Anda di halaman 1dari 2

Amalan Gaya Hidup Sihat dan Kesannya Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

oleh Iylia Syazwani binti Jamil Ikthsar Penyelia : Hj. Ali bin Suradin Pelajar pada masa kini mengamalkan diet yang tidak sihat dan kurang melakukan aktiviti zikal. Secara tidak langsung menjejaskan pencapaian akademik mereka. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan gaya hidup dari sudut pemakanan dan kecergasan zikal terhadap pencapaian akademik pelajar politeknik. Kajian juga dijalankan untuk melihat sejauh mana kesedaran para pelajar politeknik terhadap kebaikan pengamalan gaya hidup sihat dengan pengaplikasinya dalam kehidupan. Selain itu, faktor kritikal yang mempengaruhi pemilihan makanan pelajar turut dikenal pasti. Kaedah tinjauan digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Data primer diperoleh dengan menggunakan borang soal selidik dan dianalisis secara kuantitatif menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) version 11.0 dalam menguji korelasi dan regrasi serta mengira min, peratusan dan kekerapan. Seramai 384 responden yang terdiri daripada pelajar Politeknik Seberang Perai dan Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dipilih berdasarkan kaedah persampelan rawak berlapis. Hasil analisis mendapati bahawa tahap pengamalan pemakanan sihat dan tahap kecergasan zikal adalah sederhana. Kualiti makanan merupakan faktor kritikal yang mempengaruhi pemilihan makanan pelajar dengan skor min sebanyak 4.09. Tahap kesedaran pelajar dalam kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat mempengaruhi pengaplikasiannya dalam kehidupan. Namun begitu, pengaruhnya adalah lemah (r = 0.221). Selain itu, amalan pemakanan dan kecergasan zikal juga mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Namun begitu, pengaruhnya adalah lemah dengan nilai r, masing-masing 0.382 dan 0.412. Kesimpulannya, pengaplikasian amalan gaya hidup sihat secara total dapat meningkatkan mutu hidup seseorang termasuklah kemajuan dari aspek akademik. Abstract Poor diet and lack of physical activities among students cause a tremendous eect to their academic achievement. This research is assigned to study the relationship of life style in dietary intake and physical tness perspective towards students academic achievement. Issues that have been examined are awareness in practicing healthy life style, factors inuencing students food choice, students eating habit and their involvement in physical activities. This quantitative study uses questionnaire as its instrument. 384 students from Politeknik Seberang Perai and Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah were selected by clustered random sampling. Statistical Package for Social Science (SPSS) version 11.0 used in calculating Pearson Correlation, Simultaneous Multiple Regression, mean, percentage and frequency. Result shows that student eating habit and their physical tness are moderately good. Food quality is the critical factor inuencing students food choice with mean 4.09. This study indicates that there is a relationship between students awareness in the importance

of practicing healthy life style and their application in real life (r=0.221). There is also relationship between student eating habit, physical tness and academic achievement. In conclusion, total application of healthy life style can enhance wellness as well as academic aspect.

Anda mungkin juga menyukai