Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAHUN 6 Tarikh : 4 Ogos 2011 Masa : 10.

00 pagi hingga 11.00 pagi (60 minit) Kelas : 6 Cerdik Bilangan murid : 20 orang Umur : 12 tahun Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tema : Keselamatan Tajuk : Keselamatan di Jalan Raya Fokus utama: 4.2 Kemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain. Aras 2 (i) Memberikan komen berkaitan sesuatu isu berdasarkan keperluan masa depan. Fokus sampingan: 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar, serta memahami perkara yang dibaca. Aras 2 (i) Membaca lancar teks bahan sastera dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang betul. Aras 3 (i) Mengemukakan pandangan yang membina tentang sesuatu perkara yang dilihat, dibaca atau didengar. Objektif pelajaran : Pada akhir pelajaran ini, murid akan dapat : (i) (ii) (iii) mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain. mengemukakan pandangan yang membina tentang perkara yang dilihat, dibaca atau didengar. membaca lancar teks pantun dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang betul.

Pengurusan kurikulum: 1. Ilmu : Pendidikan Keselamatan Jalan Raya dan Pendidikan Sivik. 2. Nilai : Menjaga keselamatan di jalan raya dan keprihatinan ketika di jalan raya.

Kemahiran Bernilai Tambah: 1. Kemahiran Berfikir (KB) 2. 3. 4. 5. : Kemahiran berfikir kreatif dan kritis, reka cipta, meramal, dan membuat gambaran mental. Belajar Cara Belajar (BCB) : Kemahiran mendengar dan membaca. Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KCP) : Kecerdasan linguistik dan kecerdasan visual Kemahiran Kajian Masa Depan : Meramal Kemahiran Pembelajaran Kontekstual : Menghubung kait.

Bahan Bantu Mengajar: Video, paparan slide pantun, gambar kenderaan, kertas lukisan, pensel warna Pengalaman sedia ada murid: Menonton kemalangan jalan raya di televisyen. Langkah/Masa Set induksi (5 minit) Isi pelajaran Nyanyian lagu Keselamatan Di Jalan Raya Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Guru menayangkan video lagu Keselamatan Di Jalan Raya. Guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang kandungan lagu. Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki menghantar seorang wakil untuk membuat simulasi situasi di jalan raya. Murid melakukan simulasi berdasarkan tugasan yang diberikan. Murid memerhati dan menghayati simulasi yang dilakukan oleh rakan mereka di hadapan kelas. Guru meminta setiap kumpulan untuk berbincang dan memberikan komen mengenai simulasi tersebut. Murid membentangkan pandangan yang telah dibincangkan serta Catatan BBM: Video lagu

Langkah 1 (20 minit)

Simulasi situasi di jalan raya

BBM: Gambar kenderaan. BCB: Kemahiran mendengar. KB: Kritis Kontekstual Menghubungkait. Ilmu: Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Pendidikan Sivik.

Nilai: Menjaga keselamatan di jalan raya. Keprihatinan ketika di jalan raya.

Langkah 2 (15 minit)

Kenderaan masa depan Cerita masa hadapan: Kamu bayangkan sekarang berada di...

membuat simulasi. Murid masih dalam kumpulan yang sama. Guru menceritakan keadaan dan situasi pada masa hadapan. Guru meminta murid melukis kenderaan masa depan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan. Setiap wakil kumpulan membentangkan lukisan yang telah dihasilkan kepada rakan-rakan kelas.

BBM KB

Kertas lukisan Pensel warna Kreatif dan kritis. Reka cipta Meramal Membuat gambaran mental

KKP: Kecerdasan Visual Kemahiran Kajian Masa Depan Meramal Nilai: Menjaga keselamatan di jalan raya.

Langkah 3 (15 minit)

Teks pantun tentang keselamatan jalan raya.

Guru memaparkan tiga rangkap pantun tentang keselamatan jalan raya. Guru membacakan pantun dengan nada dan intonasi yang betul dan meminta murid mengikut cara guru berpantun. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan. Murid membaca pantun mengikut kumpulan dengan suara yang kuat dan nada intonasi yang betul. Guru meminta setiap kumpulan membina serangkap pantun tentang keselamatan jalan raya dengan format yang betul dan tuliskan di papan putih.

BBM: Slide pantun. BCB: Kemahiran membaca. KCP:

Kecerdasan linguistik.

Murid membaca pantun yang telah dibina bersama-sama. Penutup (5 minit) Rumusan tajuk. Tayangan video keselamatan jalan raya. Murid menonton tayangan video berkenaan keselamatan jalan raya. Guru merumuskan tajuk secara keseluruhan. BBM: Klip video Nilai: Menjaga keselamatan di jalan raya. Keprihatinan di jalan raya.

Ulasan pensyarah pembimbing: __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai