Anda di halaman 1dari 1

Kaedah kajian kuantitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat atau data yang bersifat kuantitatif manakala kajian

kualitatif adalah kajian yang menggunakan kajian kualitatif. Antara perbezaan kedua-dua jenis kaedah ini adalah: BENTUK Kuantitatif :Data berbentuk angka yang boleh diukur Kualitatif:Data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul melalui temubual atau gambar atau video. INSTRUMEN KAJIAN Kuantitatif:Penyelidik menggunakan instrumen kajian seperti soal selidik dan ujian pencapaian bagi memungut data. Ia berfungsi sebagai alat pengukur dan menjadi alat perantaraan antara penyelidik dan peserta kajian. Kualitatif: Penyelidik merupakan instrumen utama untuk memungut data. Penyelidik perlu berada dalam situasi yang dikaji, mendengar dan memerhati sendiri fenomena yang ingin dikaji. REKA BENTUK KAJIAN Kuantitatif : rekabentuk ditetapkan sebelum data dikutip Kualitatif:rekabentuk bersifat fleksibel atau mengikut keadaan. PESERTA KAJIAN Kuantitatif:penyelidik bukan peserta kajian. Peserta kajian adalah sampel kajian yang dipilih menggunakan teknik persampelan. Kualitatif:penyelidik adalah peserta kajian. Maklumat diperolehi dari peserta kajian secara langsung METODOLOGI KAJIAN Kuantitatif:Penyelidik mengkaji populasi atau sampel yang mewakili populasi. Saiz sampel besar dan dipilih berasaskan kebarangkalian. Kualitatif:Saiz sampel kecil dan dipilih secara bertujuan dan tidak berasaskan kebarangkalian.

Anda mungkin juga menyukai