Anda di halaman 1dari 5

2.0 2.

Definisi Definisi Iklim

Iklim Sekolah ialah sifat dan suasana yang ada di sekolah yang membezakannya dengan sekolah yang lain. Sifat dan suasana yang ada di sekolah adalah hasil interaksi antara guru dan pelajar serta masyarakat yang terdapat di dalam sekolah tersebut secara keseluruhannya. Litwin dan Stringer (dalam Gunbayi, 2007:1) menjelaskan iklim sekolah didefinisikan secara bervariasi oleh para ahli sebagai hasil dari persepsi subjektif terhadap sistem formal, gaya informal kepala sekolah, dan faktor lingkungan penting lainnya yang memepengaruhi sikap, kepercayaan, nilai dan motivasi individu yang berada pada sekolah tersebut. Namun demikian variasi definisi iklim sekolah apabila ditelaah lebih dalam, terbahagi kepada tiga pengertian. Pertama iklim sekolah didefinisikan sebagai keperibadian suatu sekolah yang membezakan dengan sekolah lainnya. Kedua iklim sekolah didefinisikan sebagai suasana di tempat kerja, mencakupi berbagai norma yang kompleks, nilai, harapan, kebijakan, dan prosedur yang mempengaruhi pola tingkahlaku individu dan kelompok. Ketiga iklim sekolah didefinisikan sebagai persepsi individu terhadap kegiatan, praktik, dan prosedur serta persepsi tentang tingkahlaku yang dihargai, didukung dan diharapkan dalam suatu organisasi. Kurikulum (1981) mendefinisikan iklim sekolah sebagai suasana sekolah yang baik di mana keadaan persekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran yang lancar. Ibrahim (1993:78) menegaskan bahawa iklim yang positif sangat perlu wujud di sesebuah sekolah. Banyak kajian yang dibuat menunjukkan bahawa terdapat hubungkait yang rapat antara iklim sekolah dengan kejayaan murid. Sekiranya iklim baik, guru dan murid akan lebih bermotivasi dan pada masa yang sama aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan baik. Pemahaman iklim sekolah sebagai keperibadian suatu sekolah merujuk pada beberapa pendapat berikut. Halpin dan Croft (dalam Tubbs dan Garner, 2008:17) menjelaskan iklim sekolah sebagai sesuatu yang intangible tetapi penting untuk sebuah organisasi dan dianalogikan dengan kepribadian seorang individu. Hoy dan Miskel (dalam Pretorius dan Villiers, 2009:33) menjelaskan iklim sekolah merujuk kepada hati dan jiwa dari sebuah sekolah, psikologi dan atribut institusi yang menjadikan sekolah memiliki keperibadian, yang relatif bertahan dan dialami oleh seluruh anggota, yang menjelaskan persepsi kolektif dari tingkahlaku rutin, dan akan mempengaruhi sikap dan tingkahlaku di sekolah Menurut Hoy, Smith dan Sweetland (dalam Milner dan Khoza, 2008:158), iklim sekolah dipahami sebagai manifestasi dari keperibadian sekolah yang dapat dievaluasi dalam di sebuah kontinum dari iklim sekolah terbuka ke iklim sekolah tertutup. Iklim sekolah terbuka didasarkan pada rasa hormat, kepercayaan dan kejujuran, serta memberikan peluang kepada guru, kakitangan sekolah dan peserta didik untuk terlibat secara konstruktif dan kooperatif dengan satu sama lain. Sorenson dan Goldsmith (2008:30) memandang iklim sekolah sebagai keperibadian kolektif dari sekolah. Oleh kerana itu isi dari iklim sekolah adalah bagaimana kita memperlakukan satu sama lain. Cohen et. al. (dalam Pinkus, 2009:14) menjelaskan iklim sekolah sebagai kualiti dan karakter dari kehidupan sekolah, berdasarkan pola tingkahlaku siswa, orang tua dan pengalaman personal sekolah tentang kehidupan sekolah yang

mencerminkan norma-norma, tujuan, nilai, hubungan interpersonal, praktik belajar dan mengajar, serta struktur organisasi. Mengikut Moss(1979), beliau mendefinisikan bahawa Iklim Sekolah sebagai suatu sistem sosial yang membentuk persekitaran pembelajaran. Fenomena ini berlaku adalah kerana pelajar dari pelbagai latar dan pengalaman yang berbeza berada di dalam satu kumpulan di mana tingkah lakunya banyak bergantung kepada bentuk protokol yang diwujudkan oleh pentadbir dan guru-guru. Iklim sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar, terutamanya melalui pengenalan konsep kendiri, keberkesanan keupayaan bekerja dan kemampuan membina hubungan yang baik dengan orang lain. Pengaruh sekolah memainkan peranan utama selepas keluarga dalam pembentukan personaliti pelajar. Ada juga sesetengah pelajar menganggap sekolah merupakan pengganti keluarga. Pengaruh guru dan rakan sebaya meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri pelajar. Oleh yang demikian peranan iklim sekolah amat bersangkut paut dengan personaliti dan perkembangan kecemerlangan akademik pelajar serta keberkesanan sesebuah organisasi sekolah itu sendiri. Kesimpulan, Iklim sekolah dapat mempengaruhi ramai orang di sekolah. Misalnya, iklim sekolah yang positif telah dikaitkan dengan emosi dan tingkahlaku siswa yang bermasalah. Iklim sekolah, termasuk kepercayaan, menghormati, saling mengerti kewajiban, dan perhatian untuk kesejahteraan lainnya, memiliki pengaruh yang kuat terhadap pendidik dan peserta didik ,hubungan antara peserta didik, serta prestasi akademik dan kemajuan sekolah secara keseluruhan. Iklim sekolah yang positif merupakan lingkungan yang kaya, untuk pertumbuhan peribadi dan keberhasilan akademik. Kebanyakan kajian yang dijalankan tentang iklim sekolah menunjukkan iklim sekolah dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang bermotivasi dan seterusnya membantu pelajar memperoleh pencapaian yang lebih baik dan guru-guru lebih puas untuk bekerja. Ringkasnya iklim sekolah adalah suasana yang menggambarkan sekolah yang teratur, terkawal, tenang, dan tertib yang memungkinkan atau menyediakan satu suasana yang kondusif kepada proses pengajaran dan pembelajaran berkesan dan positif, bukan suasana sebaliknya seperti riuh-rendah ikut suka, kelam-kabut, hingar-bingar dan seumpamanya.

2.2

Budaya Sekolah

Budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir daripada keperluan masyarakat. Semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorak masa depan mereka. Budaya sekolah ialah budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan tertentu supaya aktiviti pelajar dapat dikawal. Pendidikan nilai amat diutamakan. Pembudayaan di sekolah dilaksanakan menerusi kurikulum formal dan kurikulum tidak formal. Di dalam budaya sekolah ini, terkandungnya corak idea, norma, pemikiran, dan nilai-nilai yang menyumbang kepada pembentukan kelakuan individu. Guru Besar dan Pengetua sebagai ketua di sekolah haruslah mempelopori atau menjadi juara sesuatu budaya yang positif dan kesannya, ini akan menjadi ikutan dan akan dikenang sepanjang zaman.

