Anda di halaman 1dari 15

Sila klik pada tajuk!!!

Peningkatan Pengeluaran dan Teknologi Makanan Contoh

Sila klik pada tajuk!!!


Perkembangan Teknologi Makanan Usaha Meningkatkan Kualiti Makanan Tanpa Makanan Pilihan Bijak

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKANAN


* Penduduk di negara kita sangat beruntung kerana mempunyai banyak makanan. Kadang kala, kita mempunyai lebihan makanan yang tidak dijual segar. Dengan ini kita harus memproses makanan tersebut. Antara sebab kita memproses makanan itu ialah : mengelakkan makanan dari dirosak oleh mikroorganisma. memudahkan pencernaan. memperbaiki rupa makanan dan mencegah jangkitan penyakit. Manusia telah memperkenalkan beberapa kaedah pemprosesan makanan. Mari kita tinjau satu persatu seperti jadual dibawah.

KAEDAH

CARA

CONTOH MAKANAN

KEBAIKAN

KELEMAHAN

PENGETINAN
[CANNING]

Tin mahal dan jika tin kemek boleh Makanan diletakkan Makanan boleh menyebabkan makanan dalam tin dan dipanaskan Kari Daging, Ayam dan disimpan lama dan terdedah kepada pada suhu 116oC - 121oC, tuna. senang dibawa jangkitan ditutup dan dipateri. kemana-mana. mikroorganisma serta bahan toksik dari tin. Kemusnahan vitamin adalah sedikit dan kebanyakan mikroorganisma berbahaya dibunuh

PEMPASTEURAN
[PASTEURIZATION]

Pemanasan cecair pada suhu 63oC selama 30 min Susu, Wain dan Jus atau 72oC selama 15 s

Waktu simpanan adalah tidak lama dan pemprosesan jenis ini adalah khas untuk cecair sahaja.

PENDEHIDRATAN
[DEHYDRATION]

Sama maksud dengan "pengeringan". Makanan dijemur dibawah cahaya matahari atau Ikan Masin, Bunga meletakkan makanan Kekwa, Teh dan Sayur dalam garam. Penggunaan oven juga boleh dilakukan.

Jisim makanan kurang dan senang dibawa. Makanan Rasa berubah dan tahan lama dan kebanyakan vitamin tidak mudah termusnah. dijangkiti mikroorganisma.

KAEDAH

CARA

Makanan susah untuk PENYEJUKBEKUAN Simpanan dalam peti Ikan, Daging Lembu, Makanan boleh dibawa dan o sejuk dibawah -18 C Sosej dan Ais krim disimpan lama. memerlukan kos yang [FREEZING] tinggi. Simpanan dalam peti Sayur-sayuran, Buah- Vitamin boleh Susah dibawa dan PENDINGINAN [CHILLING] sejuk bersuhu 0oC - buahan, Mentega dan dikekalkan dan tahan memerlukan kos yang 5oC Telur lebih lama tinggi Makanan disimpan dalam plastik kedap PEMBUNGKUSAN VAKUM udara setelah udara [VACUM PACKAGING] didalamnya disedut keluar. Kos yang mahal dan Tahan lama dan memerlukan mesin mengurangkan ruang pemvakuman yang simpanan. mahal.

CONTOH MAKANAN

KEBAIKAN

KELEMAHAN

Kacang tanah, Sosej, Keropok dan Daging disejukbeku

Makanan didedahkan kepada sinaran radioaktif untuk Biji Benih, Bawang dan Vitamin tidak PENYINARAN [RADIATION] membunuh serangga kentang termusnah. dan memperlahankan percambahan.

Mungkin mendatangkan kesan sampingan dan memerlukan kos yang mahal.

Semasa menjalankan pemprosesan makanan, pengilang akan menambahkan bahan kimia. Bahan Kimia ini mempunyai fungsi yang tertentu :BAHAN KIMIA Bahan Awet Pewarna FUNGSI Menyebabkan makanan tahan lama Menyebabkan makanan kelihatan sedap CONTOH BAHAN KIMIA Garam dan Gula CONTOH MAKANAN Buah-buahan kering dan sos

pandan (hijau), karamel Kaya dan kicap (Coklat)

Perisa

Monosodium glutamat Menambahkan rasa supaya Makanan ringan dan (MSG) nama pasaran lebih sedap mee ialah "ajinomoto" Mencegah makanan dari termendap ke bawah Mencegah makanan berlemak menjadi busuk gam akasia Sos dan mayonis

Penstabil

Pengantiokida

Vitamin E dan BHT

Minyak masak

Walaupun pada mulanya penggunaan bahan kimia menolong dalam pemprosesan makanan, penggunaan yang berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan (kesan buruk). Penggunaan bahan kimia seperti sulfur dioksida, asid benzoik dan asid sorbik boleh menyebabkan penyakit seperti sesak nafas, gatal dan kanser. Oleh itu kerajaan telah menggubal undangundang untuk melindungi pengguna dari bahan kimia makanan yang tidak dikawal. Akta makanan (1983) diwujudnya bertujuan menghindari pengilang makanan dari menggunakan bahan kimia secara berleluasa tanpa kawalan. Penggunaan bahan kimia merbahaya seperti nitrit dalam daging dapat dihalang. Nitrit telah terbukti boleh menyebabkan penyakit kanser.

