Anda di halaman 1dari 9

KERTAS 2 : SET 1 MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah
menangani masalah emosi murid dan kebaikan mengatasinya. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.
Tragedi seorang murid mati akibat terjatuh dari tingkat dua bangunan sekolah memang
menyayat hati. Kejadian ini walaupun boleh dikategorikan sebagai kes terpencil namun tidak
boleh diambil mudah kerana berkait rapat dengan masalah emosi murid. Sakit yang tidak dapat
dilihat oleh mata kasar kebiasaannya melibatkan mental. Oleh sebab itu, satu mekanisme
mengenal pasti masalah depresi mental dari peringkat awal perlu diwujudkan oleh pihak sekolah
agar dapat ditangani seawal mungkin sebelum menjadi serius.
Sebagai permulaan, kaunselor di sekolah perlu memainkan peranannya supaya masalah
berkaitan emosi murid ini tidak melarat sehingga menyebabkan kejadian yang tidak diingini
berlaku. Seharusnya kaunselor perlu menganjurkan program yang boleh mewujudkan kesedaran
ke arah mengenal pasti punca, simptom dan kaedah menangani masalah berkaitan emosi.
Manakala pentadbir sekolah dan guru kelas pula perlulah sentiasa peka dengan sebarang
perubahan sikap dan tingkah laku murid. Mereka perlu mengambil tindakan segera jika terdapat
tingkah laku murid yang mencurigakan malah jangan mengambil mudah sebarang ugutan atau
ancaman khususnya yang dinyatakan di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran
memperkenalkan Modul Kesihatan Mental di sekolah menengah pada tahun 2011 untuk
menangani masalah emosi murid. Pada masa yang sama, pentadbir sekolah dan guru juga perlu
memahami Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu melahirkan insan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Justeru, berikan ruang dan peluang kepada murid
untuk beriadah bagi mengurangkan tekanan dengan melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum
khususnya untuk murid yang tidak terlibat dengan peperiksaan. Penglibatan murid dalam aktiviti
kokurikulum boleh menyihatkan badan, menambahkan kemahiran dan membentuk semangat
berpasukan. Malah aktiviti kokurikulum juga memberi kelebihan kepada murid untuk memasuki
universiti awam.
Pelbagai pendekatan juga perlu difikirkan oleh pihak sekolah. Kerjasama ibu bapa dan
pihak sekolah amat membantu dalam menangani permasalahan emosi murid. Paling mudah, ibu
bapa segera memberitahu pihak sekolah sekiranya anak-anak mereka menghadapi masalah selain
tidak menyerahkan bulat-bulat kepada sekolah menangani masalah tersebut. Persatuan Ibu Bapa
dan Guru menganjurkan Kursus Kemahiran Keibubapaan sebagai kaedah penyelesaian terbaik
kepada masyarakat agar masalah emosi murid ini dapat diatasi. Segalanya terpulang kepada
kebijaksanaan pentadbir sekolah dan guru untuk menjadualkan aktiviti murid supaya dapat
melahirkan modal insan yang holistik, bijak, sihat dan berpersonaliti unggul.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana
1

KERTAS 2 : SET 1 MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR


Menangani Masalah Emosi Pelajar
oleh Azmy Mohamed,
Utusan Malaysia, 14 Februari 2011)
Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]
Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i)

Berikan maksud rangkai kata berpersonaliti unggul.


[2 markah]

(ii)

Berikan kebaikan-kebaikan sekiranya murid menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah.


[3 markah]

(iii)

Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan murid-murid menghadapi


masalah emosi?

Kemukakan tiga punca.


[4 markah]
Soalan 2(b) Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

KERTAS 2 : SET 1 MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR


Tiba-tiba hatinya dipintali kesayuan. Di mana Siti Nurhidayah? Di mana Izwan di mana
Nuryani Iman? Sudah berpuluh tahun berpisah. Pungguk itu ialah dirinya, rindu si pungguk ialah
rindunya, derita si pungguk ialah penderitaan dirinya. Ingatannya kepada Izwan, kepada
Nuryani Iman, kepada Siti Nurhidayah tidak pernah luak, tidak pernah bertukar seperti
rambutnya yang sudah memutih, tidak pernah bertukar seperti kulitnya dengan seribu kedutan.
Angin malam terus bertiup, terlalu dingin, membawa bersama-sama bau cempaka dan
melur di halaman. Pak Itam terasa segar. Terasa semakin syahdu, kesepian malam ini kian
mendekatkan dirinya kepada Tuhan. Terasa dirinya kian mengecil, rumput-rampai, daun-daunan,
walaupun ditiup angin, tetapi tetap menunduk, sujud kepada Tuhan, berzikir dan bertasbih.
Bukankah Tuhan jadikan manusia, para malaikat, jin dan makhluk seisi alam ini supaya sujud
kepada- Nya?
Pak Itam terasa dirinya kian mengecil seperti sebiji debu!
(Dipetik daripada
cerpen Memori Seorang Tua
oleh Zahari Affandi,
dalam antologi Harga Remaja
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)

Berdasarkan petikan di atas, nyatakan dua sebab Pak Itam berasa sayu
[2 markah]

(ii)

Andaikan anda Pak Itam, apakah usaha anda untuk mendapatkan semula isteri
dan anak-anak yang sudah lama berpisah?
[3 markah]

(iii)

Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai
murni yang lain daripada cerpen.yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah sudah maka Khoja Maimun pun bermohonlah kepada isterinya lalu dipeluk
diciumnya akan isterinya yang cantik molek itu, muda molek dengan kelakuannya yang baik
dengan tiada yang tidak baiknya itulah adanya, antara keduanya itu bertangisan dengan air
matanya serta menaruh akan dua ekor burung itu. Maka khoja Maimun pun pergilah belayar.
Hatta berapanya Khoja Maimum belayar itu, maka datanglah cubaan Allah Taala atas
hambanya, dengan demikian dicetera akan orang yang empunya cetera ini. Selama peninggalan
Khoja Maimun belayar itu, sebermula ada pada suatu hari maka Bibi Zainab pun bercintalah
akan suaminya. Maka ia pun pergilah duduk di tingkap mahligainya berangan-angan serta
3

KERTAS 2 : SET 1 MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR


memandang pada jalan seraya itu maka pada ketika itu terpandanglah kepada anak raja di dalam
negeri itu lalu berkuda hampir dengan mahligai isteri Khoja Maimun. Pada tatkala Bibi Zainab
pun memandang ke bawah maka terpandanglah kepada muka anak raja itu, pemandangan Bibi
Zainab terlalu elok rupanya anak raja itu. Sebermula anak raja pun memandang kepada isteri
Khoja Maimun, terlalu baik parasnya sama berjumpa masanya lalu dibawanya tersenyum oleh
anak raja itu.
(Dipetik daripada
Hikayat Khoja Maimun
dalam antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)

Berikan maksud terlalu elok rupanya.


[2 markah]

(ii)

Berdasarkan petikan di atas, apakah yang berlaku kepada Bibi Zainab sepeninggalan
suaminya, Khoja Maimun pergi belayar?.
[3 markah]

(iii)

Pada pandangan anda, apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Bibi Zainab untuk
mengubati perasaan rindu terhadap suaminya Khoja Maimun yang sedang belayar?
[3 markah]

Soalan 2(d) Sajak


Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Bangkitlah
Anak-anak yang sedang lena
bangkitlah
matahari sudah tinggi
di puncak gunung.
Lihat jernihnya pagi ini
burung-burung berterbangan di udara
dan pepohon hijau merendang daunnya
apa kau masih belum bangkit?
Bangkitlah
jangan sesal nanti
madu bumi yang kekeringan
isi laut kekosongan
4

KERTAS 2 : SET 1 MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR


dan perut belantara menjadi ladang.
Anak-anak
esok apa yang akan kaumakan?
tanah atau batu atau debu?
kau mahu terus nangis
tanpa air mata?
Kalau tidak
bangkitlah
matahari belum lagi rembang
dan burung-burung belum lagi menjamah awan!

