Anda di halaman 1dari 1

Rumusan Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip kaunseling yang dilakukan oleh

kaunselor terlatih bagi menghasilkan perubahan perasaan, pemikiran dan tingkahlaku yang positif untuk perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, berlandaskan moral etika kaunseling. Kemahiran kaunseling ini bukan perlu dikuasai oleh guru kaunseling sahaja ia juga perlu dimiliki oleh seorang guru biasa bagi melaksanakan aktiviti bimbingan semasa di sekolah. Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang guru menolong murid untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Kaunselor harus memahami segala kemahiran yang dipelajari dan tahu mengaplikasikan ke atas klien pada tempat, masa dan keaadan yang sesuai. Sekiranya kemahiran yang diaplikasi tidak sesuai digunakan maka ia mempengaruhi seluruh proses seperti menyukarkan klien menyelesaikan masalah mereka akibat kehilangan keyakinan dan kepercayaan terhadap kaunselor. Maka dengan itu para guru biasa perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran asas kaunseling. Kemahiran asas kaunseling ini diperlukan sebagai strategi untuk menambat hati klien/murid supaya kaunselor/guru dapat terus membantunya. Kemahiran yang baik dan sesuai perlu diikuti oleh tingkahlaku dan personaliti guru yang juga sempurna bagi memantapkan kejayaan sesuatu proses.

Anda mungkin juga menyukai