USAHA MENINGKATKAN KUALITI MAKANAN


Disebabkan pertambahan penduduk, usaha untuk meningkatkan kuantiti (Jumlah) dan kualiti makanan hendaklah dipertingkatkan dengan aktiviti pertanian dan pemprosesan makanan. Terdapat pelbagai cara ia dapat dilakukan.

Penggunaan baka bermutu


Usaha untuk menghasilkan baka tumbuhan dan haiwan yang bermutu tinggi sedang giat dijalankan di negara kita. Kejayaan yang telah kita capai adalah seperti penghasilan kelapa sawit jenis tenera yang menghasilkan banyak buah dan minyak. Buah betik eksotika menghasilkan buah yang manis dan besar. Kacukan lembu tenusu (menghasilkan susu) dengan baka dari iklim tropika menghasilkan baka yang boleh menghasilkan susu yang banyak dan tahan cuaca panas.

Penggunaan Teknologi Moden


Selain menggunakan baka yang bermutu tinggi, kita harus juga menggunakan teknologi moden. Penggunaan mesin dalam aktiviti pertanian telah membantu para petani mengatasi masalah pekerja mahir. Penggunaan mesin juga meningkatkan produktiviti. Penggunaan teknologi pengklonan dapat menghasilkan hasil yang seragam yang menbolehkan pemprosesan makanan lebih senang.

Makanan "Gergasi" [Monster Food]


Merupakan istilah yang merujuk kepada makanan yang dihasilkan dari dari tumbuhan yang telah diubahsuai melalui kaedah genetik. Tumbuhan yang kandungan genetiknya telah diubahsuai boleh menghasilkan buah yang besar serta tahan terhadap cuaca dan penyakit. Usaha menghasilkan makanan dari tumbuhan ini walau bagaimanapun telah menimbulkan masalah pencemaran dan kesan buruk kepada alam sekitar. Selain dari usaha diatas, pendidikan petani, pengurusan tanah yang cekap serta optimum boleh meningkatkan kuantiti makanan.

TANPA MAKANAN ?
Bayangkan apa yang akan berlaku jika kita kekurangan makanan?. Sudah pastilah ramai yang akan kekurangan zat makanan akibat pengambilan makanan yang tidak seimbang. Pada akhirnya ramai yang akan mati kebuluran. Kita sangat beruntung kerana mempunyai bekalan makanan yang mencukupi. Kualiti makanan kita juga jauh telah meningkat. Ini adalah kerana hasil titik peluh saintissaintis kita yang terlibat secara langsung dalam industri makanan negara. Para saintis seperti teknologis makanan dan ahli pertanian telah menggunakan teknologi moden untuk menambahkan pengeluaran makanan negara.

PILIHAN BIJAK
Oleh kerana kita didedahkan dengan bermacam-macam jenis makanan terproses, kita hendaklah membuat pilihan bijak supaya kita boleh mendapatkan makanan yang selamat dan berzat. Walaupun aktiviti pemprosesan makanan dikawal rapi menggunakan Akta Makanan (1983) namun kita harus menggunakan kebijaksanaan apabila membeli makanan. Maklumat yang terdapat pada pembungkus hendaklah dibaca dengan teliti sebelum membelinya. Kita juga hendaklah peka supaya tidak hanya tertarik kepada pembungkus yang cantik dan maklumat yang mengelirukan seperti tanda "tanpa Kolestrol", "Bervitamin Tinggi" dan sebagainya. Sebagai seorang konsumer (pengguna) yang bijak kita berhak untuk menolak makanan yang telah rosak serta membahayakan seperti tin yang berkarat. Aduan boleh dibuat menerusi Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Akhirnya kita hendaklah sedar bahawa masalah akan timbul jika pengeluaran makanan negara tidak boleh menyaingi pertambahan penduduk. Sebagai individu kita hendaklah menghindari segala pembaziran makanan seperti membuang sisa makanan yang boleh dikitar semula. Semoga kita sama-sama berusaha mengekalkan keadaan dimana kita boleh membuat banyak pilihan makanan.

Anda mungkin juga menyukai