Anda di halaman 1dari 6

Gouri Vediappan (PISMP PT Sem 5)

Jenis jenis Keperluan Khas


- Sindrom Down Sindrom Down atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. Ianya dinamakan sempena John Langdon Down, doktor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866. Keadaan ini bercirikan oleh gabungan perbezaan besar dan kecil pada struktur badan. Sering kali Sindrom Down dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir (kognitif) dan tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakan muka. Sindrom Down biasanya dikenal pasti semasa kelahiran. ADHD (Hiperaktif)

ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) adalah gangguan perkembangan dalam peningkatan aktifitas motorik anak-anak hingga menyebabkan aktifitas anakanak yang tidak lazim dan cenderung berlebihan. Hal ini ditandai dengan berbagai keluhan perasaan gelisah, tidak bisa diam, tidak bisa duduk dengan tenang, dan selalu meninggalkan keadaan yang tetap seperti sedang duduk, atau sedang berdiri. Beberapa kriteria yang lain sering digunakan adalah suka meletup-letup, aktifitas berlebihan, dan suka membuat keributan. Autism

Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (Bahasa Inggeris: psychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkanmasalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Disleksia

Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah

pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Edu 3106

Gouri Vediappan (PISMP PT Sem 5)

Pintar Cerdas

Pintar cerdas yang ditujukan kepada kanak-kanak, pelajar atau belia adalah mereka yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang mengagumkan, serta mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain dari yang lain atau istimewa yang tidak dapat diperolehi di sekolah biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka.

Lembam (ADD)

Kanak - kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah biasa, terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah / objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah. Masalah Penglihatan

Penglihatan warna merupakan kebolehan suatu organisma atau mesin untuk membezakan objek berdasarkan panjang gelombang (atau frekuensi) cahaya yang dipancarkan atau dipantulkan. Sistem saraf kemudian mengesan warna dengan membandingkan gerak balas terhadap cahaya beberapa jenis penerima foto kon di dalam mata. Sel-sel kon ini peka terhadap bahagian yang berlainan dalam spektrum nampak. Julat spektrum nampak dan bilangan kon berbeza mengikut spesies. Bagi manusia, julat spektrum ini adalah di antara sekitar 380 hingga 780 nm (dari ultraunggu hingga ke inframerah), dan biasanya memiliki tiga jenis kon.

Masalah Pendengaran

Untuk mendengar, kesemua bahagian telinga yang telah dinyatakan tadi haruslah boleh berfungsi secara normal tanpa sebarang jangkitan atau abnormaliti. Sebarang gangguan di mana-mana bahagian akan menyebabkan individu berkenaan menghadapi masalah pendengaran dan kesan masalah ini bergantung kepada tahap keterukan masing-masing.

Edu 3106

Gouri Vediappan (PISMP PT Sem 5)

Masalah Komunikasi

kanak-kanak bermasalah pendengaran mengalami kelambatan dalam perkembangan pertuturan dan bahasa. Akibat daripada tidak dapat mendengar dan bertutur, mereka tidak boleh berfikir seperti kanak-kanak lain dan akhirnya menyebabkan perkembangan akal mereka terbantut. Kanak-kanak bermasalah pendengaran juga menghadapi masalah untuk berinteraksi dengan orang lain. Ramai orang beranggapan bahawa kanak-kanak bermasalah pendengaran tidak mendengar langsung dan mereka hanya berinteraksi menggunakan bahasa isyarat sahaja. Ini adalah anggapan yang salah kerana kanak-kanak bermasalah pendengaran atau pekak masih mempunyai sisa pendengaran.

Edu 3106

Gouri Vediappan (PISMP PT Sem 5)

PENDIDIKAN INKLUSIF
Perlaksanaan program ini dijalankan dengan cara: 1. Program Percantuman. Dimana pelajar pendidikan khas akan belajar didalam persekitaran kanak-kanak normal. Tetapi pelajar hanya belajar dalam kelas khas sahaja. Mereka borkongsi mengunakan segala kemuadahan sekolah. Program Inklusif Sepenuhnya Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa.(Haji Sabri Salleh. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. 1996) Pendidikan Inklusif menumpukan perhatiannya ke arah pengsealiran pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Matlamatnya ialah memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. Matlamat selanjutnya supaya pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj Awang. 1996) Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Yang baru hanyalah istilahnya, dan istilah inilah yang telah mengelirukan kita semua. Pada masa dahulu istilah "Program Percantuman atau Integrated telah digunakan. Negara Malaysia telahpun mengamalkannya sejak 1962 lagi (Norani, 1980)

Edu 3106

Gouri Vediappan (PISMP PT Sem 5)

Matlamat utama pendidikan inklusif ialah untuk mengsealirankan pelajar-pelajar berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar normal di sekolah biasa. Harus diingatkan di sini tidak semestinya semua pelajar berkeperluan khas boleh disealirankan begitu sahaja kerana setiap individu mempunyai kemampuan dan keperluan yang berbeza. Deno (1970), telah menghasilkan sebuah model tahap perkhidmatan pendidikan khas yang berupaya menampung tujuh pilihan yang berupa satu "Cascade" untuk menempatkan pelajar-pelajar seperti yang dicadangkan. Program Pendidikan Separa Inklusif (Intergrasi) Program ini dilaksanakan kepada pelajar yang telah mempunyai kebolehan belajar mata pelajaran tertentu yang sama dengan kanak-kanak normal, dilaksanakan kepada pelajar yang berkeupayaan di Sekolah Menengah Seri Kota adalah berbentuk 1. Integrasi Sosial 2. Integrasi Akedemik (Kepada yang mempunyai kemajuan)

Intergrasi Kemudahan Fizikal Sekolah Rasional Pendidikan Spara Inklusif (INTERGRASI) Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Mereka hanya sekadar kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu, satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini dengan mengambilkira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat. Dengan ini diharapkan pendidikan inklusifkan akan dapat:
o o

Pengongsian kemudahan serta alat-alat dengan sepenuhnya. Peluang berinteraksi yang lebih positif antara pelajar-pelajar berkepeluan khas dengan pelajar-pelajar normal.

o o

Pengagihan perkhidmatan yang lebih adil Pengagihan sumber yang lebih meluas.

Edu 3106

Gouri Vediappan (PISMP PT Sem 5)


o

Pengurangan masalah tempat bagi pelajar-pelajar yang berkepeluan khas.

Pemberian peluang untuk pelajar-pelajar berkepeluan khas menyesuaikan diri di dalam masyarakat

Pengalak kewujudan masyarakat penyayang yang dihasratkan di dalam wawasan.

4.3.1.2 Matlamat Pendidikan Spara Inklusif (Integrasi)


o

Pendidikan spara inklusif menumpukan perhatian ke arah pengsealiran pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Dengan ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal.

Akan dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya, mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.

Kurikulum Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan kanak-kanak yang Bermasalah Pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran tertentu bagi membantu mereka mencapai

perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

Edu 3106

Anda mungkin juga menyukai