Anda di halaman 1dari 2

Sebelum

Sebagai salah seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, saya wajib menjalani latihan mengajar ataupun praktikum selama 12 minggu bagi fasa 3. Praktikum bagi sesi 3 ini adalah berdasarkan opsyen major Matematik dan minor Bahasa Inggeris. Saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Tanjong Bunga untuk menjalani praktikum pada kali ini. Latihan praktikal ini bermula pada 26 Januari 2014 sehingga 24 April 2014. Latihan praktikum ini dilaksanakan sebagai memenuhi syarat yeng telah ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru. Sebagai bakal guru, azam dan harapan saya melalui latihan praktikum ini ialah untuk membina jati diri seorang guru. Untuk membina jati diri ini, saya perlu memperoleh pelbagai pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan perguruan dan pendidikan Matematik di sekolah khususnya. Selain itu, semasa praktikum ini juga, saya dapat memahami dan mengenali sedalamnya mengenai budaya murid dan guru serta suasana persekitaran sekolah rendah sebagai pendedahan dan pengalaman awal sebelum saya ditauliahkan sebagai seorang guru nanti. Pendedahan awal sangat penting kepada bakal guru supaya teknik pengajaran dapat dijalankan dengan betul mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semoga pengalaman pada kali ini saya dapat mengambil dan menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman bagi

membolehkan saya guna dan aplikasikan semasa mengajar kelak. Antara harapan saya bagi membina jati diri guru ialah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Selain itu, saya berharap kehadiran saya di sekolah tersebut dapat diterima oleh guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah. Untuk itu, saya perlu menunjukkan sikap mesra terhadap warga sekolah bagi membina hubungan baik antara saya dan warga sekolah. Disamping itu juga, saya harus menjalinkan hubungan profesional dengan guru-guru serta kakitangan sekolah. Hubungan professional ini dapat dijalin melalui kerjasama yang diberikan kepada pihak sekolah semasa melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Saya juga bertanggungjawab membantu meningkatkan prestasi murid dan sekolah. Akhir sekali, saya dapat meningkatkan prestasi dan kemahiran saya dalam bidang pendidikan terutama pendidikan Matematik.

Ilmu yang dipelajari sepanjang 6 semester sebelum ini akan saya praktikkan bagi membantu murid-murid sekolah tersebut. Dalam pada masa yang sama, saya berpeluang merasai sendiri pengalaman melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran bersama murid-murid. Segala teori dan kaedah pengajaran yang telah saya perolehi sebelum ini akan saya gunakan seoptimum mungkin. Pada latihan praktikal kali ini juga, saya dikehendaki untuk melaksanakan persediaan kajian tindakan bagi semester depan. Oleh yang demikian, saya amat berharap segala perancangan serta penyelidikan saya dapat saya laksanakan dengan lancar. Saya juga berharap, guru-guru serta warga SK. Tanjong Bunga dapat memberi kerjasama yang sepenuhnya. Akhir kata, saya mengharapkan seluruh warga SK Tanjong Bunga dapat menerima kehadiran saya di sekolah. Selain itu, saya akan menggunakan kesempatan ini bagi menimba sebanyak pengalaman berguna sebagai persediaan untuk bergelar guru.

Anda mungkin juga menyukai