Anda di halaman 1dari 2

ISL BMM3112 FALSAFAH BAHASA MELAYU

Falsafah Bahasa Melayu Hakikat Bahasa Bahasa dan pemikiran Melayu Bahasa dan Budaya Melayu

Hakikat Bahasa Raja Mukhtarudin (1980), berpendapat bahawa bahasa sebagai suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat untuk bergotongroyong. Asmah Hj. Omar (1983), bahasa hanyalah bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga tekak manusia. Harimurti Kridalaksana (1994), bahasa adalah sistem lambang yang arbitrer yang dipergunakan oleh suatu masyarakat untuk bekerjasama, berinteraksi dan mengidentifikasi diri. Ferdinand De Saussure (1993), bahasa ialah satu sistem isyarat yang berupa gabungan makna dengan bayangan bunyi yang bersifat psikologi. Wilhelm Von Humboldt - mendefinisikan bahasa sebagai sintesis bunyi. Ferdinand de Saussure - menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat Charles F. Hockett - bahasa dari sudut psikologi behaviorisme, iaitu sistem tabiat-tabiat sangat rumit. Bahasa dan Pemikiran orang Melayu Secara literal Bahasa bermaksud : Bunyi-bunyi suara yang diguna oleh setiap kaum untuk menyampaikan maksud-maksud mereka. Bahasa terdiri daripada perlambangan. Ini merupakan hubungan antara tuturan dengan rujukan. (Al-Mujam Al-Wasit, 1972, Jld.2, Ms.831) Contoh, perkataan lembu secara umumnya akan membuatkan kita terbayang seekor lembu. Namun, dalam masyarakat Melayu khasnya, perkataan lembu juga membawa maksud bodoh. Sekiranya gambaran seekor lembu terbayang apabila perkataan lembu yang disebutkan, fenomena ini dikenali sebagai kegunaan ekstensi(luaran).

ISL BMM3112 FALSAFAH BAHASA MELAYU


Tetapi, sekiranya lembu itu menggambarkan bodoh, fenomena ini pula dikenali sebagai kegunaan intensi(dalaman). Begitu juga perkataan jantan dan betina. Secara umumnya, perkataan jantan dan betinamelambangkan jantina bagi seekor haiwan. Namun, sekiranya perkataan jantan dan betina digunakan untuk menunjukkan manusia, ini boleh menunjukkan sikap kurang sopan dan reaksi negatif oleh pendengar. Bahasa dan Budaya Melayu Seawal abad ke 14, bahasa Melayu telah digunakan sebagai lingua franca antara negeri-negeri Melayu dan dunia luar seperti Vhina, India, Portugis, Belanda dan Inggeris. Ini sekaligus membentuk budaya di mana bangsa-bangsa cuba berkomunikasi dan berinteraksi dalam bahasa dan budaya Melayu. Gugusan pulau-pulau Melayu atau nusantara mempunyai kira-kira 350 bahasa, namun bahasa Melayu dijadikan bahasa perantaraan. Bahasa Melayu mampu bertahan dan bersaing dengan bahasa penjajah kerana sifatnya yang berketerbukaan. Bahasa Melayu telah dapat memperkayakan kosa kata dan mampu menukarkan perkataan asing ke dalam bahasa Melayu yang disesuaikan sedikit dari segi fonologinya. Dalam usaha memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu di serantau, satu majlis yang dinamakan Majlis Bahasa Brunei, Indonesia dan Malaysia ( Mabbim ) ditubuhkan. Fungsi Mabbim ialah bagi mencari persamaan dan mengurangkan perbezaan dari aspek sintaksis, morfologi dan fonologi disamping meminimumkan perbezaan ejaan.

Anda mungkin juga menyukai