Anda di halaman 1dari 2

Tajuk 7: Susur Galur Perkembangan penulisan t/bahasa BM

Tatabahasa Formal Cirinya ialah: Pemerian bahasa berdasarkan bentuk linguistik Pemerian bahasa berdasarkan struktur dan ciri lakuan bahasa Ciri lakuan bahasa itu mestilah dapat dilihat dan dirumuskan Setiap rumus dapat ditentukan tempatnya dalam sistem Berdasarkan fungsi tidak berdasarkan faktor ekstralinguistik Berdasarkan tatabahasa huraian/deskriptif

Tatabahasa Deskriptif Cirinya ialah: Dikenali juga dengan nama Tatabahasa Huraian Penghuraian segala kemungkinan dalam sesuatu bahasa Kemungkinan yang merangkumi morfologi dan sintaksis Kemungkinan itu juga berasaskan ciri-ciri bahasa itu

Tatabahasa Nosional Cirinya ialah: Sesuatu bahasa ditakrifkan berdasarkan makna dan rasa Ciri bahasa di dunia sudah ada acuannya Berdasarkan kesejagatan bahasa Berdasarkan struktur yang ideal Struktur yang menjadi norma sahaja dianggap gramatis Ayat ditakrifkan sebagai deretan ujaran yang bermakna

Tatabahasa Preskriptif Cirinya ialah: Dikenali juga dengan nama Tatabahasa Normatif Ciri yang dianggap betul sahaja yang diberikan Penggunaan acuan pencarian yang sedia ada

Penentuan kaedah baku sebagai rujukan atau pedoman

Tatabahasa Tradisional Cirinya ialah: Mengikut acuan pola dan kaedah tatabahasa Latin dan Yunani. Dapat diaplikasikan pada tatabahasa lain. Bercirikan kajian bahasa sebelum linguistik moden.

Tatabahasa Bebas Konteks (Contex Free Grammar) Jenis Tatabahasa Struktur Frasa Rumus Tulis Semulanya seperti X Y Rumus Tulis semula digunakan dengan tidak mengira apa-apa konteks X

Tatabahasa Fungsian(Functional Grammar) Berdasarkan pandangan pragmatik Fungsi bahasa sebagai alat perhubungan sosial Berasaskan rumus yang mengawal hubungan manusia.

Tatabahasa Transformasi Generatif (Transformational Generative Grammar) Dipelopori oleh Noam Chomsky pada tahun 1957 Ayat dilihat sebagai unit asas yang mempunyai struktur luaran dan struktur dalaman Hubungan butir linguistik dalam ayat dijelaskan melalui Rumus Struktur Frasa Pemerian bahasa menggunakan Rumus Transformasi

Anda mungkin juga menyukai