Anda di halaman 1dari 6

CARA MUDAH BUAT BLOG

Asalamualaikum Cara , teknik , panduan atau tutorial mudah kan untuk buat atau bina blog perlu diketahui untuk mudah kan kepada sesiapa yang nak buat blog iaitu ber platform Blogspot . Sebenarnya cara bina atau buat blog mudah sahaja kepada sesiapa hendak jadi Blogger di Blogspot . Hari ini kita belajar cara dan langkah mudah cara bagaimana nak bina buat blog di blogspot . Walaupun sesetengah persepsi kepada Blogger yang menggunakan platform Blogspot rendah pada sesetengah pengusaha website kerana percuma akan tetapi jika kita nak belajar ber blog bagus juga guna blogspot sebagai tapak belajar jadi blogger . Panduan , teknik dan tutorial belajar cara mudah bagaimana membuat atau bina blog seperti dibawah ini. Langkah Pertama : Perlu ada sekurang kurangnya akaun Gmail . Akan tetapi jika kita buat akaun email Gmail tetapi pihak Gmail Google meminta nombor telefon masalah juga bagi sesiapa yang tak mahu identitinya diketahui Google Langkah Kedua : Pergi ke www.blogger.com Langkah Ketiga : Klik Get Started Langkah Keempat : Create a Google Account , masukan maklumat yang dikehendaki di sana iaitu Email address , Retype email address , Password strength , Display name , Birthday dan accept the Terms of Service . Langkah Kelima : Klik CONTINUE Langkah Keenam : Namakan Blog anda , Blog title dan masukan atau isikan Word Verification Langkah Ketujuh : Klik CONTINUE Langkah Kelapan : Pilih template untuk blog anda .

Langkah Kesembilan : Klik CONTINUE Your Blog Has Created! Sekarang anda dah ada blog dan boleh mulakan berblog . Mudah kan tetapi nak belajar jadi blogger yang bermutu memakan masa yang lama dan jangan berputus asa . Banyak teknik teknik yang perlu diketahui jika tidak hanyalah kita seorang yang melawat blog kita selama mana kita ber blog . Perlu diingat ada berjuta juta blog sedang beroperasi jika kuat bersaing tak sia sia kita ber blog . Jangan harap orang nak datang ke blog kita jika kita hanya menanti kunjungan mereka walaupun seribu tahun tanpa berbuat sesuatu yang boleh mereka tiba di blog kita . Sekian tutorial atau panduan cara mudah bina atau membuat blog menggunakan blogspot Insyaallah kita boleh berjaya jika bersungguh sungguh. ..Wallahu alam.

DAFTAR GMAIL TANPA VERIFIKASI TALIPON


Ada juga segelintir dari kita ingin register Google Mail ataupun Gmail.Akan tetapi untuk menghindari spam gmail melakukan verifikasi talipon bagi anda yang baru mendaftar gmail. Kalau anda ingin mendaftar gmail, setelah anda mengisi data peribadi, anda akan diarahkan ke halaman verifikasi talipon sebelum akaun gmail anda disahkan. Kita selalu mengelak dari memberi nombor talipon kerana di alam siber ni banyak kemungkinan kemungkinan akan berlaku oleh kerana semasa kita buat pendaftaran perkhidmatan talipon samada di rumah .. pejabat .. atau handphone kita .. kita telah masukan data atau maklumat peribadi kita secara lengkap semasa memohon nya. Baiklah sekarang kita cuba salahsatu cara membuat gmail tanpa verifikasi talipon. 1: Putuskan sambungan internet minima 10 saat . yang bagusnya seminit. 2: Jangan lupa logout gmail dahulu .. jika kamu sedang gunakan. 3: Hapuskan cookies.Cari kat toolbar. 4: Ok.. sekarang on kembali sambungan internet kamu . 5: Jika kamu guna Window XP gunakan IE 6 ( internet explorer 6 ) . Untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan saya selalu buat cara ni .. Selalunya tak mungkiaq .. kata orang Utara .. Bermaksud.. selalunya menjadi register gmail kamu tanpa memberi nombor handphone atau nombor talipon rumah kamu Insyaallah . 6: Tapi apa apa pun delete atau clear cookies dan temporary internet file dan restart IE dahulu.Perlu diingatkan jika kamu berasa renyah atau kurang faham cara ni .. saya nasihat upah orang lain untuk membuatnya dan kasi lebeh sikit kerana kadang kadang perlu dicuba berulang kali baru berjaya . Ataupun minta kat member yang gmail dia tak biasa guna langsung . Jangan lupa kasi sikit . 7: Baiklah dah semua langkah langkah diatas dah buat Daftar lah macam biasa.. Insyaallah .. semoga berjaya

Jika tuan tuan dan puan puan tak berjaya mendaftar Gmail tanpa verifikasi dengan cara di atas guna kan cara lain pulak. Apa apa yang saya ceritakan dari pengalaman saya. Mungkin esok ke lusa saya sendiri tak boleh buat cara ni Maklum la.. google mempunyai pakar pakar yang lagi pakar dari kita. Wallahu alam

CARA PING BLOG KE SEARCH ENGINE


Asalamualaikum Bagaimana dan dimana cara nak ping entri blog kita ke search engine boleh dikatakan semua blogger patut tahu berkaitan enjin carian ini. Cara kita nampak bijak ketika kita menulis di blog akan tetapi cara nak baiki salah satu teknik SEO untuk blog ini kita kita pandang mudah saja. Bagaimana cara nak ping dan di mana nak ping blog kita ke search engine atau enjin carian ? Kerana apa kita ping blog ke search engine ? Kita ping blog kita ke search enjin adalah untuk setiap posting di blog kita terindek di search engine dan dari kerana itulah menarik pengunjung ke laman blog kita . Ada banyak laman atau website ping percuma jika kita nak ping blog kita . Jika kita ber blog dengan cara menggunakan platform wordpress sebenarnya ada aplikasi mudah disana untuk ping blog kita cara mudah . Cara nya sangat mudah , Login ke blog > pergi ke dashboard > ke setting > klik writing > update services > disitu ada ruang dan terdapat satu link yang telah tersedia dan tambahkan link laman web ping disana.Selepas itu save changes . Kebaikan dan ...keburukan ping . Kebaikan ping adalah seperti diatas . Keburukan ping adalah jangan overpinging iaitu berlebihan ping jika tiada posting terkini atau entri baru di blog kita. Website atau laman ping percuma untuk ping blog ke arena search engine free pingsite : pingomatic.com autopinger.com blogsearch.google.com Sekianlah cara , tips , tutorial bagaimana cara nak ping blog atau website kita ke dalam search engine atau enjin carian . Wallalhu alam Sekian terima kasih.

TUTORIAL UNTUK BLOG TIPS UNTUK BLOGGER LAJUKAN LOADING BLOG


Hari ni kita berkongsi belajar cara buat blogspot iaitu Tutorial Ringan kan Blog atau Blogspot dan sesetengah boleh juga di gunapakai untuk WordPress . Tutorial untuk buat blog memang terdapat macam macam tips dan cara ,tidak kiralah untuk Blogger baru , Blogger Lama , Blogger Terkenal Di Malaysia , Blogger Terbaik ke semuanya memerlukan Tutorial cara ringankan Blogspot atau WordPress . Blogger Blogger selalunya memerlukan tutorial atau cara terkini untuk update blog mereka.Kerana pengguna Blogspot dan WordPress mahukan cara yang paling mudah update blog mereka. Loading Blog yang lambat menunjukkan Blog itu berat dan ada kemungkinan kemungkinan lain juga yang menyebabkan loading Blog jadi lembab. TUTORIAL CARA MUDAH RINGANKAN BLOGSPOT DAN WORDPRESS Cuba kurangkan. penggunaan Gadget atau Widget .Gunakan yang berfaedah sahaja . Jika kita menggunakan Platform WordPress atau Blogspot kalau boleh Sidebar disebelah kanan Website kita. Pengguna WordPress yang guna hosting sendiri boleh juga scan virus di akaun CPanel masing masing ditakuti ada virus yang melambatkan loading laman web . Header yang besar sangat pun, melambatkan loading Blog . Kecilkan saiz header Blogspot atau WordPress kita. Widget ShoutBox dan widget follower letakan di sidebar dan jika boleh bahagian bawah sidebar . Effect effect pada Blog patut diminimakan . Kurangkan bilangan entri ( Show Entry ) di homepage atau main page dan page page seterusnya.Semua posting perlu ada ReadMore Sentiasa fikir cara nak jadikan Blog kita slim selalu sebagaimana kita memikir body kita . Gunakan Template Blog yang simple ( ringkas ) tapi hampir bersesuaian dengan minat kita.Kerana jika blog yang kita bina tapi kita tak minat dengan blog kita agak agak jadi macamana blog kita tu barangkali jadi blog terbiar jika kita tiada mood dengan blog kita . Realiti . Kurangkan gambar gambar animasi . Sekian .. Sedikit Teknik Buat Bolg Kita Jadi Ringan Terima Kasih

