Anda di halaman 1dari 1

Sikap adil yang ditunjukkan oleh guru bukan sahaja meliputi layanan yang diberikan kepada murid, tetapi

juga sewaktu memberikan hukuman sekiranya pelajar melakukan kesalahan. Guru perlu memberikan peluang kepada pelajar untuk memberikan keterangan sebelum memberikan keputusan. Tindakan seperti ini akan memperlihatkan kepada para pelajar contoh yang baik dalam pembentukan sahsiah mereka. Selain itu tindakan guru yang sentiasa menyampaikan pesanan juga memberikan impak yang baik kerana pelajar sentiasa berhati-hati dan berwaspada dalam melakukan sesuatu perkara.

Sikap adil yang diperlihatkan oleh guru dapat dicontohi oleh lapisan masyarakat apabila menyentuh perkara yang berkaitan dengan keagamaan. Sebagai contoh , kepercayaan sesetengah kaum yang memakai peralatan sembahyang semasa berada dalam waktu persekolahan memerlukan kefahaman dan keadilan guru mengenainya. Sikap adil yang ditunjukkan bukan sahaja membantu guru mengatasi masalah displin di sekolah malahan pelajar akan dapat belajar tentang pentingnya penetapan diri secara adil dan saksama ketika berinteraksi dan berkomunikasi. Selain itu juga ianya dapat memperbaiki kualiti diri dan meningkatkan kecekapan menguruskan diri masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai