Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGERUSI MAJLIS

PELANTIKAN & PENYERAHAN WATIKAH


PENGAWAS & PENGAWAS PSS TAHUN 2013

Bissmillah........................
Assalamualaikum Wrt. Wbt. & Salam Sejahtera
Yang dihormati En Zainalabidin Bin Hj Tajudin
Yang Berusaha Guru Penolong Kanan 1, En.Augustin Lim
Guru Penolong Kanan Hem, En Din Bin Hassan
Guru Penolong Kanan KoKu, En Mazuki Bin Ekeram
Guru-guru Pemimpin Pengawas
Guru-guru wacana kegemilangan
Barisan Pengawas Tonggak Kecemerlangan Aspirasi Kepimpinan
Seterusnya para pelajar warga SK Abang haji Matahir sekalian
Awal Bismillah pembuka bicara,...selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w dan kaum kerabat baginda serta para sahabat dan anbiya...
Sesungguhnya rahmat Allah begitu besar nikmatnya......Justeru,... setinggi-tinggi
kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Ilahi atas limpahan taufik dan perlindungan-Nya....
dapat kita berkumpul pada pagi yang penuh indah ini Tanggal 18 Januari 2013 untuk
menjayakan Majlis Perlantikan & Penyerahan Watikah Pengawas SK Abang Haji
Matahir bagi Tahun 2013..........
Guru2 serta para pelajar sekalian,
Memulakan acara pada pagi ini, bagi memohon restu dan keberkatan,..marilah bersama2
kita menadah tangan mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Al-Fadhil Ust.Mohd
Zakiri...majlis dengan sukacitanya mempersilakan...
_______________________________________________________________________
_
Guru2 dan para pelajar sekalian,
Pengawas adalah NADI sekolah, mereka merupakan pelajar2 yang dipilih kerana akhlak
dan ketrampilan yang baik dan cemerlang. Secara amnya, pengawas sekolah berperanan
sebagai pembantu guru.Organisasi Pengawas tidak akan berjaya merealisai visi & misi
tanpa sokongan dan paduan tenaga ahli-ahlinya yang dedikasi dan berwibawa...
Justeru, Majlis Perlantikan & Penyerahan watikah Pengawas2 ini merupakan agenda
tahunan sekolah bagi mengiktiraf Barisan Kepimpinan Pelajar.
Guru2 dan para pelajar sekalian,

Meneruskan acara pada pagi ini, marilah kita dengarkan ucapan yang akan disampaikan
oleh En.Zainalabidin Bin Hj Tajudin Guru Besar SK Abang haji Matahir....Majlis
dengan hormatnya mempersilakan

Guru2 dan para pelajar sekalian,


Pengawas yang berdaya saing adalah menjadi harapan sekolah sekaligus menjadi role
model yang mampu merealisasikan matlamat ke arah melahirkan disiplin
unggul...generasi syumul.
Majlis perlantikan dan penyerahan watikah kepada ............ orang pengawas sekolah
pada hari ini diharap dapat menyuntik semangat dan menjadi pendorong kepada pelajar2
lain...

Hd,
Majlis kini diteruskan dengan Cerama Motivasi daripada En Dawi Bin Bujang selaku
Guru Bimbingan dan Kauseling SK Abang haji Matahir.
_______________________________________________________________________
Guru2 dan Pelajar sekalian,
Siapakah PENGAWAS? YA,.....ingin saya kemukakan di sini akronim kehebatan istilah
PENGAWAS.
Prihatin terhadap persekitaran
Elok terhadap manusia dan alam sekitar
Nilai murni sentiasa diamalkan
Gigih dalam pelajaran
Awas terhadap najis dadah
Waspada terhadap gejala negatif
Amalkan yang baik tinggalkan yang mungkar
Sedia berkhidmat untuk sekolah

Acara pagi ini diteruskan dengan penyerahan watikah pelantikan kepada Pengawas Bagi
Tahun 2013....
Bagi menyempurnakan Majlis, dipersilakan Tuan Guru Besar untuk menyampaikan
watikah perlantikan....
Mendahului senarai penerima watikah pelantikan Pengawas pada hari ini ialah :

Hd,

Demikianlah berlangsungnya acara penyampaian watikah pelantikan kepada Pengawas &


Pengawas Pusat Sumber Sekolah.. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan
Guru Besar,
Sungguh Di Barat Terbit Suria
Bintang Beribu Jua Dinanti
Sungguh Benar Bagai Dicita
Tekun Bekerja Akhlak Terpuji
Seterusnya Mari kita dengarkan Bacaan Ikrar Oleh barisan Pengawas yang akan diketuai
oleh ...................................
Majlis mengucapkan tahniah kepada para pengawas yang telah dilantik, harapan kami
agar semua pengawas dapat melaksanakan taklifan yang disandang dan amanah yang
dipikul dengan sebaik mungkin......
Majlis melabuhkan tirai di sini , sebelum bicara ini terhenti .saya mewakili majlis
menyusun sepuluh jari memohon maaf andai ada keterlanjuran kata yang menghiris hati,
mencuit jiwa,.meluka rasa,.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada TuanGuru Besar, barisan pentadbir dan seluruh
warga SK Abang haji Matahir atas komitmen dan sokongan menjayakan majlis
pelantikan & penyerahan watikah pengawas bagi tahun 2013..
Sekian, Dengan lafaz yang mulia.............................Wabillahi Taufik Wal Hidayah

Anda mungkin juga menyukai