Terdapat beberapa contoh budaya yang perlu disemai seperti budaya penyayang, budaya hormatmenghormati, budaya berani menyoal dan budaya membaca. setiap budaya yang dinyatakan perlulah diiringi dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan contohnya budaya membaca dimana, projek nilam diadakan pada setiap hari sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan. Di dalam projek nilam ini, setiap pelajar yang telah habis membaca sesebuah buku, haruslah mencatat laporan ringkas buku yang telah dibaca itu tadi. Sementara itu, Luthan (1995) mengetengahkan enam karakteristik penting dari budaya organisasi, iaitu (1) obeserved behavioral regularities; iaitu cara bertindak dari para anggota yang amat diperhati. Ketika anggota organisasi berinteraksi dengan anggota lainnya, mereka mungkin menggunakan bahasa umum, istilah, atau ritual tertentu; (2) norms; yakni berbagai perilaku yang ada, termasuk di dalamnya tentang pedoman sejauh mana suatu pekerjaan harus dilakukan; (3) dominant values; iaitu adanya nilai-nilai inti yang dianut bersama oleh seluruh anggota organisasi, misalnya tentang kualiti produk yang tinggi, absensi yang rendah atau efisiensi yang tinggi; (4) philosophy; iaitu adanya kebijakan-kebijakan yang berkenaan dengan keyakinan organisasi dalam memperlakukan pelanggan dan karyawan (5) rules; iaitu adanya pedoman yang ketat, dikaitkan dengan kemajuan organisasi (6) organization climate; merupakan perasaan keseluruhan (an overall feeling) yang tergambarkan dan disampaikan melalui keadaan ruang, cara berinteraksi para anggota organisasi, dan cara anggota organisasi memperlakukan dirinya dan pelanggan atau orang lain Pemahaman tentang budaya sesungguhnya tidak lepas dari konsep dasar tentang budaya itu sendiri, yang merupakan salah satu terminologi yang banyak digunakan dalam bidang antropologi. Dewasa ini, dalam pandangan antropologi sendiri, konsep budaya ternyata telah mengalami pergeseran makna. Sebagaimana dinyatakan oleh Peursen (1984) bahawa dulu orang berpendapat budaya meliputi segala manifestasi dari kehidupan manusia yang berbudi luhur dan yang bersifat rohani, seperti : agama, kesenian, filsafat, ilmu pengetahuan, tata negara dan sebagainya. Tetapi pendapat tersebut sudah sejak lama disingkirkan. Dewasa ini budaya diertikan sebagai manifestasi kehidupan setiap orang dan setiap kelompok orang-orang. Kini budaya dipandang sebagai sesuatu yang lebih dinamis, bukan sesuatu yang kaku dan statik. Budaya tidak tidak diertikan sebagai sebuah kata benda, kini lebih bermaksud sebagai sebuah kata kerja yang dihubungkan dengan kegiatan manusia. Dari sini timbul pertanyaan, apa sesungguhnya budaya itu? Marvin seperti disampaikan oleh Alan dan Philip (1996), secara ringkas memberikan pengertian budaya sebagai cara kita melakukan hal-hal di sini. Budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir daripada keperluan masyarakat. Semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorak masa depan mereka. Budaya sekolah ialah budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan tertentu supaya aktiviti pelajar dapat dikawal. Pendidikan nilai amat diutamakan. Pembudayaan di sekolah dilaksanakan menerusi kurikulum formal dan kurikulum tidak formal. Budaya formal sekolah adalah apa yang telah dirancang seperti aktiviti kurikulum dan kegiatan kokurikulum. Pelajar yang pandai dan aktif akan mendapat sanjungan pihak guru dan sekolah. Manakala

pelajar yang lemah dan kurang cerdik akan tersisih. Budaya ini menyebabkan pelajar ini akan melakukan gelaja negatif bagi menarik perhatian pihak tertentu atau pun untuk melepas naluri yang terhimpit. Mereka bebas memilih budaya-budaya yang dianjurkan oleh rakan sebaya, media massa atau keluarga.Sekiranya mereka memilih budaya negatif, maka akan wujudlah masalah sosial (Leonard 1937). Terry dan Kent (1993) mentakrifkan budaya sekolah sebagai "realiti dalaman". Robbins dan Alvy (1995) pula meluaskan definisinya sebagai "This inner reality reflects what organizational members care about, what they are willing to spend time doing, what and how they celebrate, and what they talk about." Manakala Gary (1993) menyatakan budaya sekolah sebagai, "beliefs,attitudes, and behaviours that characterizes a school in terms of: how people treat and feel about each other; the extent to which people feel included and appreciated; and rituals and traditions refelecting collaboration and collegiality." Raucek and Warren, 1979 (dalam Ting dan Sidek, 2007) melihat kebudayaan adalah satu cara hidup yang dikembangkan oleh sesuatu masyarakat untuk memenuhi keperluan asasinya untuk hidup, meneruskan zuriatnya dan mengatur pengalaman sosialnya. Perkara-perkara tersebut adalah seperti pengumpulan bahan-bahan kebendaan, pada organisasi sosial, cara tingkah laku yang dipelajari, ilmu penegetahuan, kepercayaan dan aktiviti lain yang berkembang dalam pergaulan manusia. Sebagai kesimpulan bagi huraian ini, budaya adalah sesuatu perkara yang diwarisi yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang seterusnya. Budaya ini diperturunkan semasa di rumah atau di sekolah. Budaya adalah berkait rapat dengan kemajuan. Budaya amat penting kerana ia dapat melindungi dari malapetaka dan ancaman. Justeru itu, pihak sekolah dan ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan budaya positif dalam diri pelajar. Dengan mengamalkan budaya yang positif, ia dapat meningkatkan pencapaian soal akademik, sosial dan hubungan personal yang dicapai oleh sekolah dan seterusnya dapat memberi kesan kepada negara. ________________________________________________________________________ 2.3 Kepentingan Budaya dan Iklim Sekolah.

