Anda di halaman 1dari 10

3.2.

3 Seks Dan Pergaulan Bebas

Seks bermaksud sifat-sifat yang membezakan lelaki dan perempuan atau jantina. Selain
itu, ia juga bermaksud keinginan syahwat. Seks bebas pula bermaksud satu perbuatan
atau kelakuan seks yang dilakukan oleh pasangan manusia iaitu seorang lelaki dan
seorang perempuan tanpa halangan atau kawalan atau tidak menghiraukan kesan dan
akibat selepas melakukan perbuatan tersebut. Dari sudut teori, seks bebas tidak
mematuhi adat atau melakukan sesuatu yang dianggap salah pada mata dan pandangan
masyarakat.

Dalam filem “Anak Halal” ini, pengarah menonjolkan adegan seks bebas ini
selepas Ezam menyerah diri kepada Tajol kerana dia tidak dapat membayar duit yang
dipinjamnya. Selepas Ezam dipukul teruk oleh Tajol dia di bawa ke tempat sarang
penagih kerana Tajol menyuruh Ezam menjadi penjual dadah di kwasan itu. Semasa
Ezam berada di situ, dia melihat sekumpulan remaja sedang melakukan seks bebas
sambil menghisap dadah.

Pergaulan bebas pula bermaksud satu percampuran atau persahabatan yang


melampaui batas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Memang benar
bersahabat dan bargaul dengan rakan-rakan yang berlainan jantina tidak salah tetapi ia
mempunyai batas-batas hukum tertentu dan yang telah ditetapkan dalam pergaulan
tersebut. Seperti juga seks bebas, dari sudut teori pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan yang bukan muhrim merupakan satu perkara atau perbuatan yang tidak
mematuhi adat atau melakukan sesuatu yang dianggap salah pada mata dan pandangan
masyarakat.

Dalam filen “Anak Halal” ini, pergaulan bebas ditunjukan oleh sekunpulan
remaja yang merupakan watak utama dalam filem ini, iaitu seperti Indra Putra, Atika,
Juhana, Lia, dan kawan-kawan mereka yang lain. Adegan ketara yang menunjukan
pergaulan antara bebas sesama mereka semasa di disko ketika mereka menyambut hari
jadi Atika. Ketika ini mereka berpeluk-pelukkan, bercium-ciuman, berpegang-pegangan
tangan dan menari seperti tidak sedarkan diri dan di pengaruhi oleh alam tidak sedar.
Megikut teori Psikoanalisis Freud mempercayai bahawa dalam diri manusia terdapat tiga
alam kesedaran iaitu alam sedar, alam prasedar dan alam tidak sedar. Alam tidak sedar
merupakan bahagian yang terbesar pada fikiran manusia. Ia merupakan pendororng asas
kepada tingkah laku manusia dan mengandungi kesemua naluri serta keinginan manusia.
Akibatnya manusia akan bertindak dan menunjukan tingkah laku yang sukar diterima
oleh orang ramai.

3.2.4 Budaya Lepak

Budaya lepak merupakan satu gejala yang menjadi salah satu masalah yang sukar di atasi
kerana gejala lepak ini bukan sahaja melibatkan golongan remaja tetapi juga melibatkan
golongan dewasa serta turut melibatkan remaja bawah umur. Budaya lepak dengan
membuang masa tanpa melakukan aktiviti atau kerja yang berfaedah ini boleh merugikan
diri seseorang itu yang terlibat dengan gejala ini malahan ianya juga boleh merugikan
sesebuah negara itu sendiri. Budaya lepak secara keseorangan atau berkumpulan boleh
menimbulkan keraguan kepada sesebuah masyarakat yang memandang serong kepada
mereka yang terlibat dengan gejala ini.

Dalam filem ini juga, budaya lepak di terapkan bagi menggambarkan situasi
masyarakat kota yang suka menghabiskan masa pada waktu malam dengan gejala lepak.
Contohnya Putra, Shah, Daniel, Johana dan Atikah suka menghabiskan masa bersama-
sama pada waktu malam dengan melepak di gerai burger tempat Ezam dan adiknya Lia
berniaga. Mereka melepak tanpa melakukan aktiviti yang berfaedah dan mereka hanya
berbual-bual kosong sambil bermain gitar. Hal ini dapat di buktikan melalui petikan kata-
kata Johana kepada Atikah iaitu ( ’inilah port kami lepak malam-malam. Kami selalu ke
sini untuk menghabiskan masa bersama bermain gitar dan berbual kosong’).

3.2.5 Gejala Rempit

Rempit merupakan salah satu gejala sosial yang sukar di bendung oleh pihak
kerajaan bagi sesebuah Negara. Rempit kebiasaannya melibatkan golongan remaja yang
suka memandu motosikal secara merbahaya tanpa mempedulikan orang awam yang lain.
Remaja yang terlibat dengan gejala rempit ini sukar menerima nasihat daripada orang
dewasa kerana mereka menganggap tindakan mereka itu tidak salah dari segi etika
masyarakat norma bagi sesebuah Negara.

Dalam filem anak halal ini mengambarkan masyarakat remaja yang suka
melibatkan diri dalam gejala rempit dengan melakukan aksi merbahaya dan kes lumba
haram. Contohnya watak Shah yang suka melibatkan diri dalam gejala lumba haram ini
telah mengakibatkannya di tangkap oleh pihak polis sebanyak 7 kali. Namun begitu Shah
masih lagi tidak serik untuk terus menjadi mat rempit. Bukti yang dapat mengukuhkan
lagi yang terlibat dalam gejala rempit ini ialah melalui kata-katanya kepada kawan-
kawanya ketika di dalam penjara iaitu( ’korang ni baru masuk lokap 2,3 kali dah kecoh,
aku yang dah 7 kali masuk keluar lokap kerana kes lumba haram pun tak kecoh macam
korang’).

3.2.6 Gejala Vandalisme

Vandalisme merupakan satu perbuatan yang merosakkan harta awam dengan sengaja.
Gejala vandalisme ini telah lama berlaku di negara malaysia. Gejala ini menyebabkan
kerajaan negara malaysia terpaksa menanggung kos membaik pulih tinggi bagi menjamin
keselesaan orang awam di malaysia. Hal ini menyebabkan pembaziran yang melampau
bagi sesetengah pihak untuk membaik pulih sesuatu bahan atau benda yang di rosakkan
oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Seperti kes yang di petik di bawah ini iaitu

”Sandakan, Sabah pada tahun lepas di mana Jabatan Bekalan Air Sabah mengalami kerugian
lebih RM400,000 selepas tujuh sistem sumber air bawah tanah miliknya dirosakkan dan
peralatannya dicuri. Selain itu pondok yang menempatkan sistem itu dipecah masuk dan bekalan
elektrik turut dipotong manakala suis utama dirosakkan dan penyambung paip yang ada di situ
turut dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab” .
(utusan malaysia 2002,oktober 6)

Dalam filem anak halal ini terdapat unsur-unsur vandalisme antaranya dalam
babak atau peristiwa sebelum ezam mati di tembak oleh jet. Pada masa itu Daniel, Lia
dan Johana berbual kosong dengan Ezam sambil menunggu kedatangan Jet dan Lut
manakala shah pula yang sedang sibuk menconteng dinding tanpa mempedulikan kawan-
kawannya yang sedang bersembang itu.

3.2.7 Budaya Pemakaian

Budaya masyarakat timur yang mengambil berat tentang etika berpakaian seseorang itu
merupakan salah satu aspek yang penting bagi menggambarkan nilai-nilai keperibadian
seseorang. Dalam masyarakat timur yang menggalakkan masyarakatnya berpakaian
sopan dan tidak terlalu mengikut etika berpakaian cara masyarakat barat yang terlalu
seksi dan memperlihatkan susuk tubuh kepada orang ramai dan ini melanggar etika
berpakaian masyarakat timur.

Dalam filem anak halal ini juga mengambarkan keruntukan akhlak berpakaian
masyarakat zaman sekarang yang berpakaian menjolok mata menyebabkan
mendatangkan ghairah kepada seseorang untuk menyentuhinya. Hal ini dapat di
tonjolkan melalui watak Atikah yang berpakaian seksi menyebabkan Jet cuba untuk
merogolnya walaupun tidak berjaya kerana Atikah di selamatkan oleh Putra daripada di
rogol oleh Jet ketika Atikah pergi ke tempat Jet untuk mendapatkan bekalan dadah demi
menghilangkan ketagihannya.

