Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARAAN MAJLIS HARI GURU 2019

ATURCARA MAJLIS TEKS

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Dengan ini majlis menjemput adik Muhammad Hadif bin Azizan, Ketua
Murid SK Polis Kem untuk memberikan ucapan sebagai wakil murid-murid
SK Polis Kem.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


--------------ucapan pelajar-------------------------------

Terima kasih diucapkan kepada adik Muhammad Hadif bin Azizan atas
ucapan itu tadi.

Sudilah tuan jalan berlapan,


Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Seterusnya, majlis mempersilakan wakil ibu bapa


Encik Norhisham bin Manaf, selaku Yang Dipertua PIBG SK Polis Kem
untuk memberikan ucapan, dengan segala hormatnya dipersilakan.

--------------------------- ucapan Encik Norhisham ------------------------

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Norhisham


bin Manaf atas kesudian menyampaikan ucapan beliau. Terima kasih tuan.

Bua sempadan gunanya parit


Guna menghadang orang seludup
Guru teladan kepada murid
Diikut dipandang di dalam hidup

Guru….
Dalam ajarnya ada harapan
Dalam tegurnya ada doa
Dalam marahnya ada sayang
Dalam tawa ada mesranya
Dalam diam ada bijaksana
Dalam tangannya kita terbina

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan ini menjemput


Yang Berusaha Cikgu Mohamad Mohidi bin Sibli, Guru Besar SK Polis Kem
untuk menyampaikan ucapan dan amanat sempena hari guru ini

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


---------- ucapan GB-----------------

Terima kasih kepada Cikgu Mohamad Mohidi bin Sibli atas ucapan itu tadi

Hadirin yang diberkati Allah sekalian

Bak kata orang tua-tua

Kok besar kata bapaknya


Maka besar kata anak buahnya
Kok bulat kata bapaknya
Bulat juga kata anak buahnya
Hidup manusia bersendi adat
Jiwa manusia bersendi iman
Bulat air kerana pembentung
Bulat kata kerana muafakat

Ikrar dibaca tanda sepakat


Taat setia mendidik bangsa

Kini tibalah masanya untuk guru-guru SK Polis Kem memperbaharui ikrar.


Lafaz ikrar, janji setia akan diketuai oleh Cikgu Zulhilmi bin Marzuki selaku
Pengerusi Kelab BKGK, SK Polis Kem.

Kepada guru-guru dan hadirin,


Sejurus selepas bacaan ikrar. Kita akan sama-sama terus berdiri untuk
menyanyikan lagu Guru Malaysia dan acara memotong kek.

-------------lafaz ikrar--------------

-------------Nyanyian lagu--------------

Dipersilakan Cikgu Mohamad Mohidi bin Sibli, Guru Besar SK Polis Kem
serta Yang Berbahagia Encik Norhisham bin Manaf, Yang di Pertua PIBG SK
Polis Kem diiringin barisan guru penolong kanan dan guru-guru SK Polis
Kem untuk acara memotong kek Hari Guru 2019, Guru Obor Hemah
Menyinari Pertiwi.

-------------potong kek---------------

Terima kasih diucapkan.

Dengan berakhirnya acara potong kek tadi, majlis akan berehat sebentar dan
memberi laluan untuk acara seterusnya iaitu Sukaneka Hari Guru.

Sebelum itu, majlis meminta jasa baik guru-guru agar dapat berbaris di
sepanjang laluan pejalan kaki untuk bersalam-salaman dengan semua murid.

Murid-murid boleh memberikan hadiah selepas bersalaman dengan guru-guru.

Anda mungkin juga menyukai