Rejab F.I.
dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)

Berdasarkan rangkap ketiga sajak di atas, mengapakah penyajak menyeru


anak muda supaya bangkit atau bangun dengan segera?
[2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada pada generasi muda sekiranya ingin
berjaya pada masa hadapan?
[3 markah]

(iii)

Huraikan persoalan berdasarkan rangkap kedua dan rangkap keempat sajak


tersebut.
[4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[30 markah]
Jawab semua soalan.
5

KERTAS 2 : SET 1 MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)

mentah-mentah

(ii)

hidup-hidup

(iii)

diam-diam

(iv)

siang-siang

(v)

senyap-senyap

(vi)

jauh-jauh
[ 6 markah ]

(b) Tukar ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah tanpa mengubah maksud
asalnya.

(i)

Tuanku, janganlah berasa khuatir kerana patik akan pastikan lanun-lanun itu
ditangkap dan dihukum, kata Laksamana Hang Tuah kepada sultan.

(ii)

Mengapakah kamu lewat? Sudah hampir satu jam aku menunggu di sini, kata
Amira kepada Ellina.

(iii)

Kamu salah seorang pelajar cemerlang. Tentu rugi jika kamu tidak mahu
menyambung pelajaran, kata Cikgu Ali kepada Faizal.
[ 6 markah ]

(c)

Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan
imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

NGO alam sekitar telah membantah usaha sebuah syarikat pembalakan yang melakukan
kerja-kerja pembalakan yang mendekati dengan kawasan menadah hujan. Bantahan
mereka telah dimaklumi kepada Perdana Menteri menerusi mesin faksimili. Mereka telah
6

KERTAS 2 : SET 1 MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR


mengadakan demotrasi secara aman di hadapan ibu pejabat syarikat berkenaan. Isu ini
telah mendapat liputan daripada media masa di dalam dan di luar negara.
[ 6 markah ]
(d)

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)

Semua penduduk yang mempunyai pendapatan hendaklah menghantar Borang


Tafsiran Cukai masing-masing di Lembaga Hasil Dalam Negeri pada setiap
tahun.

(ii)

Beberapa orang pegawai DBKL ditugaskan untuk menyemak keadaan di tempat


yang sering berlaku banjir kilat di Kuala Lumpur dari masa ke semasa.

(iii)

Hadiah yang mereka beli itu akan diagihkan kepada Puan Nora ketika mereka
melawatnya di hospital nanti.
[6 markah]

(e)

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan peribahasa yang
sesuai dengan situasi dalam ayat-ayat yang berikut.
(i)

Musliha berasa kesal menceritakan masalah rumah tangganya kepada Soleha. Dia
berharap agar Soleha tidak menceritakan masalahnya itu kepada orang lain.
Malangnya, Soleha tidak menepati janjinya. Kini hampir sernua rakan sepejabat
tahu akan masalah rumah tangganya.

(ii)

Dolah, Hakim, dan Lokman bersusah payah melukis mural di dinding sekolah.
Ketua kumpulan mereka, Zahid, hanya membantu sedikit dan selalu menghilangkan
diri semasa bertugas. Namun dalam perhimpunan sekolah, pengetua asyik memuji
Zahid. Hal ini menyebabkan Dolah, Hakim, dan Lokman berasa tidak puas hati
kerana mereka yang bersungguh-sungguh tetapi orang lain pula yang mendapat
pujian.

KERTAS 2 : SET 1 MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR


(iii)

Setelah lima tahun bekerja di Amerika Syarikat, Jefri mengambil keputusan untuk
balik ke Malaysia. Walaupun pendapatannya di sana besar, tetapi dia berasa kurang
seronok tinggal di rantau orang. Dia ingin tinggal dan bekerja di negara sendiri.
[6 markah]
Soalan 4: Novel
[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut.

(a)

(i)

Papa(akhirnya kau tewas jua) karya Deana Yusof

(ii)

Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

(iii)

Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah

(iv)

Renyah karya Gunawan Mahmood

(v)

Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(vi)

Kembara Amira karya Amer Hmzah L.Kadir

(vii)

Kabus di Perbukitan karya Muhamad Kholid Hamzah

(viii)

Sutera dalam Lukisan karya Abd Talib Hassan

Huraikan dua peristiwa yang menyedihkan dalam sebuah novel yang anda pelajari.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu contoh nilai keberanian daripada
setiap novel tersebut.
[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT


8

KERTAS 2 : SET 1 MODUL BM SPM PECUTAN AKHIR

Anda mungkin juga menyukai