Anda di halaman 1dari 2

Apakah Itu Kemahiran Berfikir ? Berfikir ialah satu proses mental.

Kemahiran berfikir adalah kemahiran intelek seperti kemahiran menghafal dan mengingat kembali fakta dan penerangan, memberi penjelasan, membuat analisis, mengeluarkan pendapat, membuat keputusan, menyelesaikan masalah atau merancang. Anda perlu tahu istilah berikut yang selalu digunakan untuk mengkategorikan kemahiran berfikir: (a) Kemahiran Berfikir Aras Rendah dan Aras Tinggi Kemahiran menghafal dan mengingat kembali fakta atau maklumat adalah kemahiran aras rendah kerana tidak memerlukan pemikiran yang meluas dan mendalam. Kemahiran berfikri seperti menjelaskan, membuat analisis, mengeluarkan pendapat, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan merancang yang memerlukan pemikiran meluas dan mendalam dipanggil kemahiran berfikir aras tinggi. Ramai guru memberi penekanan kepada kemahiran berfikir aras rendah. Seharusnya mereka juga memberi penekanan kepada kemahiran berfikir aras tinggi. (b) Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif Kemahiran berfikir secara kritis adalah kemahiran yang diperlukan untuk membuat penilaian terhadap data dan maklumat. Membuat analisis bermakna mencerakinkan data dan maklumat kepada bahagian-bahagian dan mengkaji setip bahagian dengan lebih terperinci. Kemahiran menganalisis termasuk membanding dan membeza, menyusun atur, mengenal pasti fakta dan pendapat dan pernyataan berat sebelah, memberi sebab, meramal, membuat kesimpulan awal dan generalisasi, mentafsir dan membuat rumusan. Kemahiran berfikir secara kreatif adalah kemahiarn menjanakan idea yang banyak, pelbagai dan baru. Kemahiran mereka cipta dan membuat inovasi boleh dikelaskan di bawah kemahiran berfikir secara kreatif. (c) Pemikiran Vertical dan Lateral Kedua-dua istilah ini digunakan oleh Dr. Edward de Bono. Pemikiran vertical bermakna penaakulan logik. Pemikiran lateral bermakna menghasilkan idea yang banyak, pelbagai dan baru iaitu pemikiran kreatif. (d) Pemikiran Bertumpu dan Bercapah Dalam pemikiran bertumpu, kemahiran berfikir ditumpukan kepada sesuatu perkara, masalah atau isu tertentu. Contohnya, Ada paku dan calar-calar pada tayar. Apa yang menyebabkan tayar bocor ? Kita perlu mencari bukti atau kenyataan yang menyebabkan tayar itu bocor.

Sebab tayar bocor

Kegunaan tayar terpakai

Dalam pemikiran bercapah, kita mahu menghasilkan idea yang banyak, pelbagai dan baru. Contohnya, Apakah kegunaan tayar terpakai ? Berfikir yang patut dikuasai oleh murid: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. Membuat kaitan Membanding dan membeza Mengkelaskan Menilai Menyusun Mengenal pasti pernyataan benar atau salah Mengenal pasti pernyataan berasaskan fakta atau salah Mengenal pasti pernyataan berat sebelah Mengenal pasti sebab dan memberi sebab Mengenal pasti kesan atau akibat, dan meramal akibat Memuat inferens atau kesimpulan awal Membuat generalisasi Mentafsir Mengenal pasti idea utama, idea sokongan, dan butir-butir terperinci Membuat rumusan Membuat keputusan Menyelesaikan masalah

Anda akan dapati kemahiran berfikir tersebut bukanlah sesuatu yang baru. Kemahiran berfikir itu telah sedia ada dalam kurikulum Bahasa Melayu atau mana-mana pelajaran lain. Mungkin ada kemahiran lain tetapi murid anda perlu menguasai kemahiran berfikir seperti diatas semasa anda mengajar kemahiran bahasa atau isi kandungan.

Anda mungkin juga menyukai