Anda di halaman 1dari 1

LATIHAN Tahukah kamu bahawa udang boleh diternak?. Sila baca teks di bawah.

PENTERNAKAN UDANG

Udang adalah antara makanan laut yang lazat. Banyak restoran di negara kita yang menyajikan udang sebagai hidangan istimewa. Udang di masak dalam pelbagai jenis menu seperti udang goreng tepung, udang masak merah, tomyam udang dan udang goreng. Oleh sebab udang mempunyai pasaran yang baik, maka banyaklah pengusaha yang menternak udang. Penternakan udang telah dimulakan sejak tahun 1930- an di negeri Sabah dan Pahang. Pada masa itu, penternakan udang dilakukan secara kecilkecilan sahaja. Kini, udang diternak secara moden dan secara besar- besaran di tempat- tempat yang lebih khusus. Pengusaha menternak pelbagai jenis udang seperti udang harimau, udang galah dan udang pasir. Bagaimanapun, udang harimau lebih popular kerana udang ini mendapat permintaan yang luas di pasaran. Untuk menternak udang, terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira seperti jenis tanah, jenis air dan bentuk muka bumi. Udang boleh diternak sama ada di dalam air masin atau di dalam air payau. Air yang bersih diperlukan bagi memastikan udang yang diternak membesar dan membiak dengan baik.

Udang Harimau

Anda mungkin juga menyukai