Anda di halaman 1dari 12

KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH


BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS

KURSUS

Pemantapan Pedagogi Guru Matematik Sekolah Rendah Tahun 2012 (Kreativiti Dalam Pengajaran dan Pembelajaran) Aplikasi Proses Kreatif Terarah Dalam Model Inkuiri Penemuan MTSR3 1 jam Penceramah

Topik Kod Kursus Masa Personel

A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta dapat : 1. Memahami kepentingan perkaitan proses kreatif terarah dengan Model Inkuiri Penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran. 2. Mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran Model Inkuiri Penemuan. B. Kandungan Kursus Model proses kreatif terarah, model inkuiri penemuan, perkaitan proses kreatif terarah dengan model inkuiri penemuan dan contoh persediaan mengajar yang mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model inkuiri penemuan. C. Kaedah Syarahan, perbincangan, sumbangsaran, aktiviti hands-on, bengkel D Bahan Pengajaran Nota, power-point E Alatan LCD, komputer, papan putih, pen marker dan kertas mahjung F Penilaian 1. Pembentangan 2. Penyediaan persediaan mengajar dan instrumen penilaian Rumusan/Refleksi

17

KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012


Model Inkuiri Penemuan Model Inkuiri Penemuan merangkumi semua aktiviti merancang, menyiasat,

menganalisa, dan menemui. Pembelajaran melalui kaedah ini memerlukan kemahirankemahiran seperti membuat perbandingan dan mencari ciri-ciri yang sama untuk membuat generalisasi. Model ini melibatkan penaakulan induktif di mana murid-murid akan mengkaji hubungan, perkaitan serta pola bagi menentukan konsep, fakta rumus, atau hukum matematik. Rajah di bawah menunjukkan proses pembelajaran menggunakan model inkuiri penemuan.
Mengkaji dan menganalisis maklumat yang dikumpul

Mengenal pasti masalah

Merancang strategi penyelesaian

Mengumpul maklumat berkaitan

Membuat generalisasi atau rumusan

Rajah 1: Proses pembelajaran melalui Model Inkuiri Penemuan

Sesuatu pembelajaran tidak akan berlaku dengan berkesan jika murid tidak dicabar untuk membentuk dan menguji hipotesis mereka, di samping menentukan maklumat tambahan yang perlu untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Guru perlu merancang aktiviti-aktiviti yang sesuai supaya murid menjalankan aktiviti-aktiviti sendiri dengan cara memerhati, mencuba dan menguji, di bawah bimbingan guru dan seterusnya menemui fakta-fakta atau kesimpulan matematik sendiri. Dalam masa menjalankan aktiviti itu, guru tidak memberi jawapan. Perkaitan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran Model Inkuiri Penemuan:

Proses Kreatif Terarah Model P &P Persediaan Inkuiri Penemuan Memerhati Menciri Mengelas Menyoal Imaginasi Meneroka Merancang Meramal Membuat hipotesis Perkembangan Menguji hipotesis Tindakan Membuat kesimpulan Melapor Dokumentasi Mentaksir

18

KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012


Contoh Persediaan Mengajar menggunakan Model Inkuiri Penemuan CONTOH 1 (MATEMATIK TAHUN 4) Tajuk: Panjang Bidang: Ukuran Panjang Masa: 60 minit (2 waktu) Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk: 6.1 Mengukur panjang Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk: i) Mengukur dan merekod benda dalam unit: a) Milimeter b) Sentimeter c) Milimeter dan sentimeter Menganggarkan panjang benda dalam unit: a) Milimeter b) Sentimeter c) Milimeter dan sentimeter

ii)

Objektif Pengajaran: Murid dapat mengukur panjang sesuatu benda dengan menggunakan unit piawai
.

Fasa
Persediaan Memerhati Menciri Mengelas Menyoal

Cadangan Aktiviti
Menyediakan beberapa bahan yang boleh diukur seperti buku, kotak tisu, berus lukisan, pensel dan getah pemadam.

Cadangan Komunikasi
Berapakah panjang kotak tisu?.

Yang manakah lebih Tunjukkan pada murid, minta mereka panjang, pensel atau berus anggarkan panjang bahan-bahan itu. lukisan? Berapakah anggaran panjang getah pemadam?

19

KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012

Berapakah kali ganda panjang pensel berbanding pemadam? Memberitahu kepada murid bahawa bendabenda boleh dianggarkan panjangnya.

Imaginasi Meneroka Merancang Meramal Membuat hipotesis

Murid diminta memikirkan cara untuk mengukur peralatan-peralatan yang terdapat di kelas. Murid mengukur menggunakan anggotaanggota badan iaitu jengkal, hasta, tapak kaki, depa dan langkah.

