Anda di halaman 1dari 6

PANDUAN KURSUS

xi

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN
HBMS3203 Pengajaran Muzik V adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Sarjana Muda Pengajaran dengan Kepujian bidang Pendidikan Muzik. Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

xii

PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran AKTIVITI PEMBELAJARAN Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam perbincangan awal Membaca modul Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial Perbincangan atas talian Ulang kaji Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan JUMLAH MASA PEMBELAJARAN JAM PEMBELAJARAN 3 60 10 12 15 20 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. Menjelaskan unsur muzik seperti irama, melodi, warna ton dan dinamik; Menyanyi do tetap dan do bergerak berdasarkan pelbagai nada major; Memainkan kibod mengiringi lagu-lagu dengan kord asas dan sekunder dalam 4 syap dan 4 flet; Mengenal pasti penjarian dan teknik meniup rekoder alto dan sopranino; Memimpin pasukan koir dengan teknik yang betul; dan Mengenal pasti ciri-ciri dan alat-alat muzik masyarakat Malaysia.

4. 5. 6.

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti yang disenaraikan berikut: Topik 1 menjelaskan asas kepada pembelajaran nyanyian dan asas kepada teori muzik oleh pakar-pakar bidang nyanyian khasnya untuk pendidikan muzik. Dalam topik ini kita akan mempelajari nyanyian berpandukan Isyarat Tangan Curwen yang juga amat popular bagi guru-guru vokal. Kita akan mengenali latihan-latihan solfa berpandukan teknik ini serta memperkembangkannya

PANDUAN KURSUS

xiii

dalam proses improvisasi dalam vokal. Isyarat tangan ini dapat menambahkan lagi tarikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah. Topik 2 memberi panduan pengendalian kibod dari aspek penjarian kod-kod iringan, penggunaan stail muzik (music styles) serta tone bank yang terdapat pada kibod. Alat kibod kini menggantikan piano kerana mudah dikendalikan serta murah dan banyak sekolah sudah dapat memperolehi alat muzik ini. Dengan menggunakan kibod guru sudah dapat bergerak dari satu kelas ke satu kelas kerana ianya lebih ringan dan mudah diselenggarakan. Topik 3 memberi panduan bagi latihan tiupan bagi not-not asas dalam permainan rekorder deskan. Rekoder deskan adalah sejenis alat muzik yang kita pernah main kerana ia merupakan instrumen wajib yang diajar dalam mata pelajaran muzik di sekolah rendah. Rekoder soprano atau deskan adalah yang sering digunakan dalam pengajaran kerana saiznya serta agak mudah dimainkan. Topik 4 memberi panduan dalam teknik tiupan alat muzik rekorder alto. Kemahiran bermain rekorder deskan boleh membantu memahami topik ini. Perbincangan dan panduan akan bertumpu kepada aspek penghasilan ton yang baik dan tepat. Kita juga akan menjalankan latihan-latihan amali bagi menguasai penjarian yang betul dan tepat. Topik 5 adalah sambungan kepada penjarian tangan kanan yang mana penjariannya berada pada bahagian atas rekorder alto. Penjarian yang telah kita pelajari adalah pada jari-jari di tangan kiri. Topik ini juga memberi tip-tip tambahan dalam membeli, melatih serta merancang gubahan ensembel rekorder. Topik 6 memberi panduan dalam penjarian rekorder jenis ini agar alat ini juga dapat diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya dimasukkan ke dalam ensembel rekorder yang kita tubuhkan. Rekoder sopranino adalah jenis yang paling kecil dan memainkan bahagian gubahan untuk pic yang tinggi. Rekoder sopranino pula lebih sukar untuk kita perolehi di pasaran dan permainannya juga jarang diaplikasikan di sekolah. Topik 7 memberi pendedahan terhadap aspek-aspek kepimpinan koir. Memimpin koir bukan setakat menghayunkan tangan mengikut rentak lagu semata-mata. Kefahaman tentang elemen-elemen asas dalam muzik seperti tempo, melodi, irama, dinamik dan artikulasi perlu ada. Pemimpin koir juga perlu ada kebolehan untuk menyampaikannya secara efektif kepada ensembel dalam bentuk melalui ekspresi tangan, muka dan gesture.

xiv

PANDUAN KURSUS

Topik 8 menjelaskan lagi peranan pemimpin dalam ensembel dari aspek peranan serta pemahaman tugas pemimpin. Memimpin adalah satu tugas berkomunikasi secara artistik antara pemimpin dan ensembel yang dipimpin ketika latihan serta ketika sesuatu persembahan berlangsung. Tugas utama seseorang pemimpin ensembel bukan hanya sebagai ketua yang memberi isyarat mula dan berhenti, malah adalah untuk menentukan tempo, memberikan pelbagai isyarat dari permulaan hingga akhir dengan jelas. Topik 9 membincangkan perihal genre muzik Dondang Sayang serta menerangkan elemen-elemen muzikalnya. Dondang sayang memberi maksud nyanyian kasih. Dondang juga adalah berasal daripada perkataan dendang iaitu nyanyian dan sayang memberi maksud kasih. Ada juga memberikan maksud lagu kasih. Topik 10 membincangkan tentang sejarah serta elemen-elemen muzikal dalam ensembel Caklempong. Caklempong atau dikenali sebagai Talimpung merupakan alat muzik Melayu tradisi yang diwarisi turun temurun sejak dahulu lagi. Ianya sangat terkenal di Negeri Sembilan. Ensembel muzik caklempong ini berasal dari Bukit Tinggi dan Minangkabau, Sumatera Barat. Ianya telah lama wujud semenjak abad ke-12 lagi. Muzik ini telah dibawa ke Negeri Sembilan semasa penghijrahan orang-orang Minangkabau ke Negeri Sembilan.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut: Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik. Semak Kendiri : Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalansoalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda

PANDUAN KURSUS

xv

menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalansoalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri. Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya. Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagianbahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Dalam silibus pengajian, pelajar dikehendaki mengikuti susunan tahap pengetahuan asas yang bermula daripada tahap 1 sehingga ke tahap berikutnya. Contoh:

xvi

PANDUAN KURSUS

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myVLE.

RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan pelajaran pendidikan muzik menengah rendah (Semakan). Kuala Lumpur : PPK. Loh, P. K. (1991). A handbook of music theory. Kuala Lumpur: Penerbit Muzikal. Matusky, P.,& Tan, S.B. (1997). Muzik Malaysia: Tradisi klasik, rakyat dan sinkretik. Kuala Lumpur: Asian Centre. Taylor, E.(1989). The AB guide to music theory, Part 1. Great Britain: Associated Board. Palmer, W.A., Manus, M., & Lethco, A.V. (n.d.). Piano: Lesson book complete level 1 for the later beginner (3rd ed.). USA: Alfreds Basic Piano Library.

Anda mungkin juga menyukai