Anda di halaman 1dari 27

ISI KANDUNGAN Perkara Isi Kandungan Penghargaan Pengenalan 1.0 Pengajaran Dan Pembelajaran 1.1 Konsep Pengajaran 1.

2 Konsep Pembelajaran 1.3 Aspek-aspek Dalam Bilik Darjah 1.4 Interaksi Dan Komiunkasi dalam Bilik Darjah 2.0 Model-Model Pengajaran 2.1 Pengenalan 2.2 Jenis-Jenis Model Pengajaran 3.0 Pendekatan, Strategi, Kaedah Dan Teknik Pengajaran 3.1 Pendekatan Pengajaran 3.2 Strategi Pengajaran 3.3 Kaedah Dan Teknik Pengajaran 3.4 Contoh Rancangan Pengajaran Harian 4.0 Pendidikan Pemulihan Dan Pengayaan 4.1 Pemulihan 4.2 Pengayaan Penutup Bibliografi 26 27 24 17 14 4 M/S 1 2 3

PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw,ahli keluarga baginda dan para sahabat yang dirahmati Allah. Saya bersyukur kehadrat Allah sekali lagi pada sesi interaksi bulan disember, saya mendapat peluang yang baik untuk terus menambah ilmu pengetahuan dalam Ilmu Pendidikan. Tugasan yang diberikan begitu menarik dan memberi kesan yang baik dalam memahami profesion perguruan sebagai guru pelatih. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah-pensyarah pembimbing yang begitu komited dan berdedikasi dalam menyampaikan pengetahuan, memberi peneguhan, menilai dan memberi tunjuk ajar semasa dalam interaksi. Saya doakan semoga para pensyarah mendapat kerahmatan dan ganjaran yang baik disisi Allah S.W.T. InsyaAllah ilmu yang saya perolehi ketika menyelesaikan tugasan ini akan saya akan aplikasikan sebagai guru pendidikan Islam. Apa yang baik datangnya daripada Allah dan segala yang buruk pasti daripada kelemahan diri saya sendiri.

PENDAHULUAN Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran pengetahuan dan bidang ilmu pedagogi amat penting bagi memastikan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan apatah lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Selepas kita telah jelas mengenai ilmu pedagogi dan perbahasannya maka kita akan meneliti sejauh manakah ilmu pedagogi memberi kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran Oleh itu, ilmu pedagogi adalah amat penting untuk menjadi seorang guru yang dapat menyampaikan ilmu kepada pelajar dengan pelbagai cara dan teknik yang menarik. Ini kerana, melalui pengetahuan pedagogi guru dapat mengetahui pelbagai cara yang mampu menarik minat pelajar untuk belajar. Guru seharusnya perlu mempunyai cara tersendiri dalam mendekati para pelajarnya agar mereka tidak bosan dengan kaedah pembelajaran satu hala iaitu hanya guru yang menyampaikan maklumat dan pelajar hanya mendengar. Ini akan menjadikan pelajar bosan dan mudah mengantuk ketika didalam kelas. Justeru itu, guru memainkan peranan yang penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik di sekolah.

1.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1.1 PENGAJARAN Konsep Pengajaran Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Secara ringkas, pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu, menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar ke arah pencapaian potensi optimum. Pengajaran boleh dihuraikan sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Faktor terpenting dalam pengajaran ialah guru perlu menilai keperluankeperluan pembelajaran yang spesifik dan mengaplikasi strategi-strategi serta aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk pelajar. Pengajaran sebagai organisasi yang dirancang dan diolah oleh guru untuk meyampaikan pemahaman tentang maklumat atau pengetahuan tertentu kepada pelajarnya dalam suasana yang dipanggil bilik darjah (Arbak 1985). Manakala bagi Ee Ah Meng (1989) menyatakan bahawa pengajaran sebagai satu sains iaitu sistem aktiviti-aktiviti yang ditujukan kepada murid-murid dengan bertujuan membawa perubahan tingkah laku dikalangan mereka. Sharifah Alwiah (1983) menganggap pengajaran sebagai aktiviti atau proses kerana apabila mengajar, aktiviti seperti menyoal, menerangkan, mendengar, menggalakkan sesuatu, dan berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku. Sharifah Alwiah juga menganggap pengajaran sebagai suatu proses komunikasi walaupun tidak semua aktiviti pengajaran merupakan komunikasi antara guru dengan pelajar. Yaxley (1991) berpendapat, pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Yaxley juga melihat pengajaran sebagai aktiviti intelek yang melibatkan pemikiran, perasaan dan penilaian.

1.2 PEMBELAJARAN Konsep Pembelajaran Terdapat perbezaan pendapat mengenai pengertian pembelajaran di antara ahli-ahli psikologi pendidikan mengikut mazhab atau fahaman psikologi masing-masing Berikut adalah definisi- definisi pembelajaran mengikut beberapa orang ahli psikologi pendidikan Tokoh Ahli Psikologi Definisi Pembelajaran Pembelajaran adalah perubahan atau kemampuan seseorang yang dapat dikekalkan tetapi tidak disebabkan oleh pertumbuhan. Perubahan yang dipanggil pembelajaran Robert M Gagne diperlihatkan melalui perubahan tingkah laku; dengan membandingkan tingkah laku seseorang individu sebelum didedahkan kepada situasi pembelajaran dengan tingkah lakunya selepas didedahkan dengan situasi pembelajaran. Pembelajaran ditakrifkan sebagai sebarang perubahan tingkah Morgan dan King laku yang agak kekal akibat pengalaman yang diperolehi oleh seseorang atau akibat latihan yang dijalaninya. Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang kekal hasil E.R Hilgard, R.C. Atkinson dan R.L. Atkinson dari pengalaman. Perubahan ini mungkin tidak jelas sehingga timbul suatu situasi yang menonjolkan tingkah laku baru ini; pembelajaran biasanya tidak diperlihatkan dengan serta-merta melalui pencapaian. Henry Clay Lindgren dan Donn Byrne Perkataan pembelajaran melambangkan konsep atau idea bagi menerangkan perubahan tingkah laku yang diperlihatkan oleh seseorang. Pembelajaran merujuk kepada beberapa perubahan sistematik Morris L. Bigge dalam tingkah laku atau penyusunan tingkah laku yang berlaku hasil dari pengalaman dalam situasi yang tertentu.

Proses pembelajaran melibatkan aspek mental, fizikal, emosi dan sosial. Secara umumnya pembelajaran boleh dikelaskan kepada 3 jenis iaitu: 1. Pembelajaran Formal 2. Pembelajaran Informal (Tak Formal) 3. Pembelajaran Non-Formal (Bukan Formal)

Prinsip Pembelajaran Situasi pembelajaran meliputi semua aspek persekitaran seseorang pelajar dan semua faktor yang mempengaruhinya. Berdasarkan pemerhatian daripada kajian terhadap proses pembelajaran, beberapa kesimpulan umum boleh dibuat. Ini dirujuk sebagai prinsip pembelajaran yang memberi garis panduan tentang cara pembelajaran berlaku dan faktorfaktor yang mempengaruhinya. 1. Pertalian: Pembelajaran mudah berlaku bagi perkara-perkara yang mempunyai pertalian antara satu sama lain. Misalnya, perkara-perkara yang seiras, berpadanan dan yang berlaku dalam jarak masa yang singkat. 2. Pengulangan: pembelajaran. 3. Kepuasan: Tindakan belajar yang menghasilkan ganjaran dan kepuasan akan mendorong pembelajaran dan perkara yang dipelajari juga akan kekal dalam ingatan. 4. Pengalaman: Pembelajaran dan kefahaman akan lebih mudah berlaku apabila pelajar pernah mengalami sendiri sesuatu aktiviti. 5. Pelaziman: Kebiasaan membuat sesuatu berulang kali dapat menghasilkan pembelajaran secara pelaziman. 6. Kesediaan: Pembelajaran hanya boleh berlaku jika seseorang itu mempunyai kesediaan untuk belajar. Paksaan tidak dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan. 7. Penyertaan: Pelajar yang melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran akan menghasilkan pemahaman yang berkesan dan apa yang dipelajari dapat diingati dengan lebih lama. 8. Peniruan: Pembelajaran boleh berlaku dengan meniru perbuatan orang lain 9. Minat: Pembelajaran lebih mudah berlaku jika seseorang itu berminat atau sanggup mempelajari sesuatu. 10. Motivasi: Seseorang yang digerakkan (bermotivasi) untuk belajar akan menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan. Motivasi boleh wujud dalam bentuk ekstrinsik (ganjaran luar) atau intrinsik (keinginan dalaman). 11. Peneguhan: Peneguhan yang sesuai dapat menambahkan pembelajaran dan menjamin pengekalannya. Peneguhan positif seperti pujian lebih berkesan untuk menggalakkan pembelajaran. Sebaliknya peneguhan negatif seperti denda boleh digunakan untuk menghapuskan tingkah laku yang tidak diingini. 12. Pemeringkatan pembelajaran: Isi pembelajaran hendaklah disusun secara sistematik daripada yang mudah kepada yang lebih kompleks, daripada konkrit (maujud) 6 Perkara yang kerap diulang-ulang dapat membantu proses

kepada yang abstrak (mujarad), daripada umum kepada khusus dan daripada fakta kepada penaakulan. 13. Kaedah pembelajaran: Kaedah pengajaran guru yang baik dan kaedah pembelajaran pelajar yang sesuai dapat menambahkan keberkesanan pembelajaran. 14. Maklum balas: Guru dan pelajar perlu mendapatkan maklum balas berkaitan dengan proses dan kemajuan dalam pengajaran dan pembelajaran masing-masing. Ini membolehkan guru menyesuaikan keadah pengajarannya, sementara pelajar pula dapat memperbaiki pembelajarannya. 15. Pengalaman seharian: Pelajaran yang disampaikan hendaklah dihubungkaitkan dengan pengalaman seharian pelajar. Pelajaran seperti ini lebih bermakna dan berguna kepada pelajar menguasai sesuatu pembelajaran. Secara kesimpulannya pembelajaran merupakan segala perubahan tingkah laku yang agak kekal, akibat dari perubahan dalaman dan pengalaman, tetapi bukan sematamata disebabkan oleh pertumbuhan atau kematangan, ataupun disebabkan oleh kesan sementara seperti dadah dan penyakit. Prinsip pembelajaran ialah suatu garis panduan mengenai bagaimana pembelajaran berlaku dan faktor- faktor yang mempengaruhi pembelajaran. Dengan itu guru boleh merancang dengan lebih sempurna untuk melaksanakan pengajarannya supaya lebih berkesan. 1.3 ASPEK-ASPEK PENGURUSAN BILIK DARJAH Aspek utama dalam pengurusan bilik darjah antaranya: Pertama, iklim dan persekitaran bilik darjah. Ianya berkaitan dengan pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik darjah. Suasana fizikal bilik darjah merupakan rangka yang menentukan keadaan pembelajaran. Suasana fizikal mampu menggalakkan atau

menghalang pembelajaran, dan oleh sebab inilah suasana fizikal bilik darjah harus dapat dikawal atau ditentukan oleh guru. Perancangan dan penyusunan suasana fizikal bilik darjah melibatkan organisasi, merancang dan menggunakan perkara- perkara yang berkaitan dengan tempat duduk murid, bahan bantu mengajar, papan pameran dan berbagai- bagai perabot lain dengan sempurna. Persekitaran bilik darjah yang mendorong pengajaran dan pembelajaran tidak wujud begitu sahaja. Seseorang guru hendaklah merancang serta melaksanakan kegiatan yang boleh mewujudkan ke arah persekitaran dan iklim yang sedemikian. Suasana bilik darjah 7

yang harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. Guru perlu bijak dalam menggunakan pendekatan- pendekatan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah berlandaskan tahap perkembangan murid. Iklim dalam bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid dan guru dalam bilik darjah tersebut. Kedua, aspek komunikasi dalam bilik darjah. Kemahiran yang pelbagai perlu ada dalam diri setiap guru bagi menjamin pengurusan bilik darjah yang efektif. Salah satunya adalah kemahiran berkomunikasi dan ianya teras kepada pembentukan budaya yang positif dalam bilik darjah. Komunikasi merupakan aspek penting dalam pengurusan bilik darjah. Proses sosialisasi di bilik darjah tidak akan berlaku sekiranya tidak wujud komunikasi. Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, samaada lisan atau bertulis. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima maka komunikasi berkesan telah berlaku. Menurut Feeney (1983) mengatakan bahawa komunikasi merupakan satu proses untuk menyampaikan maklumat, mesej atau isyarat kepada pihak lain. Proses komunikasi dibina daripada pengalaman dan persefahaman antara kedua- dua belah pihak. Tindak balas atau reaksi yang lahir daripada proses komunikasi ini adalah berpunca daripada pengalaman dan persefahaman yang wujud antara mereka. Antara ciri yang perlu ada pada seseorang guru untuk memperbaiki kemahiran komunikasi di bilik darjah ialah: 1. Mengamalkan demokrasi dalam komunikasi. Mengamalkan prinsip demokrasi di dalam bilik darjah dapat memperbaiki komunikasi. Wujudnya amalan demokrasi dalam bilik darjah akan melahirkan suasana yang kondusif dan harmoni. Murid tidak akan rasa berasa takut atau tertekan untuk menyuarakan pendapat mereka. Mereka bebas menyuarakan pandangan walaupun pandangan mereka itu kurang disenangi oleh guru dan rakan lain. 2. Menggunakan bahasa yang berkesan. Bahasa merupakan media terpenting dalam proses komunikasi di bilik darjah. Mesej atau maklumat yang disampaikan oleh guru kepada murid perlu menggunakan bahasa yang berkesan iaitu tepat, jelas dan ringkas. Penggunaan bahasa yang panjang dan meleret- leret akan menyukarkan pemahaman dan mungkin akan berlakunya penyalahan tafsiran.

3. Kesediaan untuk mendengar. Komunikasi berlaku antara dua pihak, iaitu pemberi maklumat dan penerima maklumat. Walaupun guru merupakan orang yang terpenting sebagai pemberi maklumat di bilik darjah, guru juga perlu menjadi penerima maklumat. Kesediaan guru untuk mendengar apa yang diujar oleh murid dapat mewujudkan suasana yang baik untuk proses berkomunikasi. Murid akan lebih bersedia untuk memberi pandangan mereka sekiranya mereka mengetahui bahawa guru mereka sedia untuk mendengar. 4. Menghormati perasaan orang lain. Proses komunikasi juga melibatkan domain efaktif, di samping kognitif dan psikomotor. Sebagai guru, seseorang itu perlu menghormati orang lain, termasuklah menghormati perasaan atau emosinya. Murid yang tersinggung perasaannya tidak akan berkomunikasi dengan baik. Atau mungkin ia tidak mahu lagi berkomunikasi dengan guru. Guru perlu sedar akan perasaan atau isi hati muridnya agar dapat mewujudkan iklim yang sesuai untuk berkomunikasi di bilik darjah. 5. Menyesuaikan diri dengan situasi. Guru perlu bijak mengubah peranan mengikut kehendak situasi. Sekiranya berhadapan dengan situasi yang berbeza, guru perlu menukar cara berinteraksi yang bersesuaian dengan individu atau kumpulan berkenaan. Murid di dalam sesebuah kelas adalah terdiri daripada individu- individu atau kelompok- kelompok yang berbeza. Guru yang prihatin dan sensitif dapat menyesuaikan diri mengikut keadaan. Ketiga, aspek pengurusan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengajaran dan pengurusan adalah penting dan saling berkait.Ia melibatkan perancangan guru dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dapat mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan. Peningkatan profesionalisme guru di dalam bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, kebolehan mencorak iklim dalam bilik darjah dan yang berkaitan dengannya. Bagi mencapai kecekapan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran maka perlukan kebijaksanaan dan penelitian dalam perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan refleksi. Merancang kurikulum, sukatan, huraian sukatan, bahan rujukan tambahan samaada dari buku- buku yang terdapat di kedai- kedai buku atau boleh juga

diakses melalui internet. Bagi mendapatkan pengajaran yang berkesan, seseorang guru perlu menyampaikan pengajarannya mengikut prinsip- prinsip yang tertentu. Prinsip- prinsip pengajaran yang baik: 1. Murid- murid hendaklah dilibatkan dengan aktif di dalam proses pengajaran. Didalam proses pengajaran guru hendaklah melibatkan murid- murid untuk menjadikan mereka aktif dari segi mental dan fizikal sepanjang masa dalam tempoh pengajaran dan pembelajaran. Dalam kebanyakkan situasi pembelajaran, murid- murid belajar dengan lebih baik lagi kalau mereka melakukan aktiviti jasmani sambil menumpukan kepada aktivitiaktiviti mental. Umpamanya murid- murid belajar dengan lebih baik lagi tentang sesuatu pelajaran Sains kalau mereka melakukan percubaan- percubaan berbanding hanya mendengar penerangan guru sahaja. Oleh yang demikian murid- murid yang aktif melakukan aktiviti jasmani dan mental lebih baik daripada murid- murid yang hanya pasif didalam kelas. 2. Penggunaan pelbagai kaedah didalam proses pengajaran. Dalam proses penyampaian pelajaran tidak ada kaedah tertentu yang sesuai untuk digunakan pada setiap masa. Oleh kerana itu, guru perlu kreatif memilih kaedah pengajaran supaya murid- murid tidak bosan dan objektif pengajaran akan dapat dicapai oleh guru. Keempat, pengurusan yang berkaitan dengan disiplin murid. Disiplin murid merupakan salah satu aspek penting yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. Mengurus dan mewujudkan disiplin dalam bilik darjah adalah salah satu unsur utama bagi mencapai kejayaan dalam proses pengajaran pembelajaran. Tiada masalah pengajaran yang lebih mencabar guru daripada masalah disiplin. Guru yang baru mula mengajar sering merasa khuatir mengenai masalah- masalah didiplin. Ini kerana kejayaan dan kegagalan disepanjang tahun adalah bergantung kepada kebolehannya mengawal persekitaran bilik darjah. Menurut Lindgren (1976) menghuraikan bahawa disiplin membawa maksud hukuman dan kawalan untuk mematuhi tatatertib. Disiplin juga membawa maksud latihan yang bertujuan untuk membetul dan mengukuh pelakuan seseorang.

10

1.4 INTERAKSI DAN KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH 1.4.1 INTERAKSI Definisi Interaksi bermaksud proses saling bertindak antara individu dengan pihak atau dengan alam sekitarnya. Interaksi melibatkan guru dan murid sangat berkaitan dengan kaedah guru menyampaikan isi kandungannya. Sebagai pendidik jenis interaksi yang biasa diwujudkan semasa di dalam bilik darjah biasanya berkaitan dengan objektif pelajaran, pendekatan dan strategi pengajaran yang digunakan. Menurut model Pengajaran Sim menitikberatkan interaksi di antara guru, murid, objektif pelajaran, isi kandungan/ bahan pelajaran dan alam sekitar. Menurut Moore (1987), dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka, interaksi boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Peringkat pra-aktif ialah ketika guru bersendirian memilih objektif dan merancang strategi pengajaran dan peringkat kedua ialah peringkat interaktif ialah ketika guru menyampaikan isi kandungan secara verbal dalam bilik darjah. Cara Membentuk Interaksi Di Bilik Darjah 1. Gaya kepimpinan guru Untuk membentuk interaksi yang berkesan, gaya pengurusan dan kepimpinan demokratik perlu diamalkan. Ianya boleh mewujudkan interaksi dua hala yang sihat, mesra dan harmonis di antara guru dan murid, dan di antara murid dengan murid. Ini dapat mengurangkan rasa tegang di kalangan murid. Selain itu, akan mendorong murid untuk bersoal jawab, mengeluarkan pendapat mereka, dan melibatkan diri secara aktif di dalam aktiviti kumpulan yang di rancang dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Strategi pengajaran dan pembelajaran Terdapat beberapa pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang kesan secara langsungnya ialah menggalakkan dan memerlukan murid berinteraksi. Di antara kaedah-kaedahnya ialah kaedah kumpulan, seperti pembelajaran koperatif, perbincangan, sumbangsaran dan lain-lain. Strategi yang berpusatkan murid, banyak menggunakan teknik menyoal dan banyak aktiviti kumpulan boleh membuka peluang untuk murid berinteraksi. Proses berinteraksi yang betul perlu diajar oleh guru supaya dapat mewujudkan interaksi yang sihat.

11

3. Reach Out Tidak semua individu sanggup atau berkebolahan untuk berinteraksi dengan orang lain. Oleh kerana itu guru perlu mengamalkan sikap reach out iaitu pergi kepada murid-murid tersebut untuk melatih dan mendorong mereka untuk bekerjasama. Guru perlu menyedari akan kepelbagaian sikap di dalam diri setiap muridnya. Dimana terdapat murid yang pemalu, pendiam dan sentiasa menarik diri. Guru perlu meningkatkan atau sentiasa berinteraksi di dalam atau diluar bilik darjah. 4. Penggunaan alat bantu mengajar Alat bantu mengajar yang digunakan dengan berkesan dapat mempercepatkan kefahaman murid. Ia juga akan mencungkil minat dan naluri ingin tahu murid. Murid lebih cenderung untuk bertanya dan mengambil bahagian secara aktif. Dengan itu, interaksi di antara guru dengan murid akan terdorong. 1.4.2 KOMUNIKASI Definisi Menurut kamus dewan komunikasi ialah mengadakan perhubungan (bercakap, berbincang, bertukar-tukar pendapat dan lain-lain). Menurut highet, komunikasi ialah pemancaran maklumat atau idea daripada pemikiran orang yang pemikiran orang lain. Ianya merupakan satu proses yang melibatkan penghantaran dan penerimaan maklumat di antara dua pihak iaitu penghantar dan penerima. Jenis-Jenis Komunikasi 1. Komunikasi Secara Lisan Ianya melibatkan proses pemindahan maklumat atau idea secara lisan daripada seseorang individu kepada seseorang individu atau sekumpulan pendengar. Di dalam bilik darjah, guru biasanya memainkan peranan sebagai penyampai maklumat dan murid-murid sebagai pendengar atau penerima maklumat. Suara guru hendaklah jelas, kuat dan lantang. Manakala perkataan-perkataan yang digunakan hendaklah ringkas dan mudah difahami oleh murid-murid. 2. Komunikasi secara bukan lisan Komunikasi secara bukan lisan ialah penyampaian mesej melalui gerak isyarat, seperti tangan, gerak kepala, mimik muka, senyuman dan sebagainya. Senyuman guru boleh

12

bertujuan memberi peneguhan terhadap jawapan pelajar yang betul. Angukkan kepala menunjukkan guru setuju terhadap pendangan atau jawapan pelajar yang betul Kepentingan Komunikasi Dalam Bilik Darjah 1. Sebagai saluran penyelesaian konflik di dalam bilik darjah 2. Memberi ruang melahirkan pandangan dan pendapat 3. Dapat mewujudkan pengaliran maklumat yang berkesan 4. Membolehkan guru mendapat maklum balas mengenai perkembangan yang berlaku di dalam bilik darjah 5. Membantu perkembangan kreativiti bilik darjah 6. Dapat membina pelbagai kemahiran dan perkembangan pelajar 7. Dapat membantu meningkatkan kecakapan pengurusan 8. Mencorakkan kemahiran dan kecakapan pengajaran guru 9. Komunikasi yang cekap dan berkesan dapat meningkatkan mutu pengajaran guru. Sebagai kesimpulan perhubungan atau komunikasi boleh berlaku secara berkesan apabila interaksi guru dengan murid atau di antara murid sesama murid terjadi dalam suasana yang ramah mesra, lemah lembut, kasih sayang, hormat menghormati, sabar dan berdisiplin.

13

2.0 MODEL-MODEL PENGAJARAN 2.1 PENGENALAN Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Terdapat beberapa model pengajaran yang telah diperkenalkan oleh pakar-pakar pendidik sebagai panduan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. 2.2 JENIS-JENIS MODEL PENGAJARAN Implikasi Jenis ModelPengajaran Contoh Huraian terhadapPengajaran dan Pembelajaran dalam bilik darjah 1.Model pemprosesan Maklumat Inkuiri Model ini,murid melibatkan diri dalam menguji konsep dan hipotesis. Murid akan mengambil bahagian yang aktif dalam pembelajaran, menganalisis data,menyemak hipotesis dan membuat refleksi terhadap pembentukan ilmu yang timbul. Ekspositori Model ini murid akan akan menerima isi pelajaran dari guru. Murid tidak digalakkan memikirkan atau menyoal tentang apa yang dipelajari.Mereka hanya mempelajari apa yang patut dipelajari sahaja. 2. Model Behavioral Pengajaran Langsung Model ini berarahkan guru dimana guru akan menyampaikan isi pengajaran secara langsung kepada murid-murid serta Kaedah ini agak sesuai untuk mengajar bacaan dan metematik tetapi kurang sesuai bagi matapelajaran yang mirip kepada penerokaan dan penemuan.

14

menstruktur masa pengajaran supaya menyusun langkah pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran Masteri Model ini digunakan untuk menyesuaikan pengajaran dimana faktor perbezaan individu diambil kira. Dalam kaedah ini isi pelajaran disusun daripada mudah kepada kompleks sebelum disampaikan kepada murid-murid agar murid dapat mengikuti pengajaran guru mengikut kadar kecekapan masingmasing 3. Model Sosial Pembelajaran Koperatif Model pembelajar ini berfokuskan kepada perkembangan konsep dan kemahiaran melalui kerja berkumpulan. Kaedah ini akan meningkatkan kemahiran sosial dan perpaduan anatar ahli kumpulan dan pembelajaran ini jugamempunyai impak ke atas pencapaian akademik dan harga diri murid-murid. Main Peranan & Simulasi Main peranan membantu muridmurid memahami tingkahlaku sosial ,peranan mereka dalam interaksi sosial dan cara-cara menyelesaikan masalah dengan Main peranan amat berguna dalam P&P sains sosial di mana murid-murid kita dapat memahami keprihatinan,nilai dan perspektif orang lain. Simulasi membantu murid-murid untuk

15

berkesan. (Watak lakonan) Simulasi menggabungkan maklumat mengenai satu-satu kemahiran melalui demonstrasi,praktis dan latihan khusus. 4. Model Peribadi Synectics Model ini mengajar kemahiran menyelesaikan masalah,aktiviti penulisan dan bidang-bidang yang lain.

melihat perwakilan objek yang sebenar.

Murid-murid akan mengikuti satu siri bengkel sehingga mereka berupaya untuk mengaplikasi prosedurprosedur tertentu secara individu dan kumpulan koperatif.

16

3.0 PENDEKATAN, STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN 3.1 PENDEKATAN PENGAJARAN Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatanpendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu. Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain. Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut. Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan elektif, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak. Pendekatan yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajaran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

17

3.2 STRATEGI PENGAJARAN Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedahkaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar murid-murid yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbezabeza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Dalam bilik darjah yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulan cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagaibagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya. 3.3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Guru perlu memiliki kemahirankemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah. Kemahiran khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik. Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti bercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi.

18

Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil. Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung. Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran murid dan lain-lain lagi. Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalan maka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya. Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedahkaedah yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi. Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajaran kita mesti bertanya teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu. Sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum.

19

3.4 CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran Tajuk Tarikh Masa Kelas Bilangan Pelajar Hasil Pembelajaran : ASAS ULUM SYARIAH (Ibadah) : Rukun Solat : 3.5.2013 : 11.00-12.00 tengahari : Tahun 4S : 34 orang murid : Di akhir pembelajaran, pelajar dapat : 1. Menyenaraikan rukun solat 2. Membahagikan rukun solat kepada 3 bahagian 3. Melakukan amali tunjuk cara solat Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran: 1. set induksi 2. aktiviti : - penerangan penggunaan alat bantu - pengukuhan (lembaran kerja) / penilaian 3. penutup : kesimpulan dan rumusan isi kandungan pelajaran Pengetahuan Sedia Ada KBKK : Murid-murid biasa mengerjakan solat : Menjana idea, menghuraikan, mengkategorikan, memahami dan mengingat Penerapan ilmu Penerapan Nilai Bahan Bantu Mengajar : Beriman kepada Allah : Bersyukur dan bertaqwa : 1) Carta 2) Papan putih 3) Buku teks 4) Edaran lembaran kerja

20

Langkah / Masa

Aktiviti Isi Pelajaran Guru Murid Catatan

Langkah 1: Set Induksi (5 minit)

*Penyoalan

Guru menjawab salam murid Guru meminta murid-murid

Murid memberi salam kepada guru dan membaca doa beramai-ramai. Menjawab pertanyaan guru, mendengar penjelasan guru

KBKK: Menjana idea NILAI: Bersyukur dan taqwa - Berani mencuba

*Tajuk pembelajaran: Rukun Solat

membaca doa. Guru mengajukan beberapa soalan kepada murid Bersoal jawab mengenai Rukun Solat Mengaitkan jawapan murid dengan tajuk yang akan dipelajari melalui soal jawab.

- Berminat - Beri perhatian

Langkah 2: Penstrukturan Idea (10 minit)

RUKUN SOLAT: * Rukun Qalbi *Rukun Qauli *Rukun Fikli

Menayangkan Carta Rukun Solat dan bahagiannya Menerangkan isi pelajaran secara terperinci serta bersoal jawab. Menunjuk cara secara amali dalam rukun solat

Mendengar penerangan guru Mendengar dan menjawab pertanyaan dari guru. .

KBKK: Menjana idea NILAI: -Bersyukur -taqwa -tekun BBM: Carta Manila kad

21

Langkah 3: Aplikasi Idea (10 minit)

AKTIVITI * Amali *Membuat pengukuhan

Meminta murid mendemonstrasikan cara duduk antara dua sujud Menerangkan cara duduk antara sujud yang betul Mengimbas kembali perkara rukun rukun solat

Murid melakukan cara duduk antara dua sujud yang betul sambil diperhatikan oleh murid lain.

KAEDAH: -Tunjuk cara NILAI: -Bersyukur -Bertaqwa -Patuh BBM: Carta Manila kad

Langkah 4: Penilaian (10 minit)

LATIHAN DALAM KELAS * Latihan Bertulis * Pengertian Solat dan Rukun Solat

Mengedarkan soalan latihan kepada pelajar dan meminta murid menjawabnya. Guru memantau murid membuat latihan

Menjawab soalan latihan yang diberi dan menyiapkannya secara individu. Murid membuat latihan

KBKK: Menjana idea Mengaplikasi idea NILAI: -Bersyukur

. -Taqwa -Bekerjasama BBM: Lembaran Kerja

Langkah 5: Penutup (5 minit)

RUMUSAN TAJUK: * Nasyid Solat lima Waktu

Membuat rumusan terakhir berdasarkan tajuk dan aktiviti yang dijalankan.