1.Apakah anggota yang sesuai untuk mengukur panjang meja tulis? 2. Bolehkah kita mengukur bilik darjah dengan menggunakan tapak kaki? 3. Manakah lebih cepat mengukur pintu sama ada dengan menggunakan jengkal atau depa? 4. Bagaimana cara mengukur kawasan yang luas?

Perkembangan Guru memperkenalkan penggunaan pembaris dan pita pengukur dalam unit Menguji milimeter dan meter. Hipotesis

1.Apakah alat yang sesuai untuk mengukur tinggi seseorang? 2. Antara pita ukur dengan pembaris, yang manakah lebih sesuai mengukur panjang papan tulis?

20

KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012

Guru mengedarkan borang rekod untuk membuat anggaran dan membuat ukuran peralatan dalam bilik darjah seperti kerusi, almari, papan kenyataan, pemadam papan hitam dan Buku Teks Matematik. Kerja kumpulan: Guru meminta murid membuat anggaran terlebih dahulu sebelum mengukur dengan menggunakan pita ukur dan pembaris. Murid mengukur menggunakan ukuran milimeter dan sentimeter. Murid merekod jumlah ukuran dalam milimeter , sentimeter serta milimeter dan sentimeter

Tindakan Melapor Murid menerangkan anggaran dan ukuran panjang peralatan-peralatan yang diukur. Setiap murid mencatat anggaran dan ukuran panjang yang diperolehi oleh kumpulan lain. Guru menunjukkan ukuran sebenar peralatan-peralatan tersebut. Murid membandingkan kumpulan mana yang dapat mengukur dengan tepat. Kumpulan yang paling banyak mengukur dengan tepat dikira sebagai pemenang. 2.Kumpulan mana yang paling banyak mengukur dengan tepat dan cepat? 3.Kumpulan mana yang paling banyak menganggar dengan tepat? 1.Sebutkan anggaran dan ukuran sebenar kumpulan kamu.

Dokumentasi

Membuat kesimpulan

Mentaksir

21

KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012

Pentafsiran

Murid boleh membuat anggaran,mengukur dan merekod ukuran panjang benda-benda dalam unit milimeter, sentimeter serta milimeter dan sentimeter.

Nilai dan Sikap

Bekerjasama dalam kumpulan, tolak ansur, disiplin,keselamatan.

22

KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012 Lampiran 1 Nama Kumpulan : _____________________ 1. Anggarkan ukuran dalam : a. milimeter b. sentimeter c. sentimeter dan meter. _______ mm _______ cm ______ cm ______ mm

Pemadam papan hitam Almari Kerusi Papan kenyataan

_______ mm _______ cm _______ mm _______ cm _______ mm _______ cm

______ cm ______ mm ______ cm ______ mm ______ cm ______ mm ______ cm ______ mm

Buku Teks Matematik _______ mm _______ cm

2.

Rekodkan ukuran dalam : a. milimeter b. sentimeter c. sentimeter dan meter.

Pemadam papan hitam Almari Kerusi Papan kenyataan

_______ mm _______ cm

______ cm ______ mm

_______ mm _______ cm _______ mm _______ cm _______ mm _______ cm

______ cm ______ mm ______ cm ______ mm ______ cm ______ mm ______ cm ______ mm

Buku Teks Matematik _______ mm _______ cm

23

KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012


Contoh Persediaan Mengajar menggunakan Model Inkuiri Penemuan CONTOH 2 (MATEMATIK TAHUN 4) Tajuk: Masa dan Waktu Bidang: Tempoh Masa Masa: 60 minit (2 waktu) Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk: 5.1 Mengguna dan mengaplikasi pengetahuan tentang masa untuk mencari tempoh masa.

Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk: i. Membaca dan menyatakan waktu mula dan waktu akhir bagi sesuatu peristiwa berdasarkan jadual. ii. Menghitung tempoh masa sesuatu peristiwa daripada jadual dalam: a) minit b) jam

Objektif Pengajaran : Murid dapat melengkapkan jadual dengan lengkap dan betul sekurang 5 daripada 10 item. Bahan Pengajaran : Keratan akhbar rancangan TV dan lembaran kerja.

Fasa
Persediaan Memerhati

Cadangan Aktiviti

Cadangan Komunikasi

Guru mengedarkan keratan akhbar yang berkaitan dengan intisari rancangan TV bagi stesen TV yang berlainan. Guru meminta murid untuk menyatakan apakah rancangan kegemaran mereka. Murid menyatakan rancangan apa yang paling kerap ditayangkan. Murid mengenalpasti stesen TV yang paling lambat tamat siarannya. Apakah rancangan TV kegemaran kamu ? Apakah rancangan TV paling kerap ditayangkan dalam seminggu ?

