Anda di halaman 1dari 25

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran Mendengar dan Bertutur:

Konsep

Objektif
Proses dan bentuk

Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan:

Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Hal ini demikian kerana murid-murid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat.

Kemahiran Mendengar dan bertutur

Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran

bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi menguasasi kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan mendengar dan bertutur dengan baik akan membantunya dalam proses membaca dan menulis

Rajah Perilaku - Ucapan Teori Chomsky (Disesuaikan daripada Pengantar Psikolinguistik Moden, 1987: 51)

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Dalam Sukatan Pelajaran Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) menegaskan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan bahasa Melayu bertujuan: (a) mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar rumah. (b) bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam perbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya, serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain.

Kemahiran Mendengar
Mengapa kemahiran mendengar? Mengapa kemahiran

mendengar penting? Apa masalahnya, sekiranya seseorang itu menghadapi masalah pendengaran yang serius? Hakikatnya kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama dan pertama yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum ia boleh mengujarkan perkataan atau bunyi awal tertentu dalam proses belajar berkomunikasi atau bercakap. Tentu sekali sebelum kanak-kanak ini boleh berkomunikasi atau bercakap, ia telah terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai bunyi bahasa dan bukan bahasa.

Kemahiran Mendengar
Sebenarnya, kanak-kanak sentiasa berkomunikasi dengan alam

sekelilingnya, mengusai bahasa memperoleh, mempelajari,mengajuk dan meniru daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada orang-orang yang berada di sekelilingnya. Mereka meniru, mengajuk, mencuba dan mengungkapkan perkataan tertentu secara berulang kali sebelum sesuatu perkataan itu tekal dalam ingatan dan dapat digunakan dalam konteks maknanya yang sebenar. Justeru, alam persekitaran merupakan model penting pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak ini. Ini bermakna, kanak-kanak yang hidup dalam kerangka model alam persekitaran yang baik,cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa: bertutur dan mendengar yang baik mengikut standard tertentu.

Kemahiran Mendengar
Mengapa kemahiran mendengar perlu? Kemahiran mendengar merupakan kemahiran menerima

menaakul dan memproses maklumat dalam komunikasi secara lisan. Di sekolah, murid-murid perlu mendengar untuk menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam perbualan, perbincangan, dialog, mesyuarat dan penjelasan dalam proses pengajaran guru. Manakala dalam kehidupan harian pula, aktiviti mendengar sentiasa wujud dalam interaksi sosial (perbualan, perbincangan dan mesyuarat);untuk mendapat hiburan (radio, televisyen, filem), memperoleh maklumat (pengajaran guru, berita di radio dan televisyen) serta pernyataan perasaan dan apresiasi seni (drama, lakonan, dialog dan kesusasteraan).

Konsep-konsep asas dalam kemahiran Mendengar


Kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang

paling asas dalam kemahiran lisan dan ini berlaku pada peringkat penerimaan. Seseorang kanak-kanak @ murid yang telah menguasai kemahiran mendengar, dia seharusnya dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain kepadanya dan boleh pula memahami @ maksud; boleh mentafsir apa sahaja yang didengarnya itu dengan tepat.

Sehubungan dengannya, untuk memungkinkan seseorang

murid itu fasih berkomunikasi dalam bahasa yang dipelajarinya, kemahiran mendengar ini tidak sahaja perlu diajar, bahkan perlu dikuasai sebaik-baiknya di peringkat awal pengajaran bahasa sebelum kemahiran-kemahiran lain diajar kepada mereka. Dalam usaha merealisasikan hasrat ini, aspek-aspek pendengaran itu boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara, antara lain: (a) gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingat; (b) proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi, dan neurologi; (c) berlaku melalui latihan-latihan khas secara berperingkat-peringkat; dan (d) berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika.

