Anda di halaman 1dari 10

Pengenalan

Sebelum mencapai kemerdekaan, negara kita telah dijajah selama beratus- ratus tahun yang bermula dengan penjajahan Belanda pada tahun 1641 sehingga kepada penjajahan British pada tahun 1957. Pelbagai kaedah yang digunakan oleh mereka untuk menguasai Tanah Melayu. Kaedah yang paling jelas adalah melalui penipuan. Sebagai contoh di Pulau Pinang. Sultan Abdullah bersetuju menyerahkan Pulau Pinang kepada British dengan syarat mereka memberi bantuan ketenteraan kepada Sultan Abdullah. Francis Light telah menipu dengan menyatakan permintaan Sultan Abdullah sedang di pertimbangkan. Sedangkan Francis Light tidak memaklumkan permintaan Sultan Abdullah kepada pihak British. Tujuan penjajahan adalah untuk menguasai hasil bumi Tanah Melayu seperti getah, bijih timah, rempah ratus dan sebagainya. Semua hasil bumi ini mempunyai nilai komersial yang sangat tinggi. Sebagai contoh bijih timah yang menjadi barang dagangan utama. Permintaan yang tinggi terhadap bijih timah berikutan perkembangan revolusi perindustrian yang mana bijih timah adalah sebagai bahan utama untuk pengetinan makanan yang membolehkan hasil- hasil makanan dalam tin dapat bertahan dangan lebih lama. Penjajahan yang berlaku di tanah Melayu pada masa itu telah menyebabkan perubahan kepada sistem politik, ekonomi dan sosial masyarakat Melayu. Campur tangan Pihak British dalam adat dan tradisi masyarakat Melayu telah membangkitkan pejuang- pejuang tanah air yang mempunyai semangat patriotik. Maka lahirlah pejuang tanah air seperti Mat Kilau, Dat o Maharaja Lela, Mat Saleh, Dato Bahaman dan sebagainya. Kesungguhan mereka memperjuangkan Tanah Melayu dapat dilihat apabila nyawa mereka menjadi taruhan. Keadaan ini dapet dilihat apabila Dato Maharaja Lela dikenakan hukuman gantung dan Tok Janggut yang terkorban semasa bertempur dengan British. Keputusan pilihan raya umum pada 1955 memaksa kerajaan British untuk menerima hakikat bahawa Parti Perikatan di sokong hampir seluruh masyarakat di Tanah Melayu. Semasa kempen pilihan raya, Parti Perikatan telah berjanji akan mendapatkan kemerdekaan dalam masa empat tahun. Pada Februari 1956, Tuanku Abdul Rahman telah mengetuai satu rombongan ke London untuk merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu. Rundingan

tersebut yang berlangsung pada 18 Januari sehingga 8 Februari 1956. Tempoh rundingan agak lama kerana banyak perkara yang perlu di selesaikan. Pada 8 Februari 1956, Perjanjian London telah di materai oleh raja- raja Melayu, Parti Perikatan dan kerajaan British. Menurut perjanjian itu, Tanah Melayu akan Merdeka pada 31 Ogos 1957. Tepat pada pukul 12.00 tengah malam pada 31 Ogos 1957, seorang ahli pemuda UMNO menurunkan bendera Union Jack di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, di Padang Kelab, Selangor, Kuala Lumpur. Bendera Union Jack telah di gantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu. Pada pagi 31 Ogos 1957, wakil Ratu Inggeris telah menyerahkan dokumen berkaitan pengisytiharan Perlembagaan Tanah Melayu sebagai sebuah negara yang merdeka. Pejuang tanah air atau pahlawan yang saya pilih adalah Dato Maharaja Lela.Dato Maharaja Lela seorang perwira di negeri Perak yang berjuang menentang pihak British terutamanya J.W.W Birch (James Wheller Woodfird Birch ) Residen British Perak. Dato Maharaja Lela Latar Belakang Tokoh Teradapat ramai datuk nenek moyang isteri dan anak- anak adalah dari keturunan Dato Maharaja Lela yang suatu masa dahulu sangat berkuasa di Pasir Salak, Perak. Walaupun peristiwa itu berlaku 136 tahun dahulu sudah dilupai oleh kebanyakkan kita dan kini hanya menjadi bahan sejarah yang tidak dapat dilupai dengan mudah. Dato Maharaja Lela Pandak Lam merupakan pembesar delapan Perak. Beliau merupakan keturunan Daeng Salili yang merupakan anak Raja Bugis yng berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Daeng Salili telah datang ke negeri Perak ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Syah III. Beliau dilantik sebgaai mufti Perak dan dianugerahkan gelaran Dato Maharaja Lela Tan Lela dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya. Dato Maharaja Lela telah mengetuai perjuangan menentang British di negeri Perak. Bersama-sama dengan pemimpin- pemimpin yang lain seperti orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali

sebagai Dato' Sagor) dan Pandak Indut serta Seputum, merancang dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen British Perak.