CARA MUDAH TINGKAT TRAFIK BLOG


Cara mudah untuk mempertingkatkan pengunjung atau trafik ke blog kita selalu menjadi topik oleh para Blogger . Nak tingkat kan trafik ke blog kita sebenar bukan mudah juga oleh kerana Blogger dan Website samada dari platform Blogspot atau WordPress semakin hari semakin ramai atau pun semakin meningkat. Bukan sekadar itu saja mereka iaitu Para Blogger boleh dikatagorikan bijak bijak belaka. Makna kata semakin hari ..semakin rancak kita bersaing .. ini yang best.Game Blogger kot.Cara yang paling mudah untuk tingkat trafik ke blog kita begini : Buat 1 akaun facebook ( kira kira akaun pencacai la ) supaya jangan guna akaun original yang kita selalu guna tu. Ronda ke FanPage FanPage yang top .. dan paste link blog kita disana ( Promote Blog ). Akaun pencacai tu lasak sikit jika admin Fanpage nak block akaun tu lantak pi la atau pun kena warning dengan Facebook .Okey, jika wall fanpage di setkan tak open untuk public palam di ruang komen.Yang bagus jika kita letakan link kita di bawah gambar profile Fanpage . Ada banyak juga cara mudah.Jika tak rajin yang mudah jadi susah.Boleh juga ambil peluang dari ChatBox di blog blog untuk cara promosi blog . Antara langkah langkah terbaik untuk membanyakan atau meramaikan pengunjung ke Blog ialah memperkenalkan Blog kita kepada Blogger Blogger dengan cara Blogwalking , Rugi la jika kita sampai ke Blog kawan kawan tapi tiada tinggalkan komen .Sebab bila kita berkomentar di blog ada juga jejak untuk kita tinggalkan disana. Dengan cara daftar blog di Google , Yahoo , Bing ,dll memudahkan search engine meng indek blog kita.Dan lagi dengan cara menggunakan Plugin SEO Search Engine Optimization . Saling bertukar link dengan rakan rakan Blogger seperti Link Exchange . Cara meningkatkan backlink guna cara ini juga. Artikel artikel yang simple dan nampak mudah memang digemari pembaca blog .Oleh itu tajuk tajuk entri yang bermula dengan perkataan Cara Mudah Cara Senang Cara Cepat Cara Pantas Cara Terkini dan lain lain lagi memanglah selalu ringan jari pengunjung blog mengkliknya di Google , Yahoo atau Bing . Sekian sahaja artikel Cara Mudah Tingkatkan Trafik Ke Blog . . Terima Kasih

TEKNIK BERKESAN BELAJAR SEO


Cara nak belajar teknik SEO memang mudah jika seseorang itu sangat berminat belajar SEO Search Engine Optimization . Tutorial belajar teknik SEO untuk blog samada Blogspot atau WordPress memang banyak cara nya di utarakan oleh Blogger . Teknik atau cara yang berkesan belajar berkaitan SEO adakalanya memerlukan masa juga untuk melihat hasinya.Bayangkanlah berapa ramai pakar pakar SEO bersaing untuk mempromosi website atau blog iaitu artikel artikel mereka di Enjin Carian sama ada Google , Yahoo , Bing dan lain lain lagi. SEO atau Search Engine Optimization ialah keupayaan menonjolkan entri atau posting artikel kita di engine carian yahoo , Bing , Google dll supaya ramai pembaca melawat blog kita dan dengan cara ini pageview dan Pagerank blog kita pun meningkat. Cara tak langsung mudah lah pasang iklan di blog . SEO sangat penting untuk Business Online , cara

nak jadi usahawan berjaya di internet memerlukan belajar SEO .Disini ada beberapa cara mudah tutorial cara mempraktikan SEO iaitu Search Engine Optimization . Selalu kita meng.publish posting posting kita dengan judul beserta keyword atau kata kunci yang selalu orang menaipnya di enjin carian. Plugin terbaik untuk WordPress .Untuk Blogger yang menggunakan platform WordPress plugin seperti SEOPressor , All In One SEO Pack , WordPress SEO , Easy WP SEO dll baik juga di cuba . Selalu periksa skrip HTML website di laman yang menyediakan pemeriksaan secara percuma ,jika banyak error selalunya blog tak mesra SEO . Dengan cara mendaftar ( summit ) blog ke google , Yahoo , Bing dll. Dan ping blog kita ping website . Cara , Teknik , Tutorial SEO Search Engine Optimization memang banyak diperkatakan sepanjang masa daripada seluruh dunia.Jika rajin buat kajian Insyaallah berjaya. Sekianlah serba ringkas teknik yang diharap berkesan dalam SEO . Wasallam.

Anda mungkin juga menyukai