Terdapat banyak kepentingan dari segi budaya dan iklim sekolah yang boleh kita dapati. Budaya dan iklim sekolah yang positif boleh memainkan peranan yang penting dalam kesihatan, perkembangan emosi serta kemajuan akademik serta kokurikulum pelajar-pelajar. Peranan budaya dan iklim yang positif jika diamalkan secara tidak langsung, ia dapat memberikan sumbangan yang besar terhadap perhubungan interpersonal, di dalam kawasan sekolah tersebut. Pertama adalah apabila sesebuah sekolah itu mengamalkan budaya dan iklim yang positif dan berada dalam keadaan yang baik secara tidak langsung potensi dan imej sekolah tersebut akan meningkat. Apabila kurangnya kes disiplin, ataupun tiada langsung sekolah terlibat akan dikategorikan sebagai sekolah baik atau cemerlang. Sekolah sebegini akan menjadi tumpuan para ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut. Contohya seperti Sek. Keb. Zainab 2, dengan

mengamalkan budaya dan iklim yang positif prestasi akademik mereka meningkat dan sekarang sekolah tersebut dianugerahkan sebagai sekolah berprestasi tinggi. Selain itu, guru-guru dan pelajar akan mempunyai hubungan interpersonal yang baik. Guru-guru akan mempunyai sikap sayang dan mengambil berat semasa di sekolah di mana mereka bertugas dan mereka akan sentiasa mengamalkan budaya mesra antara guru dan murid. Mereka pasti akan berasa bangga kerana berada di sekolah tersebut yang sentiasa mengamalkan budaya dan iklim yang positif. Contohnya, guru dan pelajar akan bertambah mesra kerana mereka sentiasa mengamalkan budaya memberi salam dan bertanya khabar. Dalam keadaan ini, para guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan profesionalisme mereka untuk lebih berjaya. Manakala di kalangan pelajar pula, semangat sayang dan bangga akan sekolah mereka akan sentiasa segar dalam ingatan dan jiwa mereka. Ini menunjukkan betapa pentingnya budaya dan iklim positif di sekolah untuk membentuk pelajar yang berjaya. Pengajaran dan pembelajaran di sekolah akan meningkat kerana budaya dan iklim yang kondusif dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran pembelajaran. Pengurusan di sekolah akan dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Walaupun sukatan pelajaran telah dikeluarkan oleh pihak kementerian pendidikan, tetapi guru tidak terikat dengan satu kaedah pengajaran sahaja. Mereka bebas untuk menggunakan kaedah-kaedah pengajaran yang difikirkan sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran mereka mengikut kreativiti sendiri. Pembelajaran yang kreatif penting untuk menarik minat pelajar. Seterusnya, dengan mengamalkan budaya dan iklim yang positif ia akan dapat menarik kepercayaan orang atasan ataupun orang luar. Dengan penampilan sekolah yang baik, serta mempunyai budaya dan iklim yang baik mereka akan sentiasa mendapat kepercayaan daripada pihak atasan untuk menganjurkan sesuatu aktiviti, projek ataupun kem motivasi. Pihak atasan akan percaya dengan kemampuan sekolah-sekolah seperti ini. Apabila sesuatu program itu berjaya dilaksanakan dengan lancar dan berkesan, pihak penganjur tidak akan teragak-agak untuk menganjurkan sekolah tersebut pada masa akan datang. Kerana dengan penganjuran ini, secara tidak langsung ia akan meningkatkan imej orang atasan tersebut. Dengan mengamalkan budaya dan iklim yang positif dan berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan. Kepentingan dominan dengan mengamalkan budaya dan iklim yang positif adalah sekolah tersebut akan melahirkan keluaran pelajar-pelajar yang berkualiti. Pelajar-pelajar ini berkuakiti kerana semasa di alam persekolahan mereka sentiasa mengamalkan budaya yang positif dan berada dalam kawasan iklim positif. Seperti kata pepatah, merebung buluh biarlah dari rebungnya. Pihak sekolah memainkan peranan untuk membentuk diri pelajar apabila berada di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai