Anda di halaman 1dari 21

SEK. JEN. KEB. (TAMIL) LADANG MAYFIELD 13300 TASEK GELUGOR, SPU, PULAU PINANG.

Tel: 04-5737392 Fax: 04-5737392

LAPORAN KEM SUKAN SEKOLAH 2013 UNIT : Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)
PROGRAM TARIKH PERLAKSANAAN TEMPAT MASA : KEM SUKAN SEKOLAH 2013 : 27.09.2013 29.09.2013 (Jumaat , sabtu dan Ahad)

: Padang SJK(T) LADANG MAYFIELD : Bermula jam 2.00 petang (Jumaat 27 september 2013) sehingga jam 12.00 tengahari (Ahad 92hb September 2013).

OBJEKTIF : Untuk memupuk semangat bekerjasama dan yakin diri dalam diri peserta. Untuk memupuk sikap berdikari dan bertanggungjawab dalam diri peserta. Untuk menjalin hubungan baik sesama rakan dan guru sekolah.. Untuk memberi pendedahan, pengalaman serta kemahiran untuk peserta mengurus diri dengan lebih berkesan dan cekap. Untuk menguji daya ketahanan mental, fizikal dan rohani setiap peserta

KUMPULAN SASARAN Murid tahun 4,5 & 6 .

BILANGAN PESERTA 46 orang.

DAPATAN :
1.1 KEKUATAN : Peserta perkhemahan mendapat pendedahan tentang realiti kehidupan melalui aktiviti yang dijalankan. Setiap peserta perlu mematuhi masa dan disiplin diri sepanjang perkhemahan ini. Aktiviti yang dijalankan pula dapat memberi pengetahuan dan pengalaman baru yang berguna untuk melengkapkan diri setiap peserta agar lebih bersedia menghadapi cabaran pada masa depan. Disamping itu murid murid dapat: Meningkatkan keberkesanan pengurusan kelab sukan dan pelaksanaan aktiviti sukan yang mempunyai unsur keseronokan. Menerapkan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif di kalangan murid. Menerapkan nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui aktiviti kelab sukan. Mewujudkan integrasi kaum melalui penyertaan dalam kelab sukan Meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan aktiviti sukan dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat dan inovatif.

1.2 KELEMAHAN : Terdapat bantuan kewangan yang diberikan tidak mencukupi untuk menjalankan akti sukan ini. Seterusnya, tempoh kem 3 hari ini amat meletihkan murid .

PENAMBAHBAIKAN : Penambahbaikan akan dilakukan bagi memperbaiki keberkesanan program pada masa hadapan.

PENUTUP : Rata-rata peserta perkhemahan memberikan komen yang positif setelah berakhirnya program kem sukan sekolah ini. Nyatanya mereka telah menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dalam menjayakan semua aktiviti sepanjang program ini berlangsung. Semoga program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang dalam usaha untuk melahirkan murid - murid SJK(T) MAYFIELD yang seimbang dari aspek rohani, emosi, jasmani, intelek dan sahsiah. Disamping itu, murid -murid dapat mengembangkan ilmu dalam aktiviti sukan badminton, Futsal dan Bola baling.

Disediakan oleh, VANI RAMASAMY Penyelaras Badan Uniform

Disemak oleh,

Berikut beberapa rakaman gambar yang berjaya diabadikan sepanjang program ini berlangsung : Hari pertama :

Hari Kedua:

Anda mungkin juga menyukai