Anda di halaman 1dari 17

data triangulation

Triangulation adalah pelbagai kaedah menganalisis sesuatu data kualitatif atau fenomena bagi meningkatkan kesahan interpretasi yang dibuat terhadap sesuatu konstruk atau fenomena yang dikaji.

Tujuan triangulation
Bagi mengatasi kelemahan dan bias yang wujud dari analisis data kualitatif yang kompleks dan dinamik jika hanya bergantung kepada satu kaedah tunggal sahaja. Membekalkan penjelasan yang lebih bermakna dan lebih komprehensif kepada data kualitatif hasil dari penggunaan beberapa kaedah yang berbeza.

JENIS-JENIS TRIANGULATION

Data triangulation
- Menggunakan pelbagai jenis data masa,ruang dan person i) masa- data diperoleh dari masa yang berbeza termasuklah data cross-sectional (orang lain dalam masa yang sama) atau data longitudinal (masa lain tapi orang sama)

ii) space data diambil merentasi budaya dan sub budaya (budaya melavu vs cina vs kadazan)
iii) person data diambil dari pelbagai latarbelakang, individu, organisasi( jurulatih sekolah rendah vs jurulatih negeri)

Investigator Triangulation
Melibatkan beberapa pemerhati yang memerhatikan dan merekod data yang sama.

Theory Triangulation
Melibatkan lebih dari satu teori dalam menjelaskan sesuatu fenomena dari pelbagai sudut. Kognitif, masyarakat, agama, budaya, dll

Methodological Triangulation
Melibatkan between-methode dan within methode bagi menjawab persoalan kajian Between-methode = menggunakan method berbeza terhadap sampel yang sama untuk menyemak kesahan. (guna soal selidik lain untuk kajian yang sama) within-methode = menggunakan soal selidik yang sama tetapi pada masa yang berlainan bagi menguji reliability

Masa yang sesuai untuk menjalankan Triangulation

1) Apabila fenomena atau apa yang dikaji menimbulkan kontroversi atau isu sensitif 2) Fenomena yang sangat kompleks

ETIKA KAJIAN TINDAKAN

Penglibatan orang lain dalam kajian memerlukan pertimbangan isu etika. Ia bukan sahaja melibatkan kesopanan atau budi bahasa, ia juga melibatkan undang-undang. Pertimbangan etika melibatkan 3 aspek.

a) Perundingan dan hak keselamatan


Penyelidik perlu berbincang dan mendapatkan kebenaran untuk melakukan kajian sebelum kajian dimulakan. Penyelidik perlu menyediakan dan memberikan surat rasmi kebenaran kepada semua peserta yang terlibat. Surat tersebut mestilah disimpan sebagai rujukan. Surat tersebut perlu disertakan dibahagian lampiran.

b) Melindungi para responden


Nama dan identiti responden tidak boleh didedahkan kecuali dengan izin. Apabila responden tidak mahu nama mereka didedahkan penyelidik perlu menomborkan mereka seperti pelajar 1. (supaya mudah dikenali apabila data melalui video) Penyelidik perlu berhati-hati menamakan lokasi penyelidikan. (mendapatkan kebenaran pengetua)

Penyelidik perlu memastikan responden tahu mereka adalah keutamaan dan akan menyimpannya secara sulit. Memastikan responden tahu bahawa mereka boleh menarik diri dan maklumat mereka akan dimusnahkan. Pastikan setiap peserta mendapat slip yang mengandungi tandatangan mereka.

c) Membina kepercayaan
Penyelidik perlu memastikan mereka melakukan apa yang mereka nyatakan ingin lakukan. Bertujuan untuk mewujudkan satu reputasi untuk integriti dan melindunginya. Kebanyakkan orang hanya akan bekerja dengan orang yang mereka percaya

Anda mungkin juga menyukai