rakan sebaya mereka atau mereka bertindak nekad melakukan kejahatan untuk membuktikan kepada ibu bapa atau orang yang lebih tua bahawa mereka boleh berdikari atau mampu melakukan apa yang orang dewasa lakukan. Sebenarnya pencarian konsep diri telah bermula sejak anak masih kecil lagi tetapi pada masa remaja mula kelihatan menonjol kerana remaja mula pandai belajar berfikir dan menggunakan emosinya hasil daripada interaksi dengan dunia luar, iaitu ibu bapa, rakan sebaya dan persekitaran. Masa remaja sendiri penting bagi perkembangan konsep diri kerana pada masa inilah remaja mengalami proses pemurnian dan sekaligus mengalami perubahan. Bagi kebanyakan remaja, proses pemurnian konsep diri berjalan lancar, tetapi mereka yang jauh menyimpang dari pemurnian itu, pertumbuhan hidupnya akan menghadapi masalah, iaitu manusia yang kotor peribadinya.

2.0

Cadangan Teknik Serta Pendekatan Kaunseling yang Digunakan Oleh Kaunselor untuk Membantu Klien

2.1 Kaunselor perlu menjalankan sesi temubual yang sistematik dari satu fasa ke paa fasa lain dalam urutan yang boleh dijangka. Sesi temubual harus mengikut prosedur yang bermula dengan fasa-fasa berikut;

2.2

Role play : meningkatkan keyakinan diri klien untuk bercakap di khalayak ramai, mengikis rasa malu.

2.3. Latihan asertif. Teknik untuk

mengajar klien menambahkan keyakinan diri berhadapan dengan orang atau sesuatu situasi yang memberikan ancaman kepadanya. Bagi kes yang dibincangkan di atas, remaja tersebut boleh diberikan latihan asertif bagi menambahkan keyakinan dirinya setelah menghadapi situasi ditinggalkan kekasihnya.

2.4 . Token Ekonomi. Ini merupakan

prosedur yang sisitematik bagi mendapatkan tingkah laku yang diingini melalui peneguhan positif . Misalnya kaunselor boleh memberikan peneguhan positif kepada klien sekiranya beliau mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam SPM kelak. Situasi ini menggalakkan klien mengubah tingkah lakunya dari pasif kepada aktif dan bermotivasi untuk belajar

4. Pengurusan Kendiri, Pemantauan Kendiri, dan Peneguhan Kendiri. Ketiga-tiga ini merangkumi

suatu trend yang melibatkan klien sebagai peserta yang bekerjasama dan aktif dalam kaunseling. Dari aktiviti ini, klien memainkan peranan yang aktif dalam setiap fasa kaunseling, klien mengeluarkan idea bernas, proses pemikiran klien diambil kira dan diberi tumpuan, klien dijangka mebertanggungjawab berusaha untuk mencapai perubahan yang dikehendaki, klien belajar cara peneguhan kendiri, klien berperanan besar menyelia aktiviti dan kaunselor hanya berperanan sebagai mentor atau pendidik.

Kesimpulan
Remaja mudah dibelenggui masalah. Peranan kaunselor untuk membantu

menyelesaikan masalah. Kaunselor perlu; mahir berkomunikasi menggunakan teknik teknik yang sesuai semasa temubual.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai