Anda di halaman 1dari 40

KEMENT ERIAN PENDIDIKAN

MALAYSIA

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

ASUHAN DAN PENJAGAAN


AWAL KANAK-KANAK
TINGKATA N EMPAT DAN LIMA

Pusat Perkembangan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
2003.
Kementerian Pendidikan Malaysia

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

ASUHAN DAN PENJAGAAN


AWAL KANAK-KANAK
TINGKATAN EMPAT DAN LIMA
2003.

Pusat Perkembangan Kurikulum

i
ISBN

Diusahakan
oleh
Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementeri an Pendidikan Malaysia

Cetakan Pertama 2003.


©Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana


bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga
bentuk dan deng an cara apa jua sama ada secara el ektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Kem enterian Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk
kepada perkiraan royalti atau honorarium.

ii
RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih
erat di kalangan seluruh masyarakat; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat
yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-
bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, ber ikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:-

KEPERCAYAAN KEPA DA TUHAN


KESETIAAN KEPA DA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDA NG- UNDANG
KESOPANAN DA N KESUSILAAN

iii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahir kan insan yang seimbang dan har monis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bertujuan untuk melahir kan w arganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjaw ab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap kehar monian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

iv
Huraian Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Aw al Kanak-Kanak

KATA PENGANTAR pembelajaran akses kendiri. Di samping itu, nilai murni dan
semangat patriotik dan kew arganegaraan tetap diutamakan.
Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yang memperincikan Semua elemen ini diharapkan dapat memberi keyakinan
kandungan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi kepada mur id dan diaplikasikan dalam kehidupan harian dan
cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dunia pekerjaan.
dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta
ekonomi berasaskan pengetahuan dan kemahiran pada abad Guru perlu peka terhadap tahap kecergasan murid dan serius
ke-21 dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Mata
Pelajaran Vokasional Menservis Motosikal dengan mengambil
Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan kira kesepaduan ilmu, kemahiran dan amalan keselamatan.
pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan Pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilakukan secara
penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti berkesan dengan memberi tumpuan kepada penglibatan murid
untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut secara aktif dalam suasana yang kondusif dan menyeronokkan.
kesesuaian murid. Huraian ini diharap akan dapat membantu
guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan Dalam menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran ini banyak
pembelajaran secara berkesan. pihak terlibat terutama guru, pensyarah maktab dan universiti
serta pegaw ai Kementerian Pendidikan, dan individu yang
Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru mew akili badan-badan tertentu.
diharap dapat memberi penekanan kepada unsur bernilai
tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, kecerdasan kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya Huraian
pelbagai, pembelajaran masteri, pembelajaran secara Sukatan Pelajaran ini, Kementerian Pendidikan merakamkan
kontekstual, pembelajaran secara konstruktivisme, dan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

( Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BT. SYED ZIN )


Pengarah
Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia

1
Huraian Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Aw al Kanak-Kanak

KANDUNGAN

Kata Pengantar .. .. .. .. .. i Pendekatan Dan Penekanan .. .. .. 3

Pendahuluan .. .. .. .. .. 1 Pemetaan Kandungan .. .. .. .. 5

Matlamat Mata Pelajaran Asuhan dan Penjagaan 1 Format Huraian .. .. .. .. .. 8


Awal Kanak-Kanak
Huraian Sukatan Pelajaran Asuahan dan Penjagaan 11
Objektif .. .. .. .. .. .. 1 Awal Kanak-Kanak T 4

Organisasi Kandungan .. .. .. .. 2 Huraian Sukatan Pelajaran Asuahan dan Penjagaan 41


Awal Kanak-Kanak T 5

2
Huraian Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Aw al Kanak-Kanak

PENDAHULUAN
Dalam kurikulum Asuhan dan Pendidikan Aw al
Asuhan dan Pendidikan Aw al Kanak-Kanak ialah Kanak-Kanak tumpuan diberi kepada pelbagai
Apakah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di kemahiran iaitu mengasuh dan mendidik kanak-
Mata sekolah menengah atas dalam Kurikulum Bersepadu kanak, menyedia, memasak dan menghidang
Pelajaran Sekolah Menengah (KBSM). Penggubalan mata makanan untuk kanak-kanak dan penjagaan
Asuhan pelajaran ini merupakan usaha Kementerian kesihatan dan raw atan serta keselamatan.
dan Pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran Penekanan diberi kepada kreativiti murid dalam
Penjagaan praktis dan menanam semangat keusahaw anan di menghasilkan pelbagai alat per mainan dan bahan
Awal kalangan murid dalam bidang per khidmatan bantu mengajar. Murid berkemahiran menjalankan
Kanak- penjagaan kanak-kanak dan menyumbang kepada aktiviti bersama kanak-kanak mengikut peringkat
Kanak? pembangunan generasi yang sihat dari segi intelek, umur. Di samping itu aspek pengurusan dan
rohani, emosi dan jas mani. keusahaw anan juga ditekankan sebagai persediaan
untuk menceburi bidang perniagaan.
Murid yang mengikuti mata pelajaran ini menguasai
kemahiran memberi perkhidmatan penjagaan, Murid juga digalakkan merebut peluang kerjaya
bimbingan dan pendidikan kanak-kanak. dalam industri perkhidmatan pendidikan kanak-
Penggubalan mata pelajaran ini yang berdasarkan kanak. Penerapan nilai murni, sikap positif dan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dirancang untuk budaya kerja yang baik turut disepadukan dalam
mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan mata pelajaran ini.
produktiviti negara dengan membekalkan tenaga
mahir yang berpengetahuan dalam bidang
MATLAMAT
perkhidmatan penjagaan kanak-kanak.
Matlamat mata pelajaran Asuhan dan Pendidikan
Penaw aran mata pelajaran ini merupakan Matlamat Awal Kanak-Kanak adalah untuk melahir kan murid
sebahagian usaha Kementerian Pendidikan untuk Mata yang berkemahiran dalam pengurusan per khidmatan
memperluaskan pendidikan teknikal dan vokasional Pelajaran penjagaan kanak-kanak dengan mengamalkan
di sekolah akademik. Persediaan aw al ini adalah Asuhan dan budaya kerja yang baik dan selamat serta boleh
untuk memenuhi keper luan per mintaan tenaga Penjagaan menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya
pekerja mahir dan separa mahir seperti elektrik dan Awal menjadi penyumbang tenaga ker ja mahir dalam
elektronik, komputer dan multimedia, perkhidmatan Kanak- bidang perkhidmatan penjagaan kanak-kanak.
hospitaliti, per khidmatan penjagaan dan Kanak.
pelandskapan.