Pembunuhan J.W.W Birch di Pasir Salak Birch telah menggunakan kedudukannya sebagai Residen Inggeris di Perak dengan meminta Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan untuk membolehkannya mengambil alih kuasa kerja-kerja mengutip cukai daripada pembesar-pembesar Perak tetapi telah ditolak oleh Sultan Abdullah kerana bertentangan dan menghapuskan hak mereka. Pada masa yang sama, Residen juga memungkiri fungsinya sebagai penasihat seperti yang termaktub dalam Perjanjian Pangkor 1874. Tambahan pula, pihak British di bawah penguasaan Birch telah bercampur tangan dalam adat istiadat atau adat resam dan hal ehwal agama kerana bertujuan untuk menyebarkan agama kristian dan budaya Barat .Selain itu, Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu. Kelemahan Birch juga dapat dilihat melalui kesombongan dan beliau dalam memberi pandangan yang negatif terhadap pentadbiran masyarakat Melayu pada masa itu. Beliau menganggap dirinya bijak dalam soal pentadbiran Tanah Melayu. Keadaan ini dapat dilihat apabila setibanya di Perak, beliau berasa perlunya ada perubahan segera untuk mencapai kemajuan dalam soal politik, sosial dan ekonomi di Tanah Melayu. Disebabkan keghairahan beliau untuk memajukan Perak, beliau langsung tidak mempedulikan perasaan dan hak orang Melayu terutama Sultan Abdullah dan pembesar- pembesar Melayu, terutama Dato Maharaja Lela. Keadaan ini dapat dilihat apabila pembaharuanpembaharuan yang dilakukan oleh beliau adalah bertentangan dengan kuasa-kuasa tempatan. Tambahan pula, Birch merupakan seorang Residen Inggeris yang paling angkuh, suka memperlekeh dan merendah-rendahkan kedaulatan Perak telah menerbitkan api dendam yang membara di dalam dada orang-orang besar Perak, sehinggakan terbit gerakan sulit untuk membunuh J.W.W Birch. Diantara perangai buruknya, suka mengacau perempuan

Melayu dan melarikan isteri orang. Itu yang membuat sultan, pembesar pembesar Melayu seperti Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim terutamanya Dato Maharaja Lela dan orang- orang Melayu nekad menghapuskan Birch selain dari gila kuasa untuk meluaskan penguasaan di negeri Perak. Sebenarnya pembunuhan J.W.W Birch adalah berpunca daripada rasa tidak puas hati Sultan Abdullah Muhammad Shah III dan pembesar negeri terhadap tindak-tanduk Birch.Pada mulanya, para pembesar menolak sistem cukai yang menghapuskan hak mereka. Mereka juga menolak menolak penguasaan British terhadap kawasan dan campur tangan British terhadap adat istiadat atau adat resam,hal ehwal agama dan hal ehwal tempatan. Bantahan terbuka oleh pembesar Melayu Perak terhadap campur tangan British kerana Residen tidak mengikut peranan atau fungsinya seperti yang termaktub dalam Perjanjian Pangkor ditandatangani oleh Sultan Abdullah dan Sir Andrew Clarke pada tahun 1874 dan tidak suka tingkah laku yang angkuh, suka memperlekeh serta merendah- rendahkan kedaulatan Perak.Para pembesar juga membantah kerana tidak suka perangai buruknya pihak British terutamanya Birch terhadap perempuan Melayu. Tetapi,penentangan penentangan yang dilakukan oleh pembesar-pembesar Melayu tidak dapat menewaskan pihak British. Pada 20hb Julai 1875, kelakuan pihak British terlalu menjejaskan kedudukan sultan, para pembesar dan juga rakyat tempatan iaitu J.W.W Birch sekali lagi mendesak Sultan Abdullah menurunkan tandatangannya dan mengugut Sultan akan diturunkan daripada takhta seandainya baginda enggan menandatangani surat penyerahan kuasa tersebut. Akibatnya Sultan Abdullah terpaksa akur dengan ugutan Birch dan menandatangani surat perjanjian tersebut. Kesabaran Sultan Abdullah dan para pembesar sudah sampai kepada kemuncaknya. Rentetan daripada peristiwa itu, sebanyak 7 kali mesyuarat sulit telah diadakan oleh Sultan Abdullah Muhammad Shah dengan orang-orang besarnya bagi membincangkan perihal pembunuhan J.W.W Birch yang diadakan dari bulan Mac hingga September 1875. Dalam mesyuarat sulit tersebut, sebanyak 5 cara telah dicadangkan. Laksamana Mohamad Amin telah mencadangkan Birch diracun, Dato Maharaja Lela pula mencadangkan Birch ditikam, Dato Sagor pula mencadangkan menyerang Bandar Baru dan membunuh Birch, dan Sultan Abdullah sendiri mencadangkan agar Birch disihir.

Dalam mesyuarat terakhir yang berlangsung di rumah Dato Maharaja Lela, pada 30hb Oktober 1875. Dato Maharaja Lela telah menawarkan diri untuk menjalankan tugas membunuh Birch dengan dibantu oleh Pandak Indut dan Seputum. Satu keputusan muktamad telah dicapai untuk membunuh Birch di Pasir Salak. Dato Maharaja Lela yang diberi kuasa membunuh Birch telah menganugerahkan baju, tengkolok dan pedang kepada Pandak Indut sebagai wakilnya untuk membunuh Birch. Pada 2 November1875, J.W.W Birch dibunuh ketika sedang mandi di atas rakit berdekatan perahunya. Birch ketika itu baru balik dari lawatannya di Pasir Salak untuk melihat kerjakerja menampal poster pengisytiharan Inggeris mengambil alih pungutan cukai, dan bercadang untuk bermalam dalam perahu sebelum pulang ke Bandar Baru pada keesokkan hari. Pandak Indut telah diarahkan oleh Dato Maharaja Lela merejam lembing ke arah tempat Birch mandi. Rejaman tersebut menyebabkan Birch jatuh ke dalam sungai. Birch yang masih bernyawa berenang ke darat meminta pertolongan dan pada ketika itulah Si Puntum menerpa dan menetak kepala Birch dengan parang panjangnya. Mayat Birch ditemui pada petang keesokkan harinya, sejauh 182.9 meter dari tempat kejadian. Kematian Birch telah menyebabkan Inggeris berang dan melancarkan perang besarbesaran terhadap orang-orang Melayu Perak dengan tujuan untuk menangkap pembunuh J.W.W Birch. Pasukan polis, tentera dan tentera laut Inggeris di bawah pimpinan Kapten Speedy telah mengepung perairan Perak. Rumah-rumah orang Melayu yang disyaki telah dibakar, kota pertahanan orang-orang Melayu di Batak Rabit telah diserang habis-habisan dan akhirnya ditawan. Askar-askar Inggeris terus mara di sepanjang Sungai Perak dan membunuh tanpa belas kasihan. Sungguhpun kekurangan senjata dan taktik peperangan, Dato Maharaja Lela bersama pembesar-pembesar Perak masih mampu melawan serangan Inggeris seperti yang berlaku di Kota Lama. Peperangan ini telah berlarutan sehingga tahun 1876 dan berakhir setelah semua yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan J.W.W Birch ditangkap dan dibicarakan. Pada Julai 1876, Dato Maharaja Lela telah menyerah diri kerana tidak mendapat pertolongan Sultan Abdullah apabila Sultan Abdullah, pembesar pembesarnya seperti Ngah Ibrahim , Syahbandar dan Laksamana pula dibuang negeri ke Pulau Seychelles.Setelah diadakan perbicaraan

ringkas, Dato Maharaja Lela, Pandak Indut dan Seputum telah digantung sampai mati pada bulan Januari 1876. Hukuman tersebut talah dijalankan di Matang.

Peranan Dato Maharaja Lela dalam kebangkitan semangat Nasionalisme Nasionalisme sebenarnya boleh didefinisikan sentimen kecintaan terhadap sesebuah negara. Sentimen itu hanya ditumpukan kepada satu negara bangsa sahaja yang dapat mendorong kepada keinginan untuk berjuang bagi membebaskan tanah air daripada cengkaman kuasa asing.Nasionalisme ialah suatu cita-cita yang mengingini untuk kebaikan bangsa. Semangat nasionalisme ini wujud hasil daripada keinginan untuk menebus maruah bangsa serta membentuk nasib dan masa depan sesebuah bangsa dan negara. Saya memilih Dato Maharaja Lela sebagai pemimpin yang hebat dan bersifat patrioritik kerana beliau telah melakukan pelbagai peranan perjuangan yang membangkitkan semangat Nasionalisme dalam kalangan rakyat. Dato Maharaja Lela berusaha bertungkus lumus serta berjuang dengan bantuan pembesar- pembesar seperti Pandak Indut dan Seputum walaupun menempuhi pelbagai kedugaan,kecederaan sehingga kematian demi membebaskan tempat atau kawasan dan rakyat tempatan yang hampir dikuasai oleh pihak British iaitu J.W.W Birch dan kumpulannya setelah bermesyuarat dengan Sultan Abdullah serta pembesar- pembesar negeri Perak yang lain.Dato Maharaja Lela membuat pelbagai persediaan awal untuk menyerang Birch dan sekumpulannya seperti membina kubu untuk mempertahankan serangan daripada pihak British di Pasir Salak,melatih pengikut-pengikutnya daripada golongan pembesar seperti Pandak Indut, Seputum tentang cara- cara untuk menyerang atau menentang tentera- tentera British terutamanya Birch dan pengikutnya serta membuat banyak peralatan atau senjata dengan menggunakan kemahiran sendiri dan dengan bantuan pengikutnya untuk digunakan ketika menyerang Birch dan sekumpulannya.Dato Maharaja Lela mengorbankan banyak tenaga atau kekuatan dan masa tanpa mengharapkan sebarang pendapatan lumayan atau ganjaran daripada sultan,pembesar dan rakyat setempatnya.Dato Maharaja Lela telah melakukan semua perkara ini kerana

beliau mempunyai perasaan semangat cinta,bakti terhadap rakyat setempat dan tempat yang diduduki iaitu boleh dikatakan semangat Nasionalisme. Semangat Nasionalisme ini telah mendorong Dato Maharaja Lela untuk memberi semangat perjuangan kepada diri sendiri dan pengikutnya supaya berjuang secara berterusan bagi membebaskan tempat atau negerinya yang dilindungi dan rakyat tempatannya daripada cengkaman atau kekuasaan asing. Jika Dato Maharaja Lela hanya mementingkan diri sendiri dan tidak ada sifat Nasionalisme, maka beliau tidak bersetuju untuk menentang pihak British yang berhasrat dan mencadang untuk memusnahkan agama,adat istiadat tempatan serta mengambil alih segala penguasaan tempatan . Semangat ini juga menimbulkan sifat keberanian dan kebijaksanaan dalam diri Dato Maharaja Lela untuk menentang pihak atau tentera British yang berada di bawah penguasaan Birch sehingga kematian Birch walaupun hanya menggunakkan peralatan atau senjata yang ringan kecil serta tidak secanggih ,berat seperti senjata atau peralatan yang digunakan oleh pasukan tentera Birch. Segala peranan perjuangan Dato Maharaja Lela seperti yang dinyatakan membantu untuk melahirkan atau membangkitkan perasaan Nasionalisme dalam kalangan rakyat. Setiap perjuangan yang telah dilakukan oleh Dato Maharaja Lela berpunca daripada kelahiran sifat atau semangat Nasionalisme dalam diri sendiri.Semangat Nasionalisme ini mendorong Dato Maharaja Lela menentang Birch dan kumpulannya supaya tempat atau negeri yang diduduki serta rakyat sentiasa bebas ,tenteram, aman dan damai tanpa cengkaman,penjajahan dan campur tangan daripada kuasa- kuasa asing kerana seseorang yang mempunyai sifat Nasionalisme ini sentiasa mengingini ketenteraman serta kedamaian negara dan rakyatnya. Pada masa yang sama, beberapa pembesar juga telah turut membantu dalam perjuangan kerana mereka juga menanamkan sifat Nasionalisme dalam hati seperti Dato Maharaja Lela sehingga berjaya membunuh Birch. Peristiwa perjuangan Dato Maharaja Lela dan orang Melayu menentang penjajahan British di Pasir Salak sehingga menyebabkan kematian Residen British, J.W.W Birch, terus diabadikan di bumi bersejarah negeri Perak itu. Sebagai buktinya kini, Kompleks Sejarah Pasir Salak dibangunkan di wilayah yang menjadi saksi perjuangan pahlawan Melayu iaitu Dato Maharaja Lela demi membela tanah air, bangsa dan agama daripada dicemari penjajah.Bagi generasi muda pasca kemerdekaan, kompleks sejarah itu dibina khas untuk

mengenang kembali sejarah perjuangan pahit getir pahlawan Melayu seperti Dato Maharaja Lela dalam menentang penjajahan.Jasa mereka diabadikan menerusi pembinaan memorial khas berbentuk sundang iaitu sejenis senjata Melayu berbentuk pedang yang digunakan dalam pembunuhan J.W.W Birch. Di kompleks itu jugalah letaknya kubur J.W.W Birch, pusara Si Puntum, kubu Dato Maharaja Lela dan meriam Lela Rentaka yang digunakan dalam pertempuran menentang British.Memasuki Terowong Sejarah itu tidak sekadar mengembalikan nostalgia pengunjung ke zaman silam tetapi pasti menggetarkan perasaan semangat Nasionalisme tinggi dalam kalangan rakyat , terutamanya dalam kalangan generasi muda.Setiap rakyat perlu mengenang jasa tokoh atau pahlawan di setiap negeri di negara kita yang memiliki sifat Nasionalisme tinggi sehingga sanggup mengorbankan nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara dan bangsa.

Anda mungkin juga menyukai