Anda di halaman 1dari 5

1.

Ketua dan penolong ketua kelas adalah orang yang bertanggungjawab menjaga pelajar dan kelas semasa ketiadaan guru.
2. Ketua dan penolong ketua kelas bertanggungjawab ke atas kawalan kelas.

3. Ketua dan penolong ketua tingkatan mesti mencari guru sekiranya guru tidak hadir ke kelas selepas 5 minit.
4. Dalam apa jua keadaan, ketua dan penolong ketua kelas mesti sentiasa memastikan kelas dalam keadaan bersih, selamat, kemas dan ceria. Ketua dan penolong ketua kelas bolehlah meminta AJK kelas berfungsi mengikut jawatan yang disandang. Minta kerjasama rakan-rakan di dalam kelas untuk bertanggungjawab bersama.

5. Sebarang kemalangan dan kejadian di dalam kelas adalah menjadi tanggungjawab ketua dan penolong ketua kelas untuk terus melaporkan perkara tersebut kepada guru kelas. Sekiranya guru kelas tiada pada hari kejadian maka terus laporkan kepada guru disiplin/guru bertugas.
6. Ketua dan penolong ketua kelas wajib memastikan buku-buku dihantar setiap hari selepas waktu terakhir. Kegagalan ketua dan penolong ketua kelas berbuat demikian boleh mengakibatkan Ketua dan penolong ketua kelas dipanggil ke bilik disiplin untuk disiasat dan diberi tindakan disiplin.

7. Ketua dan penolong ketua kelas bertanggungjawab membantu pengawas mengawal kelas setiap masa. 8. Ketua dan penolong ketua kelas bertanggungjawab membantu pengawas dan guru memastikan kekemasan diri pelajar di dalam kelas masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai