Anda di halaman 1dari 16

PENGENALAN ACARA LARI PECUT Lari pecut bererti berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi bahagianbahagian anggota

badan, iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat ( 100m, 200m, dan 400m ) yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untuk membuat larian sepantas mungkin.. Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani, guru hendaklah menerangkan tentang cara pergerakan yang betul kepada pelajar mereka. Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut . a) Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki. b) Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut. c) Tangan digerakkkan dengan pantas. d) Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak ditegangkan ). Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk menempa kejayaan. Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan dengan acara-acara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin, permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin juga insentif yang ditawarkan. Berlari merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Amat sukar bagi seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang membolehkan dia bertindak sedemikian. Untuk berlari dengan pantas seseorang perlu kemahiran yang tinggi, fikiran dan kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah kebolehan semulajadi. Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan seseorang menjadi pelari yang baik menerusi potensi yang sedia ada dalam diri seseorang. Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari. Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai kordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari. Bagi faktor jarak langkah pula ianya bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang.

SEJARAH LARI PECUT Lari pecut merupakan salah satu acara olahraga yang terawal dalam pertandingan olahraga. Pada abad ke-19 laru pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2) diadakan. Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan pada masa dahulu diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturanperaturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Pelbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk menjadikan cara

permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak. Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah pencil start, di mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo. Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200 meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9.

Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978.

FASA-FASA DAN TEKNIK-TEKNIK LARI PECUT Mengikut pakar fasa lari pecut boleh dibahagikan kepada yang berikut: 1) Fasa permulaan 2) Fasa larian a) Fasa pecutan b) Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan c) Fasa larian di selekoh 3) Fasa penamat

FASA PERMULAAN Bukan semua atlit adalah sama dari segi teknik permulaan. Walaupun terdapat banyak variasi, pada amnya terdapat tiga cara iaitu: 1. Gaya Peluru (Bullet/Bunch/ Kangaroo Start) 2. Gaya sederhana (Medium Start) 3. Gaya Panjang (Elongated Start)

a) Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan 1. Gaya peluru a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1 tapak. b) Hujung tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan. 2. Gaya sederhana a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau setengah tapak kaki. b) Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan. c) Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk. 3. Gaya panjang a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau l tapak. b) Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan. c) Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

b) Memulakan Larian Dengan Blok Blok permulaan membantu pelari untuk memulakan larian dengan cepat. Terdapat banyak variasi yang dicadangkan oleh ramai jurulatih tetapi kita akan melihat gaya, yang dicadangkan oleh Mach seorang atlit dan jurulatih yang berwibawa (dalam Payne, 1985). Gaya larian juga melibatkan tiga gaya: 1) Gaya peluru Dalam gaya ini blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan. Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan. 2) Gaya sederhana Gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan. 3) Gaya panjang Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

c) Penempatan Blok Di Selekoh Acara larian 200 m dan 400 m melibatkan bahagian selekoh dan dengan itu penempatan blok permulaan adalah berbeza berbanding dengan acara 100m. Blok diletakkan berhampiran dengan garis luar lorong dan bahagian hadapan ditujukan ke garis dalam Iorong supaya bahagian dalam blok adalah tangen kepada garis dalam.

FASA LARIAN a) Fasa Pecutan Selepas arahan pelepas ke garisan' diberi, pelari mengambil tempatnya di blok permulaan. Kedudukan Tangan: Tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antara satu sama lain, diletak di beIakang garis mula. Kedudukan Kepala Dan Leher: KepaIa dari Ieher didongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan,pinggul diangkat tinggi dan badan condong ke hadapan. Pergerakan Tangan Dan Kaki: Selepas 'bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan (bukan ke atas) dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki. Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan.Tangan lain digerakkan: ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah.

Lutut: Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke

condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.

b) Teknik Kelajuan Maksimum Dan Pengekalan Kelajuan Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter. Dalam lari pecut, pecutan berlaku awal dalam larian. Sebenarnya 95% daripada kelajuan maksimum dicapai

pada kira-kira 18 meter. Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya akan ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya. Tambahan pula seseorang atlet tidak mungkin boleh berlari pada kelajuan maksimum lebih dari jarak 14 - 18 meter, maka apa yang diperlukan oleh atlit ialah untuk mengekalkan kelajuan yang lebih rendah dari kelajuan

maksimum. c) Teknik Larian Di Selekoh Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa 'centrifugal'. Untuk memastikan larian selekoh adalah berkesan ataupun untuk rnengimbangkan kuasa 'centrifugal', seorang pelari seharusnya merendahkan badan ke arah dalam. Tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke dalam

FASA PENAMAT Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah atlet berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya; sebagai contoh 110 m untuk 100 m dan 210 m untuk 200 m. Jadi dengan itu adalah mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat. Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan, mengangkat bahu ke atas dan menarik tangan ke belakang.

PERATURAN a) Peraturan 121 Penjaga Masa Bilangan penjaga masa yang mencukupi perlu disediakan untuk acara trek. Tiga orang penjaga masa rasmi adalah diwajibkan dengan satu atau dua penjaga masa tambahan bagi mengambil masa pemenang. Salah seorang merupakan Ketua Penjaga masa. Penjaga masa mesti ditempatkan segaris dengari garis penainat. Jika boleh mereka ditempatkan sekurang-kurangnya 5 meter dari garis tepi trek dan berada di atas bangku bertingkat (tangga kambing). Setiap penjaga masa bertindak sendirian dan Ketua Penjaga Masa menentukan masa untuk setiap peserta. b) Peraturan 160 Untuk pengambilan masa dengan tangan, masa perlu dibaca kepada 1/10 saat lebih panjang. Contoh: 10.15 s dibaca sebagai 10.25 s. Masa mula dikira bila asap tembakan dilihat. Dalam kes tiga jam randik digunakan, pertimbangan berikut boleh diambil: a) Jika dua daripada tiga masa adalah sama, maka masa yang sama itu adalah masa rasmi. Contoh: 10.9,10.1,10.1; masa rasmi 10.1s. b) Jika ketiga-tiga masa adalah tidak sama, maka masa yang tengah adalah masa rasmi. Namun begitu,jika salah satu terlalu beza dengan dua masa yang lain, maka masa itu tidak boleh dikira. Contoh: Jam 1 Jam 2 Jam 3 11.6 11.5 11.2 ( 11.2 tidak dikira masa rasmi = 11.6) Dalam kes ini keputusan 3 (c) adalah berkaitan. c) Jika dua jam digunakan dan masa adalah tidak sama, maka masa yang lebih panjang diterima sebagai masa rasmi.

PERATURAN BAGI PELARI PECUT a) Pelari yang didapati bersalah kerana menghalang laluan larian perserta lain, akan dibatalkan penyertaan. Dalam kes ini, acara larian akan dilakukan semula atas budi bicara pengadil. Sepatutnya peserta hendaklah berlari mengikut lorong masing-masing. b) Pelari tidak dibenarkan untuk berlari di kawasan lengkungan dalam trek.

c) Pemantau teknikal akan memantau perlumbaan pada peringkat saringan, suku


akhir dan separuh akhir. d) Panjang dan lebar trek larian perlu mengikut piawaian IAAF: International Association of Athletic Federation. e) Peserta hendaklah mula berlari setelah bunyi tembakan. Pelari yang false start akan diberi amaran sekali. Jika pelari itu melakukan kesalahan kedua, penyertaanyan akan dibatalkan.

f) Jika seseorang pelari gagal menghabiskan perlumbaan, tiada mata akan diberi
kepada pelari. g) Kiraan masa dihitung menggunakan alatan yang diperakukan. h) Jika dalam sebuah perlumbaan mempunyai lebih daripada 10 orang peserta, saringan kan dilakukan. Peserta yang teratas dalam perlumbaan saringan akan bertandingan dalam perlumbaan seterusnya. i) Blok permulaan atau plat pelepasan hendaklah digunakan semasa pertandingan .

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS LARI PECUT Acara-acara lari pecut yang dipertandingkan di sekolah rendah ialah 100 meter, 200 meter, 4 X 100 meter dan 4 X 200 meter. Manakala di sekolah menengah pula,acara yang dipertandingkan ialah 100 meter, 200 meter, 400 meter, 4X100 meter dan 4 X 400 meter. a) Permulaan Teknik permulaan - permulaan berdekam ( "crouch start" ). Pengukuran untuk permulaan blok hadapan ialah dengan berpandukan kepada tapak kaki dari garisan permulaan. Condongan muka blok hadapan adalah antara 50 hingga 60 darjah. Condongan muka blok belakang pula ialah 80 darjah. Jarak antara blok hadapan dan blok belakang ialah antara 1 hingga 1 1/2 tapak kaki bergantung pada panjangnya kaki dan keselesaan pelari. b) Ke Garisan Keadaan badan agak relaks. Tangan diletakkan di belakang garisan permulaan. Kedudukan tangan adalah mendepa seluas bahu. Sementara itu, ibu jari dan jari telunjuk dibuka dan jari-jari yang lain dirapatkan. c) 'Sedia' Berat badan dipindahkan ke hadapan supaya terletak di atas kedua- kedua belah tangan. Bahu lebih ke hadapan sedikit daripada kedua-dua belah tangan. Punggung diangkat sehingga lutut kaki hadapan adalah 90 darjah dan kedudukan punggung lebih tinggi sedikit daripada bahu d) Mula Berlari Tolak dari kaki hadapan sambil mengangkat tangan. Pada masa yang sama, bawa kaki belakang ke hadapan dari blok belakang. Lutut kanan hendaklah diluruskan dan pinggang untuk langkah pertama semasa permulaan larian. Badan dicondongkan sedikit ke hadapan semasa awal larian. Langkah pertama semasa mula berlari ialah kaki belakang iaitu kaki kiri mendarat terlebih dahulu. Kaki tolakan diangkat dan dibawa

ke hadapan.Badan diangkat sedikit demi sedikit iaitu dengan mengurangkan condongan badan. e) Hayunan Tangan i. Kedua-dua tangan bengkok - sudut lebih kurang 90 darjah. ii. Jari-jari tangan dalam keadaan separuh genggam atau terbuka - agak relaks, bukan genggam secara tegang. iii. Hayunan tangan - pantas . f) Pertengahan Larian i. Badan tegak. ii. Lutut diangkat tinggi. iii. Tolakan dengan bebola/hujung kaki. g) Tamat Larian i. Apabila sampai ke garisan penamat, lakukan "dip" kepala ditunduk sedikit dan bahagian atas badan ( "torso" ) dicondong sedikit ke hadapan atau 'mendada' garisan penamat dengan keadaan kepala sedikit mendongak. ii. Lari dengan pantas sehingga melepasi garisan penamat, bukan mengurangkan kepantasan beberapa langkah sebelum garisan penamat

Anda mungkin juga menyukai