Anda di halaman 1dari 1

NILAI MURNI 4

: KERJASAMA

Kerjasama bermaksud usaha baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat seperti persaudaraan, tanggungjawab bersama, gotong royang, toleransi dan perpaduan.

Penghayatan semangat kerjasama sangat penting dalam kehidupan sebagai seorang guru. sebagai seorang guru sikap kerjasama merupakan amalan yang perlu ada dalam diri. Kerjasama yang ditunjukkan diantara guru dalam menjayakan pellbagai majlis dan aktiviti di sekolah merupakan nilai murni yang telah dipamerkan kepada pelajar. Seterusnya sikap ini disemaikan kepada pelajar dalam kelas dengan pelbagai aktiviti. Antara contoh yang mudah ialah seperti jadual bertugas yang ada di dalam kelas, melalui aktiviti ini pelajar akan merasai semangat kerjasama dalam menyelesaikan tugasan menjadi lebih mudah jika dapat melakukannya bersama. Selain kerja menjadi lebih mudah, ikatan persahabatan yang lebih erat juga dapat disemai. Kebiasaan ini seterusnya akan membentuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar itu.

Anda mungkin juga menyukai