Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI INDIVIDU Stefaenus Olver Sabin 930927-12-5265 Semasa saya menerima tugasan ini daripada pensyarah, saya berasa

kurang yakin dengan kemampuan saya untuk menyiapkan tugasan ini. Namun, saya tanamkan azam dalam hati agar saya akan menyiapkan tugasan ini dengan baik dan sempurna bersama dengan ahli kumpulan saya. Semasa saya menyiapkan tugasan ini, saya berasa sangat seronok dan teruja kerana banyak perkara baru yang saya pelajari. Sepanjang kami menyiapkan tugasan yang diberikan ini, kami mengalami masalah untuk memilih projek yang hendak dibina. Selepas berbincang, kami mengambil keputusan untuk membina projek yang dinamakan connect the straw. Projek ini merupakan satu permainan yang memerlukan maklum balas daripada pemain dan juga memerlukan koordinasi yang baik antara mata dengan tangan peserta. Permainan ini dapat membantu pemain untuk meningkatkan kemahiran motor halus mereka. Dari segi kos untuk membina projek ini, kami tidak memerlukan kos yang banyak kerana kebanyakan bahan yang kami gunakan merupakan bahan yang murah dan ada bahan yang kami gunakan daripada bahan terpakai. Selain itu, kami juga tidak mengalami masalah dari segi masa untuk menyiapkan projek kerana kebanyakan tugasan KKP subjek yang lain telah dihantar. Oleh itu, kami mempunyai masa yang banyak untuk menyiapkan projek tersebut. Semasa kami menyiapkan projek tersebut, saya telah belajar bagaimana cara untuk membina satu alat bantu mengajar yang menarik dan boleh menarik minat pelajar untuk menggunakannya. Selain itu, alat bantu mengajar tersebut haruslah mudah agar pelajar tidak rasa tertekan dan tidak merasa susah semasa menggunakannya. Selain itu, saya turut belajar apakah yang dimaksudkan dengan antisipasi dan maklum balas dalam permainan. Antisipasi bermaksud pemain cuba meneka apakah yang akan berlaku dalam permainan tersebut. Dalam permainan yang kami bina itu, pemain akan cuba meneka dan memikirkan laluan yang tepat untuk menyambungkan kesemua straw tersebut. Maklum balas dalam permainan pula bermaksud pemain akan bertindak balas terhadap ransangan yang berada di persekitarannya. Ransangan tersebut boleh mempengaruhi prestasi pemain.

Namun demikian, pemain boleh mengawal ransangan tersebut agar ransangan tersebut tidak menganggu prestasi pemain. Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, saya menyedari saya mempunyai beberapa kelemahan yang harus saya atasi agar saya dapat menyiapkan tugasan saya dengan baik. Antara kelemahan saya ialah kadang-kadang saya seorang yang suka bertangguh apabila terlalu banyak kerja yang harus dilakukan. Saya juga suka melayari internet dan bermain permainan video sehingga kerja kursus saya terabai. Selain itu, saya juga menyedari bahawa saya kadang-kadang tidak bersikap profesional dalam mengawal emosi. Selepas saya mengenal pasti kelemahan dan tabiat buruk saya, saya telah mengambil inisiatif untuk mengatasinya. Inisiatif yang telah saya ambil ialah saya membuat jadual waktu untuk mengurus masa saya dengan baik. Saya telah menetapkan masa untuk menyiapkan kerja kursus bersama dengan rakan, masa untuk bermain permainan video dan masa untuk melayari internet. Selain itu, saya juga harus membaca buku-buku yang berkaitan dengan pengurusan emosi agar saya dapat belajar bagaimana untuk mengawal emosi dengan baik semasa dalam keadaan tertekan disebabkan oleh tugasan yang banyak. Kekuatan atau kelebihan saya sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini ialah saya saya mudah untuk berinteraksi dengan rakan ahli kumpulan yang lain. Selain itu, saya juga mudah memberikan kerjasama semasa menyiapkan tugasan tersebut. Sebagai kesimpulannya, sebagai seorang bakal guru yang bakal mendidik anak bangsa pada masa hadapan saya haruslah sentiasa mengikuti perkembangan semasa dalam pendidikan. Selain itu, saya harus menguasai dan memahami teori-teori yang boleh membantu untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pemain. Teori tersebut saya boleh gunakan untuk membantu perkembangan prestasi pemainpemain saya pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai