Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN Matematik merupakan satu cabang ilmu pengetahuan yang timbul daripada proses penaakulan terhadap kejadian-kejadian alam

sekeliling dan cakerawala. Selain

itu, matematik juga dianggap sebagai suatu alat rekreasi dengan adanya aktiviti-aktiviti yang menarik dan unik. Bahasa dan ayat Matematik yang khusus melibatkan penjelasan pola-pola, hubungan, hukum-hukum dan rumus-rumus yang perlu diingati. Oleh yang demikian, bahasa memainkan peranan yang penting dalam memindahkan maklumat yang diperolehi oleh guru kepada pelajar (MacGregor & Moore 1991). Mengikut Bruner, untuk mempelajari konsep matematik dengan berkesan, bahasa matematik harus diperkenalkan daripada mudah kepada kompleks, mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak. Menurut Dr. Jamil Ahmad dan rakan-rakan melalui Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik (2008), guru berdepan dengan pelajar yang membawa ilmu dan pengalaman yang dipelajari dari luar yang kemungkinan bercanggah dengan apa yang guru sampaikan semasa sesi pengajaran. Sekiranya ilmu yang bercanggah ini tidak diperbetulkan maka ia akan membentuk miskonsepsi dalam ilmu yang ingin disampaikan. Miskonsepsi adalah sesuatu kepercayaan atau pegangan yang terbentuk apabila pelajar mempelajari sesuatu perkara yang tidak betul (Champagne, Klopfer & Gunstone 1982; McDermott 1984; Resnick 1983). Miskonsepsi boleh juga terjadi apabila guru mengajar sesuatu perkara yang tidak betul, kemungkinan tanpa disedari oleh guru. Dalam mempelajari asas nombor yang merangkumi tajuk penolakan nombor bulat, penambahan pecahan, penambahan perpuluhan, dan penambahan wang, terdapat beberapa kesukaran yang sering dihadapi oleh murid sehingga menimbulkan miskonsepsi dalam mempelajari kemahiran tersebut. Miskonsepsi-miskonsepsi ini juga saling berkait dari satu konsep ke konsep lain dalam tajuk yang berbeza. Sekiranya miskonsepsi ini tidak ditangani dengan kaedah yang bijak, impaknya murid akan berterusan melakukan kesilapan dan pastinya objektif pengajaran dan pembelajaran tidak tercapai.

MISKONSEPSI DAN CARA MENGATASINYA

I. Penambahan Nombor Bulat 245 +372 5117 Berdasarkan kepada miskonsepsi di atas, murid tidak dapat menambahkan angka-angka dengan betul. Apabila jumlah angka yang ditambahkan melebihi 9, murid tidak tahu untuk memindahkan angka dalam puluh ke sebelahnya iaitu ratus. Ini berlaku kerana murid hanya tahu menggunakan operasi tambah yang melibatkan angka dalam sa sahaja. Konsep pindah angka ke bahagian yang lebih besar seperti puluh dan ratus masih lemah oleh murid tersebut.

Cara Mengatasi Bagi mengatasi masalah konsepsi di atas, guru bolehlah menggunakan kaedah :

Menggunakan petak nilai tempat dan menggunakan gaya penceritaan. RIBU RATUS 2 + 3 PULUH 4 7 SA 5 2

i. Guru perlu menjelaskan setiap bahagian mewakili angka masing-masing. ii. Operasi tambah pada bahagian sa tidak menimbul sebarang masalah

RIBU

RATUS 2

PULUH 4=40 7=70 11=110

SA 5 2 7

iii. Operasi tambah di bahagian puluh pula menimbulkan sedikit masalah kepada murid itu. Oleh itu, guru perlulah menjelaskan angka 4 dan 7 mewakili puluh seperti yang terdapat dalam kotak di atas. Apabila kedua-dua angka yang ditambah melebihi puluh iaitu 40+70=110, angka 1 perlulah dipindahkan ke bahagian ratus.

iv. Guru perlulah menjelaskan konsep lebih dan pindah iaitu angka yang melebihi dalam sesuatu bahagian perlulah dipindahkan ke bahagian yang lebih besar.

