Anda di halaman 1dari 2

PELBAGAI ASPEK BUDAYA FORMAL DI SEKOLAH

Azizi Bin Yahaya & Nurfaizah Binti Abd Majid Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Abstrak Dalam mengkaji budaya formal sekolah kita perlu melihat sekolah sebagai satu organisasi sosial yang mempunyai struktur birokrasinya yang tersendiri. Para pelajar dikumpulkan di dalam kelas mengikut pencapaian akademik dan guru-guru pula telah menerima latihan mengikut pengkhususan. Justeru itu, pembangunan budaya formal sekolah dilihat dari aspek fizikal, sosial dan budaya ilmu. Katakunci: aspek fizikal, aspek social, aspek budaya ilmu, budaya formal Pengenalan Menurut Mohd Salleh (1997), menyatakan bahawa budaya ialah kelakuan manusia berdasarkan kelompok-kelompok tertentu yang merangkumi dari aspek pemikiran, sikap, kepercayaan dan tindakan kebiasaan yang mengambarkan cara hidup mereka. Dalam konteks budaya sekolah, memang terdapat juga peraturanperaturan tertentu bagi memastikan para pelajar mendapat pencapaian yang baik dalam bidang akademik dan memastikan para pelajar sentiasa dalam keadaan sihat. Menurut Mok (2002), budaya merupakan apa yang terkandung dalam diri individu hasil dari pengalaman interaksi sosial dengan masyarakat sekeliling. Budaya sebagai proses sosial telah memberi peluang kepada para guru untuk membentuk budaya melalui interaksi dengan pelajarnya. Justeru itu, budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir daripada keperluan masyarakat. Semua pelajar sekolah harus terus didedahkan kepada norma, nilai dan bahasa yang akan mencorak masa depan mereka. Pendidikan adalah nilai yang amat diutamakan. Maka pembudayaan di sekolah dilaksanakan menerusi kurikulum formal dan kurikulum tidak formal. 1. Budaya Formal Sekolah Berdasarkan Dari Aspek Fizikal Menurut Mok (2002), budaya formal sekolah berdasarkan dari aspek fizikal merangkumi perkaraperkara seperti kebersihan bilik darjah, tandas, kantin dan kawasan sekolah. Ciri keselamatan juga ditekankan di kawasan sekolah. Keselamatan anggota-anggota sekolah dilindungi dengan peraturan sekolah, alatan dan kemudahan keselamatan yang lengkap termasuk mengadakan perkhidmatan keselamatan seperti pertolongan cemas dan kawalan keselamatan lalu lintas. Aspek fizikal juga merangkumi ciri keselesaan seperti ruang untuk bergerak yang mencukupi, peredaran udara segar yang membawa suasana tenang dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Ia juga menekankan tentang keindahan sekolah dengan penanaman tumbuh-tumbuhan, bunga serta perhiasan-perhiasan yang merangsangkan suasana keselesaan. 2. Budaya Formal Sekolah Berdasarkan Dari Aspek Sosial Budaya formal sekolah berdasarkan dari aspek sosial merangkumi nilai hormat-menghormati di antara anggota-anggota sekolah serta mematuhi peraturanperaturan sekolah (Mok, 2002). Selain itu, sikap kerjasama di antara anggotaanggota sekolah patut diamalkan, bersedia untuk bantu-membantu dan rela menjalankan tugas masing-masing tanpa rungutan. Ia juga merangkumi perpaduan dimanifestasikan

daripada integrasi pelbagai kaum dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Perpaduan juga dimanifetasikan daripada pergaulan dan keriangan dalam aktiviti-aktiviti sosial di sekolah. 3. Budaya Formal Sekolah Berdasarkan Dari Aspek Budaya Ilmu Aspek budaya ilmu dikatakan sebagai salah satu budaya yang menekankan tentang perkembangan intelek. Menurut Mok (2002), aspek budaya ilmu adalah seperti semangat ingin belajar sama ada ada di dalam bilik darjah atau pun di perpustakaan sekolah. Ia juga meliputi aspek penggunaan bahasa dengan betul dan jitu di dalam dan di luar bilik darjah. Menurut Shaharir (1996), pemilihan Bahasa Melayu sebagai wahana budaya ilmu di Malaysia sambil menggalakkan penguasaan Bahasa Inggeris (kerana keperluan komunikasi antarabangsa dan pemindahan ilmu) dan bahasa kaum adalah satu dasar bahasa yang tidak bercanggah dengan Al-Quran. Maka penguasaan bahasa adalah penting bagi menguasai sesuatu ilmu. Rujukan Mohd Salleh Lebar (1997). Sosiologi Sekolah dan Pendidikan. Selangor: Thinkers library. Mok Soon Sang (2002). Pendidikan Di Malaysia Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester Dua. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Shaharir Mohamad Zian (1996). Peranan Nilai dan Budaya Dalam Pembangunan Sains dan Teknologi. Pemikir. 6. Oktober; 53-69.

Anda mungkin juga menyukai

  • Borang Daftar I Think
    Borang Daftar I Think
    Dokumen1 halaman
    Borang Daftar I Think
    Hariharan Yelomalei
    Belum ada peringkat
  • Peraturan Pert POP Open2-2015
    Peraturan Pert POP Open2-2015
    Dokumen2 halaman
    Peraturan Pert POP Open2-2015
    Hariharan Yelomalei
    Belum ada peringkat
  • 1 Ogos 2017 Selasa
    1 Ogos 2017 Selasa
    Dokumen4 halaman
    1 Ogos 2017 Selasa
    Hariharan Yelomalei
    Belum ada peringkat
  • Anak Kucing Yang Tidak Sabar
    Anak Kucing Yang Tidak Sabar
    Dokumen3 halaman
    Anak Kucing Yang Tidak Sabar
    Hariharan Yelomalei
    Belum ada peringkat
  • Anak Kucing Yang Tidak Sabar
    Anak Kucing Yang Tidak Sabar
    Dokumen3 halaman
    Anak Kucing Yang Tidak Sabar
    Hariharan Yelomalei
    Belum ada peringkat
  • Semasa Praktkum
    Semasa Praktkum
    Dokumen2 halaman
    Semasa Praktkum
    Hariharan Yelomalei
    Belum ada peringkat
  • Tulang Fail RPH
    Tulang Fail RPH
    Dokumen1 halaman
    Tulang Fail RPH
    Hariharan Yelomalei
    Belum ada peringkat
  • RPH Jimat Ink Dalam Word Editted
    RPH Jimat Ink Dalam Word Editted
    Dokumen1 halaman
    RPH Jimat Ink Dalam Word Editted
    mages87
    Belum ada peringkat
  • Muka Depan
    Muka Depan
    Dokumen6 halaman
    Muka Depan
    Hariharan Yelomalei
    Belum ada peringkat
  • Muka Depan
    Muka Depan
    Dokumen6 halaman
    Muka Depan
    Hariharan Yelomalei
    Belum ada peringkat
  • Muka Depan
    Muka Depan
    Dokumen6 halaman
    Muka Depan
    Hariharan Yelomalei
    Belum ada peringkat
  • Ming Guan
    Ming Guan
    Dokumen2 halaman
    Ming Guan
    Hariharan Yelomalei
    Belum ada peringkat
  • Kertas Kerja Bengkel
    Kertas Kerja Bengkel
    Dokumen4 halaman
    Kertas Kerja Bengkel
    Hariharan Yelomalei
    Belum ada peringkat
  • Prasekolah
    Prasekolah
    Dokumen5 halaman
    Prasekolah
    Hariharan Yelomalei
    Belum ada peringkat
  • Buku Rekod (BM)
    Buku Rekod (BM)
    Dokumen6 halaman
    Buku Rekod (BM)
    Hariharan Yelomalei
    Belum ada peringkat
  • Kertas Kerja Gerko
    Kertas Kerja Gerko
    Dokumen5 halaman
    Kertas Kerja Gerko
    Hariharan Yelomalei
    Belum ada peringkat
  • 39
    39
    Dokumen1 halaman
    39
    Hariharan Yelomalei
    Belum ada peringkat
  • Minggu 13
    Minggu 13
    Dokumen1 halaman
    Minggu 13
    Hariharan Yelomalei
    Belum ada peringkat
  • Minggu 8
    Minggu 8
    Dokumen1 halaman
    Minggu 8
    Hariharan Yelomalei
    Belum ada peringkat
  • Best Borang KOT
    Best Borang KOT
    Dokumen32 halaman
    Best Borang KOT
    Hariharan Yelomalei
    Belum ada peringkat
  • Sasaasassaassasasasasasas
    Sasaasassaassasasasasasas
    Dokumen2 halaman
    Sasaasassaassasasasasasas
    Hariharan Yelomalei
    Belum ada peringkat
  • Buku Rekod
    Buku Rekod
    Dokumen10 halaman
    Buku Rekod
    Hariharan Yelomalei
    Belum ada peringkat
  • Bab 1
    Bab 1
    Dokumen23 halaman
    Bab 1
    Hariharan Yelomalei
    Belum ada peringkat
  • Full 1st Situation
    Full 1st Situation
    Dokumen4 halaman
    Full 1st Situation
    Hariharan Yelomalei
    Belum ada peringkat
  • Seni Dalam Pendidkan
    Seni Dalam Pendidkan
    Dokumen4 halaman
    Seni Dalam Pendidkan
    Hariharan Yelomalei
    Belum ada peringkat
  • Buku Rekod
    Buku Rekod
    Dokumen10 halaman
    Buku Rekod
    Hariharan Yelomalei
    Belum ada peringkat
  • Hukum Kawad
    Hukum Kawad
    Dokumen1 halaman
    Hukum Kawad
    Arvin Kumar
    Belum ada peringkat
  • Skrip
    Skrip
    Dokumen6 halaman
    Skrip
    Hariharan Yelomalei
    Belum ada peringkat
  • Institut Pendidikan Guru
    Institut Pendidikan Guru
    Dokumen4 halaman
    Institut Pendidikan Guru
    Hariharan Yelomalei
    Belum ada peringkat
  • Jenis Pendekatan Induktif
    Jenis Pendekatan Induktif
    Dokumen7 halaman
    Jenis Pendekatan Induktif
    Hariharan Yelomalei
    Belum ada peringkat