Antara petikan dialog yang dapat di petik di sini ialah (’ abang Ijam mana
abang, saya cari dia, dia kata nak hantar barang kat saya, tolonglah bang saya nak
barang sangat ni bang saya dah tak tahan sangat dah ni’) kata Atikah kepada Jet dan Jet
pula menjawab (’ apa tak tahan? Aku pun dah lama tahan ni’) lalu Jet terus memeluk dan
cuba merogol Atikah. Daripada ini dapat di tegaskan bahawa berpakaian yang menjolok
mata atau seksi tidaklah patut di pakai oleh masyarakat terutamanya wanita. Dalam
agama islam sendiri melarang penganutnya memakai pakaian yang tidak menutup aurat.
Menurut firman Allah s.w.t:

” wahai anak adam, kami telah menurunkan pakaian kepada kamu yang menutupi aurat kamu dan
sebagai perhiasan bagi kamu, dan pakaian taqwa itu lebih baik, demikianlah di antara beberapa
tanda Allah supaya mereka menerima peringatan.”(Al- Aa’raf:26)
3.2.8 Sambutan Ulang Tahun Kelahiran

Menyambut ulang tahun kelahiran merupakan satu fenomena biasa yang dilakukan oleh
seseorang di dunia ini. Seseorang itu menyambut ulang tahun kelahirannya sebagai tanda
bersyukur kepada tuhan mereka yang telah memanjangkan umur mereka sehingga
mencecah seusia itu. Seseorang itu akan meraikannya dengan cara melakukan upacara
bacaan doa selamat, melakukan solat sujud syukur dan solat hajat. Namun terdapat juga
fenomena yang meraikan ulang tahun kelahiran dengan melakukan aktiviti yang
melanggar etika seperti menyambut ulang tahun kelahiran bersama-sama teman di kelab-
kelab malam atau disko dan ada juga yang meraikannya dengan menjamu makanan
kepada rakan-rakan kemudian mereka bersuka-ria tanpa rasa bersyukur kepada tuhan
mereka kerana memanjangkan umur mereka.

Dalam filem anak halal arahan Osman Ali ini ada menerapkan unsur-unsur yang
melanggar etika ketika meraikan ulang tahun kelahiran. Hal ini dapat di gambarkan
ketika Atikah mengajak kawan-kawannya ke disko untuk meraikan ulang tahun
kelahirannya. Semasa di disko di gambarkan Atikah memeluk Putra dan mencium Putra
ketika putera mengucapkan selamat hari jadi Atikah. Hal ini jelas melanggar etika
masyarakat norma kerana pergaulan antara lelaki dan perempuan mempunyai batas-batas
yang tertentu yang perlu di turuti.

3.3 Hubungan Sesama Manusia

Seperti yang kita sedia maklum, manusia diciptakan saling bergantung dan memerlukan
antara satu sama lain tanpa sikap kebergantungan ini, manusia akan mengalami
kesukaran. Di dalam filem Anak Halal, ia memaparkan sebuah kisah mengenai
perhubungan antara manusia dari segi persahabatan, sifat kerjasama antara manusia serta
kisah percintaan yang sebenarnya merupakan realiti kehidupan sebenar masyarakat pada
masa kini. Menurut Ho (1997) menyatakan bahawa masyarakat asia lebih mementingkan
ketenangan fikiran, hal-hal kerohanian dan agama berbanding dengan masyarakat barat.
Masyarakat malaysia pula mementingkan kemoralan sosial secara kolektif dalam
menentukan kebahagian hidup.

3.3.1 Persahabatan

Salah satu nilai etika yang diterapkan dalam filem Anak Halal ialah persahabatan.
Terdapat pelbagai pendapat yang menerangkan maksud persahabatan antaranya menurut
Kamus Dewan edisi ke-3 merupakan satu perihal bersahabat atau mempunyai hubungan
yang baik dengan seseorang. Terdapat dua jenis pesahabatan, pertama persahabatan
kerana kepentingan kebendaan dan kedua persahabatan atas kepentingan agama.