RIBU

RATUS 2

PULUH 4=40 7=70 1=10

SA 5 2 7

3 5+1=600

v. Akhir sekali, guru boleh meminta murid untuk menulis jawapan akhir sebagai 617.

II. Operasi Darab Dalam Pecahan 7x = Miskonsepsi ini selalu berlaku apabila operasi tambah dan tolak dalam pecahan selesai diajar dalam topik silabus. Dalam miskonsepsi ini, murid telah mendarabkan penyebut dan pengangka sekali. Kesilapan ini berlaku kerana murid menyamakan operasi darab ini dengan operasi tambah dan tolak dalam pecahan iaitu dalam menyamakan penyebut dan pengangka. Contohnya: + = +
X X

7 7

; 7x =

Cara Mengatasinya: Dalam mengelakkan kekeliruan ini, guru bolehlah menggunakan konsep darab pecahan ini dalam bentuk lukisan

X7 =

X 7

=2 i. Dengan menggunakan kaedah seperti di atas, guru hanya perlu menjelaskan dengan menggunakan gambar rajah pecahan. ii. Operasi darab dalam pecahan perlu dijelaskan bahawa ia hanya melibatkan operasi darab dengan pengangka pecahan sahaja. iii. Penukaran pecahan tak wajar kepada pecahan wajar juga boleh dijelaskan dengan menggunakan gambar rajah di atas. iv. Murid juga boleh didedahkan untuk membuat pecahan sendiri dengan menggunakan kad manila dan pensil berwarna supaya pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan menarik.

III. Operasi Darab Dalam Nombor Perpuluhan

0.45 x 0.2 = 0.90 Dalam operasi darab dalam nombor perpuluhan, murid sering kali silap dalam konsep ini. Operasi darab dalam nombor perpuluhan merupakan topik yang sukar untuk murid kuasai melainkan guru mengetahui kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah ini. Murid berasa keliru apabila operasi darab melibatkan kedua-dua nombor perpuluhan. Cara Mengatasinya: Guru boleh menggunakan kaedah ini: I. Abaikan angka kosong didepan pada kedua-dua nombor: 45 dan 2 II. Murid boleh mendarabkan seperti biasa 45 x 2 = 90 III. Letak semula angka kosong yang dihilangkan pada kedua-dua nombor tersebut dalam jawapan 0090

IV. Kira tempat perpuluhan untuk kedua-dua nombor 0.45 dan 0.2 . 0.45 mempunyai dua tempat perpuluhan dan 0.2 satu tempat perpuluhan. Jumlah kedua-dua ialah tiga tempat perpuluhan V. Letak titik perpuluhan sebanyak tiga kali dari sebelah kanan ke kiri dalam 0090 iaitu 0.090 VI. Angka kosong selepas titik perpuluhan dapat diabaikan dan jawapan akhir = 0.09

IV Operasi Tambah Melibatkan Wang RM 2. 1 5 + RM 3.7 2. 5 2 Murid seringkali silap sekiranya operasi tambah wang yang melibatkan titik perpuluhan. Dalam kes ini, murid tidak mengetahui titik perpuluhan sebagai pemisah antara ringgit dan sen. Murid hanya menambah dengan biasa. Cara Mengatasi: 2. 3. 1 7 5 0

I. Guru boleh menggunakan konsep pengajaran seperti di atas, iaitu menggunakan jadual. Angka yang ada titik perpuluhan diletakkan sebaris seperti di atas. II. Guru boleh menyuruh murid menambah seperti biasa dalam jadual di atas 2. 1 3. 7 5 8 III. Jawapan akhir ialah RM5.85. 5 0 5

V. Peratus 1.3 = 13% Dalam kes ini, murid telah menggunakan konsep yang salah apabila nombor perpuluhan ditukarkan kepada peratus. Murid hanya mendarabkan nombor 1.3 dengan 100% dan mendapat jawapan yang salah iaitu 13%. Ini kerana murid telah salah konsep dengan penukaran nombor perpuluhan kepada peratus, dan mereka hanya tahu menukarkan nombor pecahan kepada peratus.

