Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum

: Ke-1 : Minggu Pertama

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 3/2/2013 - 7/2/2013 Tajuk Jurnal


1. Masalah /Peristiwa: Masalah yang saya hadapi pada minggu ini adalah dari segi perancangan pengajaran harian. Masalah pertama ialah saya sentiasa keliru mengenai susunan langkah-langkah mengajar dalam RPH. Saya keliru sama ada mahu merancang aktiviti berkumpulan terlebih dahulu ataupun mengajar tatabahasa terlebih dahulu. Sekiranya saya melaksanakan aktiviti berkumpulan terlebih dahulu iaitu dalam langkah 3, ini bermakna tidak ada kesinambungan dengan langkah-langkah pengajaran dalam langkah 4 iaitu aktiviti pengajaran tatabahasa. Selain itu, permasalahan lain ialah murid cepat bosan dan mereka sudah dapat meneka langkah-langkah pengajaran saya yang seterusnya.

: Perancangan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

2. Analisis Setelah dikaji dan diteliti, saya dapati saya masih tidak dapat memahami langkahlangkah perancangan RPH dengan sepenuhnya. Oleh itu, guru pembimbing banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam merancang RPH. Sebaiknya langkah yang melibatkan aktiviti berkumpulan dilakukan dalam langkah terakhir sebelum aktiviti pengajaran tatabahasa dijalankan. Selain itu, saya juga kurang mempelbagaikan aktiviti permainan bahasa dan ini menyebabkan murid cepat bosan serta dapat meneka langkah-langkah pengajaran saya yang seterusnya.

3. Cadangan Tindakan Susulan a) Saya akan cuba memperbaiki rancangan pengajaran harian saya supaya menjadi lebih menarik agar dapat menarik minat murid untuk melibatkan diri secara aktif sebagai contoh permainan bahasa atau aktiviti berkumpulan. b) Saya akan berbincang dengan guru pembimbing dan rakan-rakan serta meminta pandangan mereka mengenai langkah-langkah yang boleh saya ambil bagi menjadikan suasana P&P lebih menarik dan seronok.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Dalam tempoh cuti hujung minggu, saya akan cuba buat perancangan rancangan pengajaran harian lebih awal untuk hari pada minggu seterusnya. Persediaan awal diperlukan bagi mengatasi masalah ini.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :.......................................... Nama Tarikh :.......................................... :...........................................

Tandatangan :............................................ Nama Tarikh :........................................... :............................................

Anda mungkin juga menyukai