“Dalam memilih sahabat, umat Islam mempunyai etika-etika tertentu yang boleh diguna
pakai iaitu kita perlu mencari orang yang berakal, baik akhlaknya, soleh, benar, dan tidak
tamak kandunia”. (Imam al-Ghazali)

“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga ia mengasihi saudaranya sebagaimana


ia kasih pada dirinya”. (Sabda Rasullullah)

Daripada ayat dan hadith di atas ,dapat kita hayati bahawa umat Islam itu adalah
bersaudara dan menpunyai hak serta tanggungjawab antara satu sama lain. Ini adalah
kerana Islam mahu semua umat Islam beriman kepada Allah S.W.T Tuhan yang berhak
disembah.Ini dapat dibuktikan oleh Rasulullah S.A.W yang berusaha menyampaikan cara
hidup Islam kepada manusia agar manusia iti tidak berada dalam kekufuran dan
kejahilan.Apabila seseorang itu beriman kepada Allah S.W.T sudah pasti dia tidak ingin
melihat saudaranya yang lain teraba-raba dalam kesesatan supaya semua umat Islam
dapat menikmati keindahan rahmat Allah S.W.T di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat

Oleh itu, bersahabatlah dengan orang yang mempunyai ciri-ciri peribadi yang
baik, yang dapat membantu kita memupuk nilai-nilai murni yang dapat meningkatkan
keimanan dan ketaqwaan kita.
Dalam filem Anak Halal, pengarah filem telah menerapkan nilai persahabatan
yang sangat kuat antara enam watak yang terdapat dalam filem tersebut iaitu Indra Putra,
Johanna, Shah, Daniel, Lia dan Ezam. Hal ini dapat dapat dibuktikan semasa mereka
sama-sama berusaha untuk menyelesaikan masalah Ezam yang berhutang dengan ceti
haram.Berikut adalah petikan dialog antara Johana dengan Ezam.(“Kalau ape-ape jadi
kat aku tolong jaga adik aku”) kata Ezam pada rakan-rakannya. Johana pula mengatakan
kepada Ezam bahawa (“Takkan ade ape yang akan berlaku pada kau Ezam, selagi kami
ada). Di sini menggambarkan betapa kuatnya nilai persahabatan atau semangat setia
kawan yang cuba diterapkan dalam filem ini.

3.3.2 Kerjasama

Selain itu, nilai etika yang diterapkan dalam filem Anak Halal juga adalah semangat
bekerjasama. Kerjasama merupakan satu nilai etika yang amat murni, kerana dengan
wujudnya kerjasama di dalam sesebuah organisasi masyarakat setiap masalah mudah
diatasi, kerja susah akan menjadi senang. Selain itu dengan adanya sifat bekerjasama
kemajuan mudah dicapai. Menurut Kamus Dewan edisi ke-3 kerjasama atau bekerjasama
bermaksud saling membantu antara satu sama lain (antara dua atau beberapa pihak).

“Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan,
kuat-menguatkan antara satu sama lain”. (Riwayat al-Bukhari danMuslim).

Hadith di atas menunjukkan Islam itu menggalakkan amalan berkerjama dan saling
membantu antara umatnya

”Sabda Nabi s.a.w: “Bandingan golongan mukminin di dalam kasih-sayang, simpati dan
tolong menolong antara satu sama lain seperti satu jasad. Sekiranya satu anggota
mengadu kesakitan, maka seluruh anggota akan berjaga malam dan demam panas”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam filem Anak Halal pengarah filem telah menerapkan nilai atau semangat
kerjasama yang begitu kuat antara keenam-enam watak yang terdapat di dalam filem
tersebut iaitu Indra Putra, Johanna, Shah, Daniel, Lia dan Ezam. Berikut adalah petikan
dialog yang menunjukkan semangat kerjasama antara mereka. Daniel mengatakan
kepada Ezam (” Ezam, aku ada satu ratus untuk bagi kat engkau, ambillah”) Ezam
menjawab (” kau simpan sudah, kan kebulur dahlah kering”). Hal ini menunjukkan yang
Daniel cuba membantu Ezam bagi melangsaikan hutang dengan ceti haram. Manakala
rakan-rakannya yang lain juga turut sama menemani Ezam semasa untuk menyelesaikan
hutang.