Objektif mengajar kemahiran mendengar


Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu boleh: memperoleh idea; mencari isi-isi penting; melakukan arahan/ tindak balas; mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan; mengenal pasti isi-isi yang tersirat; mentafsir makna-makna yang tersirat, mengenal pasti mood penutur, suasana, dan keadaan/ konteks, dan mengesan pengaruh penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda, iaitu seperti memberi yang baik sahaja, menggunakan nama orang-orang terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan

Proses Mendengar Umumnya, komunikasi lisan melibatkan dua proses, iaitu

penghasilan dan penerimaan mesej. Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara proses yang kedua berlaku melalui pendengaran. Terdapat pernyataan bahawa dalam pengajaran bahasa, aspek pendengaran amat kurang diberi perhatian oleh guru. Proses mendengar biasanya berlaku secara berperingkat. Empat peringkat proses mendengar: (a) mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa; (b) memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut; (c) menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan; dan (d) bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut.

Dalam erti kata lain ketika mendengar, seseorang itu akan

membuat tanggapan terhadap gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengarinya itu. Kemudian pendengar itu akan menghubungkan bunyibunyi bahasa itu dengan makna berasaskan pengetahuan dan pengalamannya. Proses menanggap bunyi dan mentafsir makna sesuatu sebutan berlaku secara serentak berdasarkan pengalaman dan pengetahuan pendengar berkenaan. Akhirnya, bunyi bermakna sebagaimana yang ditanggapi oleh pendengar itu tadi akan digunakan sebagai asas bagi membuat tindakan, huraian atau menyatakan pengalamannya kepada orang yang menghasilkan bunyi bahasa tersebut

Apakah bentuk kemahiran mendengar itu?


Dengan itu, kemahiran mendengar boleh berlaku

dalam pelbagai bentuk, antara lain proses mendengar: secara pasif; secara bertelau-telau; tanpa tindak balas; secara menebuk-nebuk; dengan beremosi; secara berhati-hati dengan pengamatan; dan secara kritikal.

Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks. Semasa bertutur, seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosodi (intonasi, tekanan sebutan dan jeda) dan para linguistik (bagi bahasa isyarat dan pergerakan badan). Walau bagaimanapun, selain menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan proses mental:

memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan

memberi gerak balas tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik akan mengkoordinasi keupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsurunsur prosidi dan melaksanakan proses mental mendengar dan membaca secara berkesan

Konsep Pertuturan Pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi

bahasa yang dilafazkan. Misalkan bunyi-bunyi, /b/, /a/, /t/, /u/ digabungkan menghasilkan bunyi [batu]; Pertuturan berlaku di peringkat produksi, yakni setelah penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarinya. Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan otaknya; Aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak; dan Kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasan aspek bunyi yang lain.

Aspek-aspek pertuturan

Sebutan
Tekanan

Nada
Tatabahasa

Mora
Jeda

Kelancaran
Kefasihan

Intonasi

Laras bahasa

Objektif Kemahiran Bertutur


Menyebut dengan jelas
Menyampai atau melahirkan pendapat

peribadi Melapor peristiwa dan memberikan sesuatu huraian dengan tepat Memberi penerangan dan alasan Menunjuk arah

Membina soalan untuk mencari maklumat Bertemu ramah Bertukar-tukar pendapat dan maklumat Bertutur secara bertatasusila

Bertutur menggunakan bahasa yang tepat

dan sesuai dengan pendengar dan situasi

Proses dan Bentuk Kemahiran Bertutur


Mengaitkan aksi dengan bertutur
Menjawab soalan-soalan rakan dan guru Membina soalan berdasarkan bahan Memberi arahan kepada rakan Menerangkan gambar dan bahan grafik Berbual melalui telefon Bercerita berdasarkan cerita yang diketahui atau

pengalaman sendiri

Membuat laporan lisan berdasarkan tajuk yang telah

disediakan dan menjawab soalan yang diajukan Permainan komunikatif Mengadakan perbahasan Perbincangan forum Memberi taklimat dan ceramah Main peranan Simulasi Teater bercerita dan Drama

latihan:
1. Kenapakah dikatakan bahawa mendengar sebagai asas pembelajaran bahasa lisan?
2. Huraikan maksud kemahiran mendengar dalam situasi formal dan tidak formal berserta contohnya.

Anda mungkin juga menyukai