Memberikan pelbagai respon kepada guru. Mendengar dan memberI tumpuan

KBKK: Menjana idea

22

*Kepentingan dan kewajiban solat

Mengingatkan murid tentang kewajiban solat Meminta murid bangun untuk mengucapkan terima kasih sebelum kelas berakhir

kepada guru . Murid mengucapkan terima kasih kepada Guru beramai-ramai

NILAI: Bersyukur dan taqwa BBM: Papan putih Marker pen

REFLEKSI _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________

23

4.0 PENDIDIKAN PEMULIHAN DAN PENGAYAAN 4.1 Pemulihan Definisi Dalam konteks ini pemulihan dihubungkan dengan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan pembelajaran. Pengajaran pemulihan merupakan langkah khas yang guru lakukan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira. (3M) Sebaik sahaja masalah pembelajaran dikesan dan dikenal pasti, program ini akan dilaksanakan. Murid-murid dalam kategori pemulihan perlu didedahkan dengan aktiviti ini mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran supaya jurang perbezaan antara mereka dengan murid lain dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali. Objektif program pemulihan Antara objektif strategi pemulihan ini adalah untuk membolehkan murid: 1. Menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti yang sesuai dengan mereka 2. Mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu 3. Mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru 4. Mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke taraf yang lebih maju 5. Mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti sosial sama ada di dalam atau di luar bilik darjah 6. Membina, memperoleh, dan mengembangkan sikap percayakan diri sendiri dan berdikari 7. Dapat meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing. 4.2 Pengayaan Definisi Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya kreativiti, dan semangat kepemimpinan. Pengayaan disediakan untuk semua murid sama ada kumpulan cerdas, sederhana, atau lemah. Aktiviti pengayaan berlainan daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas. Aktiviti ini diberikan kepada murid selepas mereka berjaya 24

menguasai kemahiran asas tertentu. Murid menggunakan kemahiran yang telah dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan akan meluaskan pengalaman dan pengetahuan murid sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam bidang tertentu. Objektif Pengayaan Di bawah ini, dicatatkan beberapa objektif pengayaan. 1. Menggunakan kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa untuk

memperluas pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran tertentu 2. Melakukan kegiatan pembelajaran yang menarik dan mencabar kebolehan mereka 3. Melahirkan daya cipta melalui pemikiran dan kegiatan serta kebolehan untuk menilai sesuatu hasil kerja sendiri 4. Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap pelbagai bahan dan sumber pengetahuan 5. Berminat untuk belajar sendiri dan berdikari untuk membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup. Aktiviti Pengayaan Sebagai guru, anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa merancang aktiviti pengayaan. Antaranya adalah seperti yang berikut: 1. Menggunakan daya usaha sendiri 2. Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri 3. Memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental; 4. Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah 5. Melibatkan pembacaan luas 6. Memberikan peluang bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial. Program pengayaan boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti, termasuklah: 1. Pembelajaran akses kendiri 2. Kerja projek 3. Bacaan tambahan 4. Permainan dan rekreasi 5. Pembelajaran berbentukan komputer.

25

PENUTUP Kesimpulannya, pengetahuan pedagogi merupakan aset penting kepada seorang guru. Ianya perlu difahami dan diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Melalui pengetahuan pedagogi, seorang guru akan dapat mempelbagaikan cara pengajarannya agar menarik minat pelajar dan juga dapat menyampaikan isi pelajaran dengan lebih baik. Selain itu, melalui pengetahuan pedagogi juga, seorang guru akan dapat mengatasi masalah pelajar-pelajar yang kurang berminat untuk belajar dengan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik yang boleh digunakan. Sebagai guru, mereka perlu kreatif untuk menghasilkan penyampaikan isi pengajaran yang menarik kepada para pelajar. Untuk itu, pengetahuan pedagogi ini adalah merupakan asas yang penting kepada seorang guru selain daripada pengetahuan yang mendalam tentang kursus yang mereka ikuti.

26

BIBLIOGRAFI Abdul Rahim Abdul Rasyid 1996 Panduan Latihan Mengajar, Selangor DBP. Atan Long 1981 Pedagogi-Kaedah Am Mengajar,Kuala Lumpur Fajar Bakti Sdn Bhd Mok Soon Sang 2010 Pedagogi Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran,Puchong.Multimedia Sdn Bhd Dr Ragbir Kaur Joginder Singh, Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI Pedagogi, Kuala Lumpur.Kumpulan Budiman Sdn Bhd

27

Anda mungkin juga menyukai