3.3.3 Percintaan

Pada masa yang sama, nilai yang terdapat dalam filem Anak Halal ialah nilai percintaan.
Percintaan adalah satu nilai yang sangat murni dan sangat besar ertinya kepada
seseorang. Dengan adanya nilai percintaan, seterusnya dapat mewujudkan nilai kasih
sayang antara individu. Percintaan mempunyai maksud yang sangat luas dan sangat
signifikan. Menurut Kamus Dewan edisi ke-3 percintaan bermaksud perihal bercinta-
cinta atau berkasih sayang antara lelaki dan perempuan. Percintaan menurut Islam boleh
dibahagikan kepada dua iaitu cinta kepada Allah dan cinta pada sesama manusia.
Keutamaan adalah diberikan kepada cinta atau kasih kepada Allah kerana ianya akan
kekal sampai mati sedangkan cinta dan kasih pada sesama manusia ini hanya di atas
dunia sahaja.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia


menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya
kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu
(suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah Ar-Rum ayat 21)

”Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah ia memberitahu bahawa ia


mencintainya". (Hadith Riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi)

”Dalam pengkajiannya tentang kebudayaan Asia, mengatakan orang Asia umumnya dan
orang Melayu khasnya memang gemar bercinta. Malah ada kala perkelahian berlaku
sesama mereka akibat perebutan cinta seorang wanita dan lelaki” (TomePires 2003)

Menurut Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin, kecintaan seseorang yang


hakiki kepada insan lain kerana Allah bukanlah bermaksud mencintai insan itu kerana
dzatnya (sifatnya), sebaliknya adalah kerana insan itu dapat mendekatkan diri sendiri
dengan akhirat.

Di dalam keadaan lain, ada yang sayang menyayang kerana Allah. Bercinta
sesama makhluk kerana Allah adalah lebih selamat. Ia tidak melukakan hati, tidak
meresahkan jiwa, tidak merosakkan akhlak, tidak perlu risau tentang “frust”, tidak perlu
melayan perasaan cemburu. Menurut Rasulullah, menyayangi seseorang kerana Allah
dapat mendatangkan kemanisan iman. Namun, tidak ramai yang mengetahui
caranya.namun

Dalam filem tersebut juga, pengarah filem telah menerapkan nilai percintaan itu
dalam watak Johanna. Walaupun Johanna menyukai Indra Putra namun dia memendam
perasaannya tanpa memberitahu Indra Putra. Namun Johanna berasa cemburu apabila
Indra Putra mula menyukai seorang perempuan yang baru hadir dalam hidup mereka iaitu
Atikah. Perasaan cemburu ini dapat dibuktikan semasa babak antara Johanna bersama
dengan ibunya digerai mereka. Berikut adalah petikan dialog antara Johanna dengan
ibunya.(”Mak tengok Atikah dengan Putra tu macam ngam je kan”) kata Mak Leha
kepada Johanna dan Johanna menjawab (”Mana ada, jauh panggang dari api, tak sesuai
langsung”). Di sini menggambarkan yang Johanna mempunyai perasaan cinta terhadap
Putra kerana dia berasa cemburu apabila emaknya mengatakan yang Putra sangat rapat
dengan Johanna.

3.4 Melanggar norma masyarakat

Mengikut Kamus Dewan, norma masyarakat ialah peraturan atau ketentuan yang telah
menjadi kebiasaan yang di jangka akan di patuhi oleh anggota masyarakat. Golongan
atau individu yang melanggar norma masyarakat dikaitkan dengan masyarakat yang tidak
menerima sesuatu nilai atau tingkah laku yang dilakukan dimana perbuatan itu dianggap
tidak normal apabila dipandang oleh majoriti masyarakat di sesebuah kawasan. Norma
masyarakat berlainan mengikut mengikut kawasan. Terdapat perkara yang dilakukan
oleh sesetengah golongan dapat diterima masyakat walaupun perkara tersebut
mempunyai kesan yang tidak baik. Misalnya, di Negara barat pergaulan bebas antara
lelaki dengan perempuan dianggap normal oleh masyarakat barat namun masyarakat di
negara lain tidak menerima gejala seperti itu misalnya Malaysia. Golongan yang
melanggar norma masyarakat mempunyai sebab tersendiri.

Dalam filem Anak Halal, didapati watak-watak seperti Hisham, Tajul, Indra
Putra, Johana, Ezan dan rakan-rakannya telah melanggar norma masyarakat. Indra putra
dan rakan-rakannya dianggap budak liar dan dipandang serong oleh masyarakat. Ini
kerana budaya lepak, dan pergaulan yang diamalkan oleh Putra dan rakan-rakannya
bertentangan dengan norma masyarakat di tempat mereka.

Anda mungkin juga menyukai