1
Huraian Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Aw al Kanak-Kanak

OBJEKTIF ORGANISASI KANDUNGAN


Objektif Kurikulum Asuhan dan Pendidikan Aw al Kanak-
Kanak adalah untuk membolehkan murid : Rangka Mata pelajaran ini terbahagi kepada tiga bidang
Mata pembelajaran yang diolah mengikut rangka konsep
Pelajaran Konsep
1. Merancang dan menjalankan aktiviti yang seperti berikut:
Asuhan dan
Penjagaan sesuai mengikut peringkat umur kanak-kanak
RANGKA KONSEP
Awal Kanak-
2. Merancang dan membuat alat permainan dan
Kanak. bahan bantu mengajar yang boleh ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL
merangsang pertumbuhan dan KANAK-KANAK
perkembangan kanak-kanak
PERKHIDMATA
PERKHIDMATAN
3. Merancang, menyedia, memasak, menghias PENYAJI AN
PENJAGAAN
xPeralatan
KANAK-
dan menghidang makanan kanak-kanak KANAK
xSahsiah,
x Pengurusan pramusaj
kerja x Keselamatan
4. Mempraktikkan amalan kebersihan dan x Makanan & x Etika Makan
pendidikan kesihatan kanak-kanak
Pemakanan x Penjagaan
5. Menjalankan tugasan penjagaan harian dan Harian
pengurusan bilik untuk kanak- kanak MEMBIMBING &
6. Mengamalkan langkah keselamatan dan MENDIDIK
meraw at kecederaan ringan KEMAHIRAN MENJ AL ANKAN
AKTIVITI PERKEMBANG AN
7. Mengamalkan etika kerja dalam asuhan dan
pendidikan aw al kanak-kanak dan x BAHASA (bercerita,
membaca)
berkomunikasi dengan berkesan
x SOSIO – EMOSI (nyanyian,
main peranan, lawatan)
8. Menyediakan rancangan perniagaan yang KEUSAHAWANAN
x FIZIKAL (pergerakan motor
mudah. kasar & halus) & PROJEK
x KOGNITIF (Pra sains,
Pra matematik) x
x ESTETIKA DAN DAYA
KREATIF (lukisan, kraftangan,
muzik & pergerakan)

2
Huraian Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Aw al Kanak-Kanak

Deskripsi tiga bidang pembelajaran bagi Asuhan kreatif juga diberi penekanan dalam menjalankan
dan Pendidikan Aw al Kanak-Kanak adalah seperti pelbagai aktiviti pembelajaran dan pengajaran.
berikut: Aktiviti ini termasuk pergerakan motor, pra sains,
pra matematik, lukisan, kraftangan dan muzik.
1. Perkhidmatan Penjagaan Kanak-Kanak Mereka juga mempraktikkan hubungan mesra
dengan kanak-kanak, ibu bapa dan masyarakat
Dalam bidang ini murid menguasai kemahiran setempat.
dalam pengurusan perkhidmatan penjagaan
kanak- kanak dan pengurusan di tempat kerja.
Mereka mempelajari pemakanan bayi dan kanak- 3. Keusahawanan dan Projek Kerjaya
kanak iaitu nutrien yang membantu pertumbuhan
dan perkembangan kanak-kanak, penyediaan Murid menguasai kemahiran berkomunikasi
makanan dan etika makan. Murid menjalankan dengan berkesan semasa berurusan dengan
tugasan penjagaan harian dan pengurusan bilik pelanggan. Mereka menyediakan rancangan
untuk kanak-kanak. Murid juga di dedahkan perniagaan yang mudah, berkeyakinan dan
dengan aspek keselamatan iaitu peralatan yang bersedia memberi perkidmatan dalam penjagaan
terdapat dalam peti pertolongan cemas, penyakit- kanak- kanak. Mereka juga menganjurkan kursus
penyakit biasa yang dihidapi oleh kanak-kanak dan keibubapaan kepada ibu bapa dan penjaga yang
penjagaan persekitaran di dalam dan luar terlibat. Daya kreativiti mur id dapat ditonjolkan
bangunan. melalui projek jualan alat per mainan.

2. Kemahiran Menjalankan Aktiviti


PENDEKATAN DAN PENEKANAN
Murid mengenal pasti dan mempraktikkan
kemahiran merancang dan menjalankan pelbagai
aktiviti yang mencabar dan menggembirakan untuk
meningkatkan potensi kanak-kanak. Murid Asuhan dan Pendidikan Aw al Kanak-Kanak adalah
menjalankan aktiviti perkembangan bahasa iaitu mata pelajaran yang memberi tumpuan terhadap
bercerita, membaca dan menulis. Murid juga Kemahiran
menguasai kemahiran melalui pembelajaran yang
didedahkan tentang perkembangan sosio-emosi melalui dikendalikan secara amali. Guru perlu membuat
seperti nyanyian, main peranan dan law atan. Latihan tunjuk cara pada aktiviti yang sesuai sebelum
Per kembangan fizikal, kognitif, estetika dan daya Amali murid menjalankan kerja amali. Bahagian teorinya

3
Huraian Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Aw al Kanak-Kanak

diserap secara tidak langsung semasa permainan dan bahan bantu mengajar. Murid
menjalankan kerja amali. Pengetahuan dan harus mempunyai sifat nilai murni seperti
kemahiran dilaksanakan melalui pelbagai kaedah penyayang, sabar dan tidak pilih kasih. Guru harus
pengajaran dan pembelajaran seperti memastikan murid dapat menunjukkan dan
perbincangan, sumbangsaran, tunjuk cara dan mengamalkan nilai tersebut semasa menjalankan
simulasi. Pembelajaran bidang pengurusan dan kerja amali.
keusahaw anan digabungjalinkan untuk
membolehkan murid berdikari dan berkeyakinan
menceburi bidang industri per khidmatan Murid yang memilih mata pelajaran Asuhan dan
penjagaan kanak-kanak atau menjalankan Kreativiti Pendidikan Aw al Kanak-Kanak perlu
perniagaan sendir i. dan mengembangkan daya berfikir secara kritis dan
Kaedah kreatif ke arah membentuk masa depan yang lebih
Kajian sempurna dan berdaya saing. Contohnya dalam
Kemahiran yang diperoleh oleh murid seiring M projek kerjaya, murid perlu mengkaji pendekatan
dengan apa yang dikehendaki dalam industri yang sesuai dalam perkhidmatan penjagaan
Kemahiran
perkhidmatan penjagaan kanak-kanak dan relevan kanak- kanak untuk memenuhi hasrat ibu bapa,
yang masyarakat dan negara.
dengan bidang pekerjaan sebenar. Pengajaran
Relevan dan pembelajaran lebih menar ik apabila murid
dapat mengaitkan apa yang dipelajari dengan Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran
bidang kerjaya masa depan. Saiz Kelas yang berkesan dalam kerja amali, saiz bagi satu
kelas mata pelajaran Asuhan dan Pendidikan Aw al
Kanak-Kanak mestilah tidak melebihi 25 orang
Nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja murid.
Nilai Murni yang baik harus merentasi aktiviti yang
dikendalikan. Tumpuan diberi ke arah murid yang Murid digalakkan menggunakan teknologi
berusaha mencapai kecemerlangan, bersungguh Teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT) bagi mendapatkan
menghasilkan produk yang ber kualiti dan dapat Maklumat maklumat perkembangan terkini per khidmatan
memberikan perkhidmatan penjagaan kanak- dan pendidikan kanak-kanak. Kemahiran ICT murid
kanak yang baik. Keutamaan juga diberi Komunika diperkembangkan seperti melayari internet dan
mengenai kebijaksanaan menggunakan sumber berkomunikasi secara elektronik. Rujukan buku
dalam pengendalian dan urusan kerja serta dan majalah juga digalakkan.
kesedaran tentang kos setiap projek alat

4
Huraian Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Aw al Kanak-Kanak

Peraturan dan langkah keselamatan hendaklah Bilangan Masa pengajaran mata pelajaran Asuhan dan
Keselamatan sentiasa dipatuhi dan diamalkan terutamanya di
dan Waktu Pendidikan Aw al Kanak-Kanak ialah 12 w aktu
bilik masakan. Sebarang penggunaan alatan perlu seminggu yang mana setiap w aktu ialah 40 minit.
Pengendalian
diselia oleh guru untuk mengelakkan kemalangan.
Seminggu
Bengkel
Organisasi bengkel dan pengurusan kerja yang
mudah boleh dilakukan oleh murid secara bergilir Jadual Pemetaan Kandungan Sukatan Pelajaran
bagi menambahkan pengalaman, semangat Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
bekerjasama dan bertanggungjaw ab serta
mempertingkatkan lagi tahap disiplin murid. BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJ ARAN TINGKATAN 4 TINGKATAN 5
(minggu) (minggu)
1. Perkhidm atan Penjagaan K anak-Kan ak (18) (7)
1.1 Pengurus an di tempat kerja 4
Modul Pembelajaran Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 a. Pengurus an yang bai k 9
Modul
disediakan untuk membantu murid menguasai
Pembelajaran b. Etika dan budaya kerja 9
tahap kemahiran dalam setiap unit pembelajaran. c. Per aturan dan undang-undang 9
Pendekatan dalam modul ini lebih kepada kerja
kemahiran praktis di samping maklumat rujukan d. Pemelihar aan alam s ekitar dalam
i nstitusi pendidi kan dan 9
sebagai pengetahuan teori. Setiap modul per khi dmatan kanak- kanak
mengandungi panduan kerja, maklumat rujukan 1.2 Pemakanan bayi dan kanak- kanak 8
dan penilaian. a. Peranc angan menu 9
b. Penyediaan makanan 9
1.3 Etika Makan 1

PEMETAAN KANDUNGAN 1.4 Penjagaan harian 2


1.5 Keselamatan 3
a. Pertolongan c emas 9
Susunan kandungan dalam sukatan pelajaran b. Latihan kebakaran 9
Asuhan dan Pendidikan Aw al Kanak-Kanak untuk 1.6 Pengurus an Bilik 2
Pemetaan tingkatan 4 dan 5 adalah seperti dalam Jadual 1.7 Kebersihan dan Kesihatan 5
9
Kandungan Pemetaan Kandungan Sukatan Pelajaran. a. Menangani penyakit bi asa
9
Tingkatan 4 Peruntukan w aktu yang dinyatakan merupakan b. Pendidi kan persekitar an

dan cadangan untuk membantu guru dalam 2. Kemahiran Menjalankan Aktiviti (17) (20)
penyediaan rancangan pengajaran. 2.1 Perkembangan Bahas a 6
Tingkatan 5 a. Bercerita 9
b. Membaca 9
c. Menulis 9

5
Huraian Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Aw al Kanak-Kanak

TINGKATAN 4 TINGKATAN 5
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJ ARAN
(minggu) (minggu)
2.2 Perkembangan Sosio- emosi 7 FORMAT HURAIAN
a. N yanyian 9
b. Main peranan 9
c. Lawatan 9 Huraian kurikulum ini diperincikan dalam tiga lajur
2.3 Perkembangan Fizi kal 4
a. Pergerakan motor kasar 9
Tiga lajur iaitu Bidang / Unit / Tajuk Pembelajaran; Hasil
Pembelajaran; dan Cadangan Aktiviti
b. Pergerakan motor halus 9
Pembelajaran.
2.4 Perkembangan Kognitif 8
a. Pra sains 9
b. Pra matematik 9 Dalam lajur pertama bidang pembelajaran, unit
Perkembangan Estetika dan Daya
Bidang, Unit pembelajaran dan tajuk berkenaan dinyatakan.
2.5 12
Kreatif dan Tajuk Dalam lajur ini juga cadangan peruntukan w aktu
9
a. Lukisan
b. Kraftangan 9
Pembelajara pembelajaran dinyatakan bagi membantu guru.
c. Muzik dan pergerakan 9

3. Keusahawanan D an Projek K erjaya (8 )


Dalam lajur kedua iaitu Hasil Pembelajaran,
3.1 Keus ahawanan 2 keluasan dan kedalaman skop setiap unit
a. Kemahiran ber komunikasi 9
Hasil pembelajaran dihuraikan dalam bentuk objektif
b. Kemahiran membuat keputusan 9 Pembelajara perlakuan yang boleh diukur.
c. Ranc angan perniagaan 9
d. Agensi yang membantu usahawan 9
e. Pemasaran 9
f. Peluang kerjaya dalam bidang
Lajur ketiga iaitu Cadangan Aktiviti Pembelajaran
asuhan dan pendidi kan kanak- 9 bertujuan membantu guru merancang dan
kanak Cadangan membekalkan pengalaman pengajaran dan
3.2 Projek kerjaya 6 Aktiviti pembelajaran yang sesuai dan bermakna kepada
a. Menganjur kan cer amah 9 Pembelajara murid. Guru boleh mengubahsuai cadangan ini
keibubapaan
b Jualan alat dan mereka bentuk aktiviti tambahan yang
permainan 9 bersesuaian dengan kebolehan murid dan
keadaan sekeliling mereka.
JUMLAH ( 35 minggu ) ( 35 minggu )
Huraian untuk tingkatan empat dan tingkatan lima
diperincikan seperti berikut:

6
Huraian Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Aw al Kanak-Kanak

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

ASUHAN DAN PENJAGAAN


AWAL KANAK-KANAK
TINGKATAN EMPAT

2
Huraian Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Aw al Kanak-Kanak

BIDANG PELAJARAN / CADANGAN


HASIL PEM BELAJARAN
UNIT PEM BELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

1. Perkhidmatan Penjagaan
Kanak-Kanak
(Cadangan peruntukan w aktu
ialah 18 minggu)

1.1 Pengurusan di tempat kerja


(Cadangan peruntukan w aktu
ialah 4 minggu)

a. Pengurusan yang baik


i. Pengurusan masa x Merancang dan menyediakan jadual Membuat jadual kerja.
kerja
Menyiapkan kerja mengikut jangka masa yang
ditetapkan untuk sesuatu tugasan.

Guru perlu membimbing murid menepati masa


seperti mematuhi jadual tugasan.

ii. Pengurusan stok x Mengurus perolehan stok Berbincang dalam kumpulan mengenai perolehan
stok untuk projek yang dilaksanakan seperti bahan
dan kuantiti yang per lu dibeli, pembekal dan
perbelanjaan.

Perbincangan mengenai dokumen yang berkaitan


seperti borang pesanan, nota serahan dan invois.

3
Huraian Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Aw al Kanak-Kanak

BIDANG PELAJARAN / CADANGAN


HASIL PEM BELAJARAN
UNIT PEM BELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

x Merekod stok Guru menunjuk cara merekod stok barang kekal dan
stok bahan habis guna.

Murid menyimpan rekod bahan dan kuantiti yang


dibeli berdasarkan dokumen perniagaan seperti nota
serahan dan invois.

Murid membuat latihan merekod stok dalam


komputer dengan menggunakan aplikasi Word atau
Excel.

Murid membuat latihan merekod stok ke dalam buku


stok atau kad Inventori Kew 312 dan Kew 314.

b. Etika dan budaya kerja x Menerangkan kepentingan Guru menerangkan maksud dan perlunya
mengamalkan etika dan budaya kerja mengamalkan etika kerja dan budaya kerja.

Etika kerja ialah disiplin terhadap ker ja seperti


menepati w aktu, amanah, patuh pada peraturan dan
undang-undang semasa menjalankan tugas.

Budaya kerja ialah cara peradaban yang menjadi


amalan semua pekerja dalam sesebuah organisasi.

Aktiviti sumbangsaran berhubung dengan etika dan


budaya kerja.

4
Huraian Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Aw al Kanak-Kanak

BIDANG PELAJARAN / CADANGAN


HASIL PEM BELAJARAN
UNIT PEM BELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

x Mengamalkan etika dan budaya kerja Menilai amalan etika dan budaya kerja rakan
untuk menghasilkan kerja dan program semasa melaksanakan projek seperti kerja kuat,
yang berkualiti bertanggungjaw ab dan setia kepada organisasi,
komited dan sedia berubah ke arah positif.

Menganalisis ciri pekerja berdasarkan pemerhatian


yang dijalankan untuk mengenal pasti ciri seorang
pekerja yang berjaya.

c. Peraturan dan undang-undang x Menyenaraikan peraturan yang perlu Berbincang dan menyenaraikan peraturan yang
kerja dipatuhi semasa melaksanakan sesuatu perlu dipatuhi semasa melaksanakan sesuatu tugas.
kerja atau program

x Menyatakan akta dan undang-undang Perbincangan mengenai akta dan undang-undang


yang berkaitan dengan pekerja yang berkaitan dengan bidang perniagaan yang
diceburi. Contoh Akta Pekerjaan 1955, Akta
Kumpulan Simpanan Pekerja 1991 dan Akta
Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Akta Taman
Asuhan Kanak-kanak 1984 dan Akta Pendidikan
1996, pindaan 2002.

d. Pemeliharaan alam sekitar x Menyatakan kepentingan memelihara Guru dan murid bekerjasama menganjurkan
dalam institusi pendidikan alam sekitar dalam institusi pendidikan ceramah oleh pegaw ai dari Jabatan Alam Sekitar di
perkhidmatan kanak-kanak perkhidmatan kanak-kanak sekolah atau mengadakan law atan.

Akta yang melindungi alam sekitar seperti Akta


Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang meliputi
pencemaran tanah, udara dan air.

5
Huraian Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Aw al Kanak-Kanak

BIDANG PELAJARAN / CADANGAN


HASIL PEM BELAJARAN
UNIT PEM BELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

x Menyatakan kesan mengabaikan Kesan mengabaikan pemeliharaan alam sekitar


pemeliharaan alam sekitar seperti pemeran udara dan sistem perparitan tidak
berfungsi dengan baik kerana dipenuhi dengan
sampah sarap.

Murid diberi penerangan bagaimana membersihkan


ruang kerja dan pelupusan sisa buangan dengan

x Menyenaraikan peranan institusi Peranan institusi dalam melindungi alam sekitar


pendidikan perkhidmatan kanak-kanak seperti pelupusan sampah sarap dan mengamalkan
dalam melindungi alam sekitar konsep kitar semula.

Perbincangan mengenai cara memelihara alam


sekitar dalam konteks industri yang diceburi.

1.2 Pemakanan bayi dan kanak-


kanak
( Cadangan peruntukan w aktu
ialah 8 minggu)

a. Perancangan menu x Mengenal pasti jenis nutrien dan Jenis nutrien ialah protein, karbohidrat, lemak,
sumber vitamin dan mineral.
Air dan serat perlu untuk pemakanan.
Sumber protein seperti daging, ayam, ikan, susu dan
kekacang.
Sumber karbohidrat seperti beras, gula, coklat dan
kek.

6
Huraian Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Aw al Kanak-Kanak

BIDANG PELAJARAN / CADANGAN


HASIL PEM BELAJARAN
UNIT PEM BELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Sumber lemak seperti mentega, minyak kacang dan


majerin.
Sumber vitamin seperti sayur-sayuran merah dan
hijau dan buah-buahan.

Sumber mineral seperti susu, telur, limpa dan sayur-


sayuranan hijau.
Sumber air seperti air minuman, sayur-sayuran dan
buah-buahan.
Sumber serat seperti bijirin, buah-buahan dan sayur-
sayuran.

x Menyatakan fungsi nutrien untuk Fungsi nutrien yang utama seperti protein,
pertumbuhan dan perkembangan karbohidrat, lemak, mineral dan vitamin. Fungsi
kanak- kanak pelaw as dan air.

Protein untuk membaiki tisu dan membina badan.


Karbohidrat dan lemak untuk memberi haba dan
tenaga.
Vitamin untuk mencegah badan dari dihinggapi
penyakit.

Mineral untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat.


Pelaw as untuk membantu dalam pembuangan
bahan lebihan.
Air untuk menjadikan dua pertiga daripada berat
badan dalam bentuk darah, air perut dan lelehan
badan.

7
Huraian Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Aw al Kanak-Kanak

BIDANG PELAJARAN / CADANGAN


HASIL PEM BELAJARAN
UNIT PEM BELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

Membuat buku skrap tentang jenis nutrien, pelaw as


dan air mengikut sumber dan fungsinya.

Menyediakan model piramid makanan.

x Merancang menu harian Merancang menu harian mengikut peringkat umur.


Menu harian adalah menu yang disediakan untuk
hidangan seharian.

x Merancang menu pusingan Merancang menu pusingan dengan mengambil kira


faktor kaedah memasak, keseimbangan nutr ien,
selera kanak- kanak dan bahan masakan.

Menu pusingan adalah dua atau beberapa menu


mingguan yang dirancang untuk digunakan secara
bergilir.

b. Penyediaan makanan x Merancang, menyedia, memasak dan Murid merancang, menyedia, memasak dan
menghidang makanan menghidang makanan mengikut menu.

Cadangan menu :
- Sarapan
Contoh - Bubur nasi, buah-buahan dan minuman
berkhasiat
- Minum pagi atau kudapan
Contoh - Sandw ic dan air kacang soya
- Makan Tengah hari

8
Huraian Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Aw al Kanak-Kanak

BIDANG PELAJARAN / CADANGAN


HASIL PEM BELAJARAN
UNIT PEM BELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
Contoh - Nasi putih, ikan masak tauchu, sup
sayur campuran,agar-agar buah-
buahan dan air barli

- Minum petang
Contoh – Bihun goreng dan air minuman
berkhasiat

x Mengamalkan kebersihan diri dan Sanitasi makanan dan persekitaran hendaklah


kebersihan semasa penyediaan diutamakan semasa amali masakan seperti
makanan membersihkan bahan masakan terlebih dahulu dan
menggunakan peralatan yang bersih semasa
penyediaan makanan.

Berjimat cer mat menyediakan masakan dan


penggunaan gas, elektrik dan air.

1.3 Etika makan x Melatih kanak-kanak mengamalkan Murid membimbing kanak-kanak mengamalkan etika
(Cadangan peruntukan w aktu etika makan dan tabiat makan yang baik seperti baca doa
ialah 1 minggu) makan, duduk tertib, basuh tangan sebelum dan
selepas makan dan tidak gelojoh semasa makan.

Menunjukkan cara makan pelbagai kaum seperti


Melayu, Cina dan India.
Murid melayan kanak-kanak semasa makan.
Guru menerangkan tentang amalan penjagaan
harian kanak-kanak.

9
Huraian Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Aw al Kanak-Kanak

BIDANG PELAJARAN / CADANGAN


HASIL PEM BELAJARAN
UNIT PEM BELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

1.4 Penjagaan harian x Menyatakan tugasan semasa Tujuan semasa menyambut ketibaan kanak-kanak
(Cadangan peruntukan w aktu menyambut ketibaan dan kepulangan seperti mengambil kanak-kanak serta beg yang
ialah 2 minggu) kanak- kanak dibaw a dan menerima pesanan.

Tujuan semasa kepulangan kanak-kanak seperti


menghantarkan kanak-kanak kepada ibu bapa atau
penjaga dan menyampaikan maklumat
perkembangan kanak-kanak pada hari tersebut.

x Melatih kanak-kanak mengamalkan Murid melatih dan mengaw asi kanak-kanak mandi,
kebersihan dan penjagaan kesihatan dir i membersihkan diri dan menggunakan tandas
dengan betul.

Murid melatih dan membimbing kanak-kanak


memberus gigi dengan betul.
Murid melatih dan membantu kanak-kanak
memakai pakaian.

x Menyediakan tempat rehat dan tidur Guru menunjukkan cara menyedia dan mengemas
yang bersih dan selesa tempat rehat dan tidur.

Murid menyedia dan mengemas tempat tidur.

Tempat rehat dan tempat tidur adalah ruang yang


sama di mana kanak- kanak tidur atau berehat.

Mengamalkan kasih sayang, tidak pilih kasih dan


sabar semasa melayan kanak-kanak.

10
Huraian Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Aw al Kanak-Kanak

BIDANG PELAJARAN / CADANGAN


HASIL PEM BELAJARAN
UNIT PEM BELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

1.5 Keselamatan
( Cadangan peruntukan
w aktu ialah 3 minggu)

a. Pertolongan cemas x Mengenal pasti jenis ubat dalam peti Ubat yang terdapat dalam peti pertolongan cemas
pertolongan cemas dan kegunaannya seperti paracetamol, ubat luka dan ubat salap.

Pastikan ubat yang melebihi tarikh luput digantikan


dengan yang baru.

Tunjuk cara melabel dan menyimpan ubat.

Murid melabelkan tempat penyimpanan ubat dan


racun.

x Menyenaraikan peralatan dan bahan Peralatan dan bahan yang terdapat dalam peti
dalam peti pertolongan cemas dan pertolongan cemas seperti gunting, spatula dan
kegunaannya kapas.

Murid menyimpan peralatan dan bahan di tempat


yang selamat

x Menyatakan jenis kemalangan yang Perbincangan tentang jenis kemalangan yang sering
sering berlaku berlaku, cara mengelakkan
dan cara meraw at.
Contoh : terjatuh, terhantuk, terkena benda panas,
tercekik dan terkena gigitan.

11
Huraian Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Aw al Kanak-Kanak

BIDANG PELAJARAN / CADANGAN


HASIL PEM BELAJARAN
UNIT PEM BELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

x Memberi raw atan awal untuk luka, Tunjuk cara


benjol dan terseliuh - membersih dan membalut luka
- mengikat dan menggunakan anduh
- menyediakan rekod raw atan.

Tayangan video dan ceramah daripada Persatuan


Bulan Merah dan St. John A mbulan tentang
pertolongan cemas.

b. Latihan kebakaran x Melatih kanak-kanak untuk Guru menerangkan tindakan yang perlu diambil
menyelamatkan diri semasa kebakaran semasa kebakaran seperti laluan yang perlu diikuti
dan tempat berkumpul.

Ceramah dan tunjuk cara menggunakan alat


pemadam api oleh Pasukan Bomba dan
Penyelamat.

Murid melatih kanak- kanak menjalani latihan


kebakaran.

2. Kem ahiran Menjalankan Aktiviti


(Cadangan peruntukan w aktu
ialah 17 minggu)

2.1 Perkembangan bahasa


( Cadangan peruntukan w aktu
ialah 6 minggu)

12
Huraian Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Aw al Kanak-Kanak

BIDANG PELAJARAN / CADANGAN


HASIL PEM BELAJARAN
UNIT PEM BELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

a. Bercerita x Menyenaraikan ciri cerita untuk kanak- Perbincangan tentang ciri cerita kanak-kanak seperti
kanak ayat yang mudah difahami, jalan cerita yang ringkas,
ayat yang berulang-ulang dan w atak yang dikenali
oleh kanak-kanak.

x Menyatakan kaedah bercerita untuk Tunjuk cara kaedah bercerita seperti penggunaan
kanak- kanak puppet, buku cerita dan kad imbasan.

x Membuat bahan untuk bercerita untuk Murid membuat bahan bercerita seperti buku
kanak- kanak bergambar, puppet, kad imbasan, flannel board dan
pentas boneka.

x Menyatakan teknik bercerita untuk Perbincangan tentang teknik bercerita seperti


menarik perhatian kanak- kanak intonasi suara, mimik muka, komunikasi dua hala
semasa bercerita dan nyanyian.

x Merancang, menyedia dan Murid menjalankan aktiviti bercerita dengan


menjalankan aktiviti bercerita dengan menggunakan bahan bercerita yang telah dibuat.
cara yang menarik untuk kanak-kanak Contoh cerita: Arnab dan kura-kura

b. Membaca

i. Pra bacaan x Menghasilkan pelbagai jenis bunyi- Murid menjalankan aktiviti mengenal dan membeza
bunyian yang berbeza untuk kanak- bunyi-bunyian bersama kanak-kanak.
kanak

ii. Aw al bacaan x Menghasilkan bahan bacaan yang Murid membuat bahan bacaan seperti lembaran
mudah untuk kanak-kanak kerja, kad imbasan , kad padanan, Big Book dan
buku dengan menggunakan kemudahan ICT.

13
Huraian Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Aw al Kanak-Kanak

BIDANG PELAJARAN / CADANGAN


HASIL PEM BELAJARAN
UNIT PEM BELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

x Membuat alat per mainan Murid membuat alat per mainan seperti puzzle
berkonsepkan huruf untuk kanak- berkonsepkan huruf sama ada jaw i atau rumi.
kanak

x Merancang, menyedia dan Murid menjalankan aktiviti aw al bacaan dengan


menjalankan aktiviti aw al bacaan kanak- kanak secara berkumpulan atau individu
untuk kanak-kanak dengan menggunakan bahan bacaan yang telah
dibuat.

Guru memberi penerangan tentang perbezaan


antara pra bacaan dan aw al bacaan.

c. Menulis

i. Pra tulis x Merancang, menyedia dan Murid merancang, menyedia dan menjalankan
menjalankan aktiviti pra tulis untuk aktiviti pra tulis bersama kanak- kanak seperti
kanak- kanak menconteng, mencantumkan titik-titik, menulis atas
pasir dan menulis di udara.

ii. Awal tulisan x Merancang, menyedia dan Murid merancang dan menjalankan aktiviti menulis
menjalankan aktiviti menulis dan dan mengenal bentuk huruf bersama kanak-kanak.
mengenal huruf untuk kanak-kanak

Guru menunjukkan cara membuat helaian kerja.


Murid menyediakan helaian kerja
untuk kanak-kanak.

14
Huraian Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Aw al Kanak-Kanak

BIDANG PELAJARAN / CADANGAN


HASIL PEM BELAJARAN
UNIT PEM BELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

2.2 Perkembangan Sosioemosi Guru berbincang dengan murid bagaimana aktiviti


(Cadangan peruntukan w aktu seperti nyanyian, main peranan dan law atan dapat
ialah 7 minggu) mengembangkan sosio-emosi kanak-kanak seperti
bertolak ansur, tolong menolong dan beker jasama.

a. Nyanyian x Mengenal pasti ciri lagu yang sesuai Ciri lagu yang sesuai untuk kanak- kanak seperti seni
untuk kanak-kanak kata yang mudah dan rangkap yang pendek.

Aktiviti sumbangsaran tentang ciri lagu yang sesuai.

x Menulis lirik lagu untuk kanak-kanak Murid menulis lir ik lagu dan menghasilkan sebuah
buku nyanyian.

x Merancang, menyedia dan Murid menjalankan aktiviti nyanyian bersama kanak-


menjalankan aktiviti nyanyian untuk kanak.
kanak- kanak
Murid menyediakan pentas dan ruang serta memilih
kostum yang sesuai dengan lagu dan melatih kanak-
kanak mengadakan persembahan

b. Main peranan x Menerangkan faedah aktiviti main Penerangan dan perbincangan tentang
peranan untuk kanak-kanak faedah aktiviti main peranan seperti bertolak ansur
dan berkerjasama.

x Merancang, menyedia dan Murid merancang aktiviti seperti doktor-pesakit,


menjalankan aktiviti main peranan guru-murid dan membuat persediaan sebelum
aktiviti main peranan seperti skrip cerita, pemilihan
kostum, penyediaan ruang.

15
Huraian Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Aw al Kanak-Kanak

BIDANG PELAJARAN / CADANGAN


HASIL PEM BELAJARAN
UNIT PEM BELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

c. Law atan x Menyatakan faedah yang diperoleh Penerangan dan perbincangan tentang faedah
oleh kanak-kanak melalui aktiviti aktiviti law atan seperti menambahkan pengetahuan
law atan dan pengalaman kanak- kanak.

x Merancang, menyedia dan Murid merancang dan mengadakan law atan dengan
menjalankan aktiviti law atan untuk bimbingan guru.
kanak-kanak Prosedur yang perlu diikuti di antaranya ialah surat
menyurat atau telefon, kebenaran w aris dan aktiviti
semasa dan selepas law atan.

2.3 Perkembangan Fizikal


(Cadangan peruntukan w aktu
ialah 4 minggu)

a. Pergerakan motor kasar x Menyatakan maksud pergerakan Pergerakan motor kasar melibatkan anggota badan
motor kasar seperti merangkak, berlari,
memanjat dan menyambut bola.

x Merancang, menyedia dan Murid merancang, menyediakan bahan dan alat dan
menjalankan akitiviti untuk menjalankan aktiviti seperti
meningkatkan potensi pergerakan bermain bola, berbasikal dan permainan tradisional
motor kasar kanak- kanak seperti Musang dan Ayam.

b. Pergerakan motor halus x Menyatakan maksud pergerakan motor Pergerakan motor halus melibatkan otot-otot kecil
halus seperti menggunting, mew arna dan menguntai
manik.

16
Huraian Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Aw al Kanak-Kanak

BIDANG PELAJARAN / CADANGAN


HASIL PEM BELAJARAN
UNIT PEM BELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

x Merancang, menyedia dan Murid merancang, menyedia dan menjalankan


menjalankan aktiviti untuk aktiviti seperti menyusun blok binaan, membutang
meningkatkan potensi pergerakan baju, mengikat tali kasut dan membentuk play
motor halus kanak-kanak dough.

x Membanding beza antara pergerakan Perbincangan tentang perbezaan motor halus dan
motor kasar dan motor halus motor kasar.