Cara Mengatasi: I. Guru boleh menjelaskan dalam konsep penukaran nombor perpuluhan kepada peratus, nombor tersebut tidak boleh secara terus didarabkan dengan 100% kerana ianya bukan pecahan. 1.3 x 100% = 13% (Jawapan adalah salah) II. Guru seharusnya menjelaskan bahawa pemindahan titik perpuluhan adalah sebanyak dua kali kerana nilai sifar dalam 100 adalah dua. III. 1.3 x 100% (Dua titik perpuluhan dipindahkan sebanyak dua kali dari kiri ke kanan) = 130% IV. Jawapan akhir yang tepat adalah 130% bukan 13%.

KESIMPULAN Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Oleh tiu pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan perlu bekerjasa dalam memastikan murid-murid dapat menguasai matematik dengan baik supaya hasrat dengan untuk menjadi sebuah negara yang maju dan bersaing di peringkat global tercapai. Liew dan Wan Muhamad Saridan (1991) menyatakan pengajaran matematik disekolah jarang mengambil kira perbezaan individu di kalangan pelajar-pelajar. Ini mengakibatkan sesetengah pelajar khususnya pelajar yang lemah menghadapi kesukaran semasa guru memberikan penerangan tentang sesuatu konsep matematik. Sekiranya kaedah penyampaian guru tidak dapat diterima oleh murid maka proses pembelajaran tidak akan berjaya. Seterusnya mereka akan membuat pelbagai andaian dan pemikiran yang tidak betul tentang matematik. Sikap terhadap matematik juga memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan fokus murid terhadap perkara yang disampaikan oleh guru Selain itu murid-murid perlu menguasai sesuatu tajuk dalam matematik sebelum mempelajari tajuk yang seterusnya supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah matematik dalam pelbagai situasi terutamanya asas nombor iaitu nombor bulat, pecahan, perpuluhan,dan peratus. Oleh itu pemahaman konsep dan kemahiran matematik adalah amat penting dalam proses pembelajaran murid-murid. Masalah kelemahan pelajar dalam penguasaan konsep dan kemahiran matematik pada peringkat sekolah rendah ini adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh oleh pihak-pihak terlibat dalam sektor pendidikan terutama sekali guruguru. Kelemahan dalam penguasaan konsep dan kemahiran matematik di peringkat sekolah rendah tentunya memberi kesan pula apabila mereka berada di sekolah menengah. Kesedaran perlu ada untuk memastikan murid-murid ini menguasai konsep asas matematik dengan baik agar mereka menjadi generasi yang dapat merealisasikan wawasan negara di masa akan datang.

RUJUKAN Aida Suraya Mad Yunus. Algoritma Pendaraban Nombor Perpuluhan Dari Persepsi Pelajar Tingkatan Satu. ISSN : 0128-7702 : Universiti Putra Malaysia

Baharin Shamsudin (1990). Siri Pendidikan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Untuk Sekolah Rendah Buku . Kuala Lumpur : DBP, KPM

Jamil A, Norlia G, Norhashimah S. (11-12 Oktober 2008). Seminar Pendidikan Sains dan Matematik : Miskonsepsi Matematik Satu Refleksi. Open Universiti Malaysia

Lim K.L, Khaw A.H, Seah A.K. satu Kajian Mengenai Bahan Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Pembelajaran Di Sekolah Rendah. Maktab Perguruan Batu Lintang : Jabatan Matematik

Meor Ibrahim Kamaruddin (2001). Modul Pembelajaran Sains dan Matematik. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. (Tidak diterbitkan)

Mohd Uzi Dollah, Noor Shah Saad .(2012). Modul KRM3013 Asas Nombor. Tanjung Malim : Universiti Perguruan Sultan Idris

Mok Soon Sang (1993). Siri Pendidikan Perguruan : Pengajian Matematik. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2000). Sukatan Pelajaran Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Roslina Radzali. Kepercayaan Matematik Pelajar Berhubung Penyelesaian Masalah Matematik. Jabatan Matematik

Anda mungkin juga menyukai