Menciri

Mengelas

Menyoal

24

KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012

Imaginasi Meneroka

Murid diminta untuk mengenalpasti waktu bagi beberapa rancangan TV yang terdapat dalam intisari rancangan. Murid juga diminta untuk menyatakan waktu yang sesuai dan tidak sesuai untuk mereka menonton televisyen. Murid dibimbing untuk menyatakan sebabsebab untuk menonton rancangan yang sesuai dengan mereka.

Apakah rancangan TV yang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak ? Bilakah waktu yang sesuai dan tidak sesuai untuk kamu menonton TV ? Mengapakah kamu perlu menonton rancangan TV yang sesuai dengan kamu sebagai seorang kanakkanak ? Berapakah tempoh masa yang sesuai untuk kamu menonton TV dalam sehari ?

Merancang

Meramal

Membuat hipotesis

Guru meminta murid menyatakan tempoh yang sesuai untuk menonton televisyen dalam sehari sebagai seorang murid.

Perkembangan Menguji Guru mengedarkan satu intisari rancangan Hipotesis TV yang lain kepada setiap murid. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan Pukul berapakah Filem dengan waktu mula dan akhir sesuatu Bujang Lapok bermula ? intisari rancangan TV berdasarkan jadual yang diberikan. Pukul berapakah rancangan Kaki Robot tamat ? Guru menerangkan bahawa tempoh masa adalah perbezaan di antara masa mula dan Berapakah tempoh masa akhir berdasarkan contoh daripada intisari rancangan Mr Bean rancangan TV yang telah diedarkan. ditayangkan ? Guru mengagihkan murid kepada 5 orang dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki membina sendiri intisari rancangan TV bagi stesen TV mereka mengikut rancangan TV yang paling digemari oleh mereka. Guru menekankan bahawa setiap kumpulan perlu menghasilkan intisari rancangan TV yang baru dan tidak boleh sama seperti contoh yang diberikan. Berikan nama stesen TV kumpulan kamu dan bina intisari rancangan mengikut rancangan yang kamu gemari.

25

KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012

Tindakan Melapor

Murid membentangkan hasil kerja. Murid menyatakan waktu mula dan akhir sesuatu rancangan TV tersebut. Murid juga menyatakan tempoh masa untuk sesuatu rancangan TV tersebut. Mengapakah kumpulan B tidak dapat menyusun jadual dengan tepat ? Mengapakah kumpulan D waktu tamat programnya lebih awal daripada kumpulan lain ?

Dokumentasi

Guru membuat pembetulan terhadap kumpulan yang tidak tepat menyusun waktu mula, akhir dan tempoh masa. Kesimpulannya. TEMPOH MASA = WAKTU AKHIR WAKTU MULA

Membuat kesimpulan

Guru menerangkan bahawa pengiraan lain boleh juga dilakukan dengan menggunakan waktu mula, waktu akhir dan tempoh masa. Waktu Akhir = Waktu Mula + Tempoh Masa Waktu Mula = Waktu Akhir Tempoh Masa Mentaksir Kumpulan yang dapat menyusun semua maklumat dengan tepat perlu melekatkan hasil kerja di papan kenyataan kelas.

Pentafsiran

Murid boleh membaca dan menyatakan waktu mula dan waktu akhir serta menghitung tempoh masa sesuatu peristiwa daripada jadual Bekerjasama dalam kumpulan, tolak ansur, disiplin,keselamatan

Nilai dan Sikap

26

KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012 Lampiran 1

Nama Stesen TV :....................... Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Rancangan TV Waktu Mula Waktu Akhir Tempoh Masa

27

KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012

Lampiran 2 Intisari Rancangan TV Aviva 6:00 pagi Bacaan Al-Quran 6:30 pagi Senaman Sinar Pagi 7:00 pagi Tanyalah Pak Imam 8:00 pagi Selamat Pagi Orang Kampung 10.00 pagi - Spoungebob 10.30 pagi - Kaki Robot 11.00 pagi - Berita Semasa 11 11.05 pagi - IKS 11.30 pagi - Kampung Boy 12.00 tengahari - Xpresi Kembara 12.30 tengahari - Jelajah (Desaria) 1.00 petang - Berita Nasional 1.30 petang - Info Sukan 1.45 petang - Diva @ 1 2.00 petang - Generasi Y 3.00 petang - Berita Semasa 3 3.05 petang Filem Bujang Lapok 5.00 petang - Berita Wilayah 6.00 petang - Agrotek 6.30 petang - Hasratun 7.00 malam - National Geographic (Cheetah Family) 8.00 malam - Berita Nasional 8.39 malam - Azan Isyak 9.00 malam - Panggung Seri (Mr Bean) 11.00 malam - Berita Dunia 11.30 malam - Sorakan Emas (Bola Sepak Klasik) 12.30 tengah malam - Berita Nasional 1.00 pagi - Tamat Siaran

28

Anda mungkin juga menyukai