17
Huraian Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Aw al Kanak-Kanak

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

ASUHAN DAN PENJAGAAN


AWAL KANAK-KANAK
TINGKATAN LIMA

18
Huraian Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Aw al Kanak-Kanak

BIDANG PELAJARAN / CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
UNIT PEMBELAJ ARAN AKTIVITI PEMBELAJ ARAN

1. Perkhidm atan Penjagaan Tajuk Per khidmatan Penjagaan Kanak-Kanak Unit


Kanak-Kanak 1.1 hingga 1.5 telah diajar di Tingkatan 4.
(Cadangan peruntukan w aktu
ialah 7 minggu)
Guru berbincang dengan murid bagaimana
1.6 Pengurusan bilik x Merancang dan menyediakan pelan menyediakan pelan bilik bagi memudahkan kanak-
(Cadangan peruntukan w aktu bilik untuk pergerakan kanak-kanak kanak bergerak, bersosial, mengambil bahan dan
ialah 2 minggu) alat per mainan.

Dalam penyediaan pelan perlu diambil kira dari segi


penyusunan perabut dan peralatan yang di per lukan.

Murid merancang dan menyediakan pelan seperti


yang dicadangkan.

1.7 Kebersihan dan kesihatan


(Cadangan peruntukan w aktu
ialah 5 minggu)

a. Penyakit biasa x Menyenaraikan ciri kanak-kanak yang Ciri kanak-kanak yang sihat seperti riang, cergas
sihat dan tidak sihat dan berselera makan.

Ciri kanak-kanak yang tidak sihat seperti mata berair


dan kerap menangis.

19
Huraian Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Aw al Kanak-Kanak

BIDANG PELAJARAN / CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
UNIT PEMBELAJ ARAN AKTIVITI PEMBELAJ ARAN

x Menyenaraikan tanda dan simptom Tanda dan simptom demam seperti suhu badan
demam, batuk, selesema dan cirit-birit melebihi 37o C dan hidung berair.

Murid mengambil suhu badan kanak-kanak.

x Mengenal pasti raw atan untuk kanak- Perbincangan tentang penyakit yang sering dihidapi
kanak yang demam, batuk, selesema oleh kanak-kanak seperti demam, batuk, selesema
dan cirit-birit dan cirit-birit dan cara-cara meraw at.

Langkah meraw at demam seperti tanggalkan


pakaian kanak-kanak, letakkan tuala basah di pelipat
badan seperti dicelah ketiak dan leher.

Murid mengumpul maklumat tentang penyakit


kanak- kanak untuk dijadikan buku skrap.

Ceramah daripada Pusat Kesihatan Ibu dan Kanak-


Kanak.

b. Penjagaan persekitaran x Menyatakan langkah penjagaan Penerangan dan perbincangan tentang langkah
kebersihan dalam dan luar bangunan penjagaan kebersihan di ruang dapur (seperti mop
lantai, menyapu sampah), bilik tidur (seperti
membersihkan habuk), bilik air dan ruang aktiviti.

x Mengamalkan langkah penjagaan Murid menjalankan aktiviti membersihkan ruang bilik


kebersihan dalam dan luar bangunan darjah.

20
Huraian Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Aw al Kanak-Kanak

BIDANG PELAJARAN / CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
UNIT PEMBELAJ ARAN AKTIVITI PEMBELAJ ARAN

2. Kem ahiran Menjalankan Aktiviti Tajuk Kemahiran Menjalankan Aktiviti unit 2.1 hingga
(Cadangan peruntukan w aktu 2.3 telah di ajar di Tingkatan 4.
ialah 20 minggu)

2.4 Perkembangan kognitif


(Cadangan peruntukan
w aktu ialah 8 minggu)

a. Pra sains x Menyatakan faedah menjalankan Aktiviti pra sains adalah memahami konsep asas
aktiviti pra sains seperti timbul dan tenggelam, ringan dan berat dan
percambahan biji benih.

Faedahnya kanak- kanak boleh memerhati dan


membezakan.

Perbincangan tentang faedah menjalankan aktiviti


pra sains.

x Menyediakan ruang dan alat bantu Murid menyediakan ruang dan alat bantu yang
yang sesuai dengan aktiviti pra sains sesuai menggunakan bahan maujud dan bahan
terbuang.

Kemudahan ICT digunakan untuk membantu


persediaan.

21
Huraian Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Aw al Kanak-Kanak

BIDANG PELAJARAN / CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
UNIT PEMBELAJ ARAN AKTIVITI PEMBELAJ ARAN

x Merancang, menyedia dan Murid membuat aktiviti pra sains seperti


menjalankan aktiviti pra sains alat pancing bermagnet, percambahan biji benih,
campuran w arna, pemeliharaan ikan dalam
akuarium dan konsep air.

b. Pra matematik x Mengenal pasti faedah menjalankan Faedah aktiviti pra matematik seperti mengenal pasti
aktiviti pra matematik simbol dan konsep asas matematik.

Aktiviti pra matematik seperti mengumpul objek


mengikut bentuk dan menyusun mengikut urutan
menaik atau menurun.

x Menyediakan ruang dan alat bantu Murid menyediakan ruang dan alat bantu yang
yang sesuai dengan aktiviti pra sesuai seperti puzzle, kad imbasan dan lembaran
matematik kerja menggunakan kemudahan ICT.

x Merancang, menyedia dan Murid menjalankan aktiviti pra matematik seperti


menjalankan aktiviti pra matematik pengkelasan iaitu mengumpul objek mengikut ciri
sepunya (seperti bentuk, saiz, w arna dan kuantiti)
dan menyusun objek mengikut urutan.

Aktiviti Pra nombor mengenai konsep banyak dan


sedikit, konsep sama banyak dan tidak sama
banyak, konsep ukuran, masa dan ruang, simbol
dalam aktiviti seharian dan konsep mata w ang.

22
Huraian Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Aw al Kanak-Kanak

BIDANG PELAJARAN / CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
UNIT PEMBELAJ ARAN AKTIVITI PEMBELAJ ARAN

2.5 Per kembangan estetika dan


daya kreatif
( Cadangan peruntukan w aktu
ialah 12 minggu)

a. Lukisan x Menyatakan faedah aktiviti melukis Faedah aktiviti melukis ialah kanak-kanak dapat
untuk kanak-kanak meluahkan perasaan , meningkatkan daya imaginasi
dan perkembangan kognitif.

x Menyatakan bahan yang diperlukan Bahan yang diperlukan seperti alat yang mencukupi
untuk aktiviti melukis dan ruang yang selamat dan selesa.

x Merancang, menyedia dan menjalankan Murid merancang, menyediakan bahan dan alat dan
aktiviti melukis menjalankan aktiviti melukis seperti lukisan tali,
lukisan mengecap, lukisan kanji, lukisan simetri,
lukisan aliran dan lukisan meniup.

b. Kraftangan x Menyatakan faedah aktiviti kraftangan Faedah aktiviti kraftangan ialah meningkatkan
untuk kanak-kanak kemahiran motor halus atau kemahiran manipulatif,
menerapkan nilai-nilai murni seperti bersabar,
berkeyakinan dan meningkatkan daya kreativiti
kanak- kanak.

x Menyatakan bahan yang diperlukan Keperluan aktiviti kraftangan seperti bahan dan alat
untuk aktiviti kraftangan yang mencukupi.

23
Huraian Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Aw al Kanak-Kanak

BIDANG PELAJARAN / CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
UNIT PEMBELAJ ARAN AKTIVITI PEMBELAJ ARAN

x Merancang dan menyedia dan Murid merancang, menyediakan bahan dan alat dan
menjalankan aktiviti membuat menjalankan aktiviti membuat kraftangan.
kraftangan

Murid menghasilkan kraftangan seperti kolaj, or igami


dan bingkai gambar.

c. Muzik dan pergerakan x Menyatakan faedah aktiviti muzik dan Faedah aktiviti muzik dan pergerakan membolehkan
pergerakan untuk kanak-kanak kanak- kanak meluahkan
perasaan.

x Menyatakan keperluan untuk aktiviti Keperluan aktiviti muzik dan pergerakan seperti
muzik dan pergerakan peralatan muzik dan ruang

x Merancang dan menyedia aktiviti Penerangan tentang penggunaan semula bahan


muzik dan pergerakan mengikut irama terbuang seperti kotak, tin minuman, botol dan
penutup botol minuman untuk digunakan sebagai
peralatan muzik seperti gendang, tamborin dan
marakas.

Murid merancang, menyediakan bahan dan alat dan


menjalankan aktiviti muzik dan pergerakan mengikut
irama seperti senam robik dan tarian.

24
Huraian Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Aw al Kanak-Kanak

BIDANG PELAJARAN / CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
UNIT PEMBELAJ ARAN AKTIVITI PEMBELAJ ARAN

3. Keusahaw anan Dan Projek


Kerjaya
(Cadangan peruntukan w aktu
ialah 8 minggu)

3.1 Keusahaw anan


(Cadangan peruntukan w aktu
ialah 2 minggu)

a. Kemahiran ber komunikasi x Menyatakan maksud komunikasi Komunikasi ialah perhubungan yang berlaku antara
dua pihak dalam menyampaikan maklumat
mengenai sesuatu perkara.

x Mengamalkan komunikasi yang jelas, Contoh aktiviti seperti simulasi, main peranan dan
tepat dan bertatasusila semasa menonton video mengenai cara berkomunikasi yang
berurusan dengan pelanggan berkaitan dalam konteks perniagaan

Simulasi cara berkomunikasi yang berkesan dalam


perbincangan dengan pelanggan mengenai
pendekatan yang digunakan semasa mengajar
kanak- kanak, kadar yuran dan kualiti per khidmatan.

x Menerangkan kepentingan menjalin Perbincangan kepentingan membentuk jaringan


perhubungan dengan orang lain hubungan (networking) dalam konteks perniagaan.

Menjalin perhubungan antara rakan untuk


melaksanakan satu projek usahasama.

25
Huraian Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Aw al Kanak-Kanak

BIDANG PELAJARAN / CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
UNIT PEMBELAJ ARAN AKTIVITI PEMBELAJ ARAN

b. Kemahiran membuat x Mempraktikkan langkah membuat Langkah membuat keputusan ialah dengan cara
keputusan keputusan dalam perniagaan yang mengenal pasti masalah, mencari alternatif, memilih
diceburi penyelesaian yang baik, bertindak dan menilai
semula.

Masalah yang sering dihadapi adalah seperti


ketiadaan sumber yang diperlukan untuk memberi
perkhidmatan yang sempurna, kekurangan modal
untuk perniagaan dan penentuan yuran
perkhidmatan.

Perbincangan kesan daripada keputusan yang telah


dibuat dan kepentingan membuat keputusan yang
sesuai.

c. Rancangan perniagaan x Mengenal pasti tujuan menyediakan Aktiviti sumbangsaran berhubung dengan tujuan
rancangan perniagaan menyediakan rancangan perniagaan

x Menyediakan rancangan perniagaan Membuat rancangan perniagaan mudah berkaitan


yang mudah projek.

d. Agensi yang membantu x Mengenal pasti agensi yang terlibat Perbincangan jenis perkhidmatan dan agensi yang
usahaw an dalam membantu usahaw anan terlibat seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan
Persatuan Tadika Malaysia, kelulusan pendaftaran
oleh Jabatan Bomba, Kesihatan dan Majlis Kerajaan
Tempatan (MKT), infrastruktur oleh UDA dan agensi
kew angan.
Melayari laman web: www.kpun.gov.my

26
Huraian Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Aw al Kanak-Kanak

BIDANG PELAJARAN / CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
UNIT PEMBELAJ ARAN AKTIVITI PEMBELAJ ARAN

e. Pemasaran x Mengenal pasti unsur pemasaran Unsur pemasaran ialah produk, harga, promosi dan
tempat.

x Mengenal pasti cara mempromosi Perbincangan cara mempromosi produk yang


produk yang ditaw arkan ditaw arkan.

Menghasilkan iklan untuk mempromosi produk yang


ditaw arkan.

f. Peluang ker jaya dalam x Mengenal pasti peluang ker jaya dalam Perbincangan mengenai kerjaya yang boleh diceburi
bidang asuhan penjagaan bidang asuhan kanak-kanak dalam bidang asuhan kanak-kanak seperti guru atau
kanak- kanak pembantu tadika, guru atau pembantu taska dan
pengusaha taska atau tadika.

Ceramah kerjaya dari agensi berkaitan.

3.2 Projek Kerjaya


( Cadangan peruntukan w aktu
ialah 6 minggu)

a. Menganjurkan kursus x Merancang, menyedia dan Murid merancang, menyedia dan menganjurkan
keibubapaan menganjurkan kursus keibubapaan program kursus keibubapaan mengenai penjagaan
dan pendidikan kanak-kanak kepada ibu bapa atau
penjaga.

27
Huraian Sukatan Pelajaran Asuhan dan Penjagaan Aw al Kanak-Kanak

BIDANG PELAJARAN / CADANGAN


HASIL PEMBELAJARAN
UNIT PEMBELAJ ARAN AKTIVITI PEMBELAJ ARAN

b. Jualan alat per mainan x Membuat keputusan memilih jenis alat Projek membuat alat per mainan seperti puzzle,
permainan yang sesuai untuk jualan domino, kad imbasan dan soft toys.

x Mereka bentuk alat per mainan yang


kreatif dan berkualiti

x Merancang dan menghasilkan alat


permainan

x Menyediakan tempat pameran dan Sumbangsaran mengenai tempat pameran dan


jualan jualan.

x Membuat pengiraan kos projek jualan Murid membuat pengiraan kos.

28

Anda mungkin juga menyukai