Anda di halaman 1dari 2

Sejarah Bola Baling Dunia.

Permainan seakan-akan bola baling sudah ada sejak dahulu lagi seperti permainan Urania di zaman Greek kuno, Harpaston di zaman Rom, Fangballspiel pada abad pertengahan di Jerman dan sebagainya. Terdapat juga rekod tentang permainan seperti bola baling ini dalam abad pertengahan di Perancis dan juga di Inuit, Greenland pada zaman pertengahan lagi. Pada sekitar abad ke-19 pula, terdapat permainan yang agak serupa dengan bola baling dimainkan, iaitu Haandbold di Denmark, Hazena atau Czeska Hasenka di Bohemia dan Slovakia, serta Gandbol di Ukraine. Permainan bola baling yang ada sekarang dibentuk pada akhir abad ke-19 di Eropah Utara, iaitu di Denmark, Jerman, Norway dan Sweden. R.N. Ernst telah membuat satu peraturan baru bola baling pada tahun 1897. Dane Holger Nielsen juga membuat perkara yang sama pada tahun 1898 (tetapi hanya diperkenalkan pada tahun 1906). Satu lagi peraturan bola baling telah dibuat pada 29 Oktober 1917 oleh Max Heiser, Karl Schelenz dan Erich Konigh dari Jerman. Selepas tahun 1919, peraturan tersebut dipertingkatkan oleh Karl Schelenz. Pada tahun 1925 pula, pertandingan bola baling antarabangsa yang pertama telah diadakan menggunakan peraturan baru tersebut. Pertandingan yang dimaksudkan adalah di antara Jerman dan Belgium pada tahun 1925 dan seterusnya pertandingan bola baling wanita, iaitu di antara Jerman dan Austria pada tahun 1930. Di Jerman, ia dikenali sebagai Raffbold pada mulanya. Tetapi, semasa Perang Dunia Kedua, permainan ini dikenali sebagai Torball yang dimainkan seramai tujuh orang. Pada tahun 1917, bilangan pemain telah ditambah menjadi sebelas orang dan dimainkan di padang bola sepak. Permainan ini telah diasaskan oleh Heizer di Jerman. Permainan ini juga sama seperti versi permainan di Ireland dan Uruguay. Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan satu jawatan kuasa khas untuk menyelaraskan permainan ini. Pada tahun yang sama, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudge di Amsterdam. Seterusnya pada tahun 1936, bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam Sukan Olimpik yang diadakan di Berlin. Enam buah negara telah menyertainya dan negara Jerman telah muncul sebagai juara. Pada tahun 1938, sekali lagi Jerman telah menjadi juara dalam Kejohanan Bola Baling Sedunia yang disertai oleh 10 buah Negara. Pada tahun 1946, (IAHF) telah ditukar kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan ini menggalakkan permainan menggunakan tujuh orang dalam satu pasukan. Kejohanan Bola Baling Sedunia sekali lagi diadakan pada tahun 1956 oleh IHF. Di dalam kejohanan tersebut, Sweden telah menjadi juara.

Pada tahun 1956, undang-undang permainan ini telah diubahsuai dan diguna pakai sehinggalah ke hari ini. IHF juga telah mengadakan Kejohanan Wanita Dunia semenjak tahun 1957, dan Kejohanan Wanita dan Lelaki Remaja Dunia selepas itu. Jerman, Yugoslavia, Rusia, Romania, Czechoslovakia, Hungury dan Poland merupakan pasukan yang hebat ketika itu. Manakala di Asia pula, Jepun, China dan Korea adalah di antara negara yang terkuat di mana pasukan wanita Korea Selatan telah memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik tahun 1988 manakala pasukan lelakinya telah memenangi pingat perak. Pada hari ini, sebanyak 68 buah negara telah mendaftar dengan IMF. Sementara itu, Kesatuan Bola Baling Asia pula ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Sukan Asia di Teheran sedang berlangsung. Ibu pejabat kesatuan ini berada di Kuwait. Di Malaysia, permainan bola baling diperkenalkan oleh Lim Hock Han pada tahun 1976 dan pada bulan Disember 2006, laporan IHF menyatakan bahawa ia sudah mempunyai 159 keahlian yang terdiri daripada 1,130,000 kumpulan yang berjumlah 31 juta orang termasuk pemain, jurulatih, pegawai dan pengadil.

Anda mungkin juga menyukai