Anda di halaman 1dari 3

Hudud adalah sebahagian daripada undang-undang syariah di bawah bab Kanun Jinayah Syariah.

Jinayah
menurut fuqaha' ialah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi
atau mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja. Penta`rifan tersebut
adalah khusus pada kesalahan-kesalahan bersabit dengan perlakuan seseorang membunuh atau
menghilangkan anggota tubuh badan seseorang yang lain atau mencederakan atau melukakannya yang wajib di
kenakan hukuman qisas atau diyat.

Adapun undang-undang syariah itu terdapat di dalamnya banyak bentuk undang-undang; antaranya ialah
undang-undang jinayah, undang-undang munakahat, undang-undang iktisoddi, undang-undang perlembagaan
Islam ataupun Kanun Dusturi Islami dan bermacam-macam lagi undang-undang Islam yang lain.

Di bawah undang-undang jinayah ( atau lebih dikenali sebagai Kanun Jenayah Syariah) ini terbahagi pula
kepada 4 jenis.Iaitulah hudud, qisos, diat dan takzir.

Makna HUDUD:

Bermakna batasan yang dibuat oleh ALLAH SWT dan ia tidak boleh dilanggar oleh sesiapa pun. Contohnya;
kalau seseorang itu mengaku berzina, maka dia wajib dihukum sebagaimana yang telah ditetapkan oleh ALLAH
SWT, iaitu wajib sebat dia 100X (bagi yang belum kahwin).Kalau dia mengaku mencuri pula, maka tak boleh
penjarakan dia dan tak boleh dendakan dia, tapi wajib dipotong tangannya kerana ia adalah satu batasan yang
telah dibuat oleh ALLAH SWT.

Hukuman HUDUD:

Hukuman Hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH di dalam Quran/hadith.Hukuman
Hudud ini adalah hak ALLAH ,yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya dan tidak boleh di ubah-suai dan
dipinda. Hukuman Hudud tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun. Mereka yang melanggar aturan-aturan hukum
ALLAH, yang telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH/rasulNya yang disebutkan di dalam Quran/hadith adalah
termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. Sepertimana firman ALLAH SWT yang bermaksud:

" Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum ALLAH, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
(Suratul Baqarah:229)

Kesalahan yang dikenakan hukuman HUDUD:

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman Hudud ialah:

i) Berzina, iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengkut hukum
syara`.

ii) Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan
keturunannya, dan tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan 4 orang saksi.

iii) Minum arak atau minuman yang memabukkan, samada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak.

iv) Mencuri, iaitu memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan
tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya..

v) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, samada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau
dengan iktikad kepercayaan.

vi) Merompak (hirabah); iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau
membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.

vii) Pendurhakaan (bughat) ;iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau mendurhaka kepada Ulil Amri yang
menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum ALLAH.

QISAS:

Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa
dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.

Perbandingan QISAS dan HUDUD:

Persamaan diantara qisas dengan hudud ni ialah hukumannya telah ditetapkan ;seperti kadar dan bentuknya,
yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT di dalam al-Quran. Manakala perbezaan diantara qisas dengan hudud
pula ialah hukuman qisas ini hendaklah dituntut oleh mangsa ataupun keluarga mangsa Tapi kalau
tidak dituntut oleh mangsa atau keluarga mangsa ,maka tidak boleh dikenakan hukuman qisas.Jadi , berbezalah
diantara qisas dengan hudud ,dimana hudud ini, walaupun tidak dituntut oleh mangsa atau keluarga mangsa
tetapi ianya tetap wajib dilaksanakan.

Kesalahan & Hukuman QISAS:

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah :

a) Membunuh orang lain dengan sengaja.
b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain
dengan sengaja.
c) Melukakan orang lain dengan sengaja.

a) Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh
dengan dibalas bunuh.Sepertimana firman ALLAH SWT yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman ,diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang)
dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh." (Suratul Baqarah : 178)

b & c) Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya,
wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu, juga mengikut jenis
anggota yang dicederakan dan yang dilukakan tadi.Sepertimana firman ALLAH SWT yang membawa maksud:
"Dan telah Kami wajibkan ke atas mereka (orang-orang Yahudi) yang disebutkan
dalam Kitab Taurat, bahwasanya nyawa dibalas dengan nyawa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung
dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan kecederaan juga
hendaklah dibalas seimbang. Tapi bila sesiapa mengampuninya,maka itu adalah penebus dosa baginya. Dan
sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh ALLAH,maka mereka itulah orang-orang
yang zalim." (Suratul Ma`idah : 45)

DIYAT:

Hukuman Diyat bermakna pampasan atau pun ganti rugi. Diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh
penjinayah kepada wali/waris mangsanya sebagai ganti rugi disebabkan jinayah yang dilakukan oleh penjinayah
keatas mangsanya. Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan kesalahan
qisas.Hukuman diyat ialah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH dan rasulNya di dalam al-
Quran/hadith sebagai ganti rugi diatas kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota badan, atau
melukakannya. Kesalahan yang dikenakan hukuman diyat:

i) Pembunuhan yang serupa dengan sengaja: Serupa dengan sengaja bermakna perbuatan tadi sengaja
walaupun tidak ada niat untuk membunuh atau mencederakan.

ii) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja) - qotlu qotto` yakni yang memang tidak sengaja.

iii) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau ahli waris orang yang dibunuh; sepertimana firman
ALLAH TA`ALA dalam Suratul Baqarah ayat 178 yang bermaksud,:

"Sesiapa yang dapat memperolehi sebahagian keampunan daripada saudaranya (waris kepada mangsa yang
dibunuh), maka hendaklah diikuti dengan cara yang baik (iaitu menuntut ganti rugi dengan tidak melampaui
batas).Dan tunaikanlah bayaran diyat itu dengan ihsan. Yang demikian itu adalah suatu keringanan/kemudahan
yang diberikan oleh ALLAH SWT. Serta satu rahmat daripada Tuhan kamu ( makna rahmat adalah kasihan belas
daripada ALLAH SWT kepada sekelian hambaNya). Sesiapa yang melampaui batas selepas daripada itu, maka
baginya azab yang pedih."

Hukuman TAKZIR:

Hukuman takzir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjenayah-penjenayah
tadi tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.

Hukuman takzir dalam Kanun Jenayah Syariah adalah hukuman yang tidak ditentukan dan ditetapkan ALLAH
kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Quran/hadith. Ia terserah kepada kebijaksanaan Ulil Amri.Tetapi para
ulama berpendapat bahwa takzir tidak boleh menyamai sekurang-kurang hudud.

Contohnya; kalau kita nak sebat orang,misalnya.Kalau nak jatuh hukuman sebat diatas kesalahan takzir,maka
bilangan sebatan yang dijatuhkan tidak boleh menyamai sekurang-kurang hudud. Contoh sekurang-kurang
hudud ialah 40 sebatan,yakni yang dikenakan keatas peminum arak atau peminum minuman keras yang
memabukkan.Jadi kalau hendak melaksanakan sebatan mengikut hukuman takzir,maka ia tidak boleh sampai
kepada 40 sebatan.Ia mestilah 39 sebatan ke bawah. Wallahu Taala A'lam.

Hukuman takzir adalah hukuman dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah sabit kesalahannya dalam
mahkamah, dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud/qisas, kerana kesalahan yang dilakukan oleh
penjenayah itu tidak termasuk di bawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukum hudud atau qisas.

Jenis atau kadar serta bentuk hukuman takzir itu adalah terserah kepada kearifan hakim untuk menentukan dan
memilih hukuman yang patut dikenakan keatas penjenayah-penjenayah itu,kerana hukuman takzir itu adalah
bertujuan untuk menghalang penjenayah-penjenayah daripada mengulangi kembali kejahatan yang mereka
lakukan tadi, yakni bukan untuk menyiksa mereka.

Apakah keterbukaan masyarakat melayu terutamanya didalam mengikuti undang-undang tersebut?. Sudahkah
anda bersedia sedangkan anda semua telah diajar dengan undang-undang Malaysia?. Dato Seri Najib Tun
Razak pernah berkata, Malaysia tidak menolak Hudud, tetapi hanya belum mampu melaksanakannya, atas
sebab rakyat belum bersedia menerimanya. Banyak tugas perlu dilakukan, termasuk memberi pengertian
kepada rakyat yang bukan beragama islam; apabila seluruh rakyat benar-benar mengerti apa itu Hudud, maka
ianya baru boleh dilaksanakan.

Isu Hudud, kambuh lagi, selepas Parti Pas, bercadang membuat usul di Dewan Rakyat, bagi melaksanakan
undang Hudud di Kelantan.

Usul itu nanti, akan memerangkap wakil rakyat yang beragama islam, apa kah akan menyokong atau menolak
atau berkecuali. Pilihan yang dilihat adalah berkeculai bagi wakil rakyat BN, atas sebab berasaskan kepada
kenyataan Perdana Menteri itu. Pas tidak boleh mengatakan bahawa wakil rakyat islam daripada BN, menolak
Hudud, atas sebab banyak lagi, urusan, tindakan, penjernihan, perlu dilakukan, sebelum undang-undang Allah
itu dilaksanakan di negara ini. Sebagai orang islam, memang penulis bersetuju perlaksanaan undang-undang
Hudud, tetapi melihat keadaan negara yang didiami berbagai kaum dan agama, maka kita jangan dilihat sebagai
memaksa, atas sebab Allah juga tidak mahu ada paksaaan dalam beragama. Biarlah semua rakyat sedar,
mengerti apa itu Hudud, maka apabila bersedia dalam pelkasanaannya, maka tidak timbul lagi unsur-unsur
negatif terhadapnya

Anda mungkin juga menyukai