Anda di halaman 1dari 2

DEFINISI AQIDAH Islam adalah suatu agama yang sangat indah dan mudah difahami oleh semua lapisan

masyarakat sama ada dari yang kecil, muda hinggalah yang tua. Selain itu juga, agama islam merupakan agama yang tidak memaksa penganutnya. Aqidah islam merupakan perkara yang wajib diketahui dan difahami secara mendalam oleh umat islam. Definisi akidah adalah perkara yang wajib diakui dengan hati dan jiwa tanpa sebarang syak wasangka. Akidah merupakan perkara teras dalam agama islam. Tanpa akidah yang kukuh, umat islam akan hanyut dari landasan yang benar. Akidah terdiri daripada dua iaitu akidah suci dan akidah fasad. Akidah suci merupakan akidah yang diturunkan oleh Allah manakala akidah fasad adalah akidah yang telah diselewengkan. Kepentingan akidah kepada umat islam adalah sebagai pendorong agar melakukan perkara yang baik disisi Allah yang esa. Umat islam yang tidak takut terhadap balasan tuhan akan dimasukkan kedalam nereka. Amalan yang dilakukan bukan kerana Allah, tidak akan diterima, pahala amalan tersebut dan ianya menjadi sia-sia belaka. Definisi Akidah pada umumnya merupakan perkara yang wajib dibenarkan oleh hati dan jiwa dan seharusnya jiwa menjadi tenteram terhadapnya sehingga lahirnya satu keyakinan yang kukuh tanpa digoncang atau dicampuri oleh sebarang syak atau keraguan. Dalam pengertian agama, akidah terkandung di dalam rukun iman iaitu beriman kepada Allah, Beriman kepada para Malaikat, beriman kepada Kitab, beriman kepada para Rasul, beriman kepada hari akhirat dan beriman kepada qada dan qadar. Akidah yang benar merupakan landasan tegaknya agama dan kunci diterimanya amalan. Hal ini sebagaimana ditetapkan oleh Allah Taala di dalam firman-Nya dalam surah Al-Khafi( ayat110): Maksudnya: Maka barang siapa yang mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya hendaklah dia beramal soleh dan tidak mempersekutukan sesuatu apapun dengan-Nya dalam beribadah kepada-Nya. Allah taala juga berfirman dalam surah Az-zumar (ayat 65 ) Sungguh telah diwahyukan kepadamu dan kepada orang-orang sebelummu, apabila kamu
-1-

berbuat syirik pasti akan terhapus seluruh amalmu dan kamu benar-benar akan termasuk golongan orang-orang yang merugi. Pendidikan akidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri seseorang. Ia merupakan inti kepada amalan Islam seseorang. Seseorang yang tidak memiliki akidah menyebabkan amalannya tidak mendapat pengiktirafan oleh Allah swt. Ayat-ayat yang terawal yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw di Makkah menjurus kepada pembinaan akidah. Dengan asas pendidikan dan penghayatan akidah yang kuat dan jelas maka Nabi Muhammad saw telah berjaya melahirkan sahabat-sahabat yang mempunyai daya tahan yang kental dalam mempertahan dan mengembangkan Islam ke seluruh dunia. Bilal bin Rabah tidak berganjak imannya walaupun diseksa dan ditindih dengan batu besar di tengah padang pasir yang panas terik. Demikian juga keluarga Amar bin Yasir tetap teguh iman mereka walau berhadapan dengan ancaman maut. Dari sini kita nampak dengan jelas bahawa pendidikan akidah amat penting dalam jiwa setiap insan muslim agar mereka dapat mempertahan iman dan agama Islam lebih-lebih lagi di zaman globalisasi yang penuh dengan cabaran dalam segenap penjuru terutamanya internet dan teknologi maklumat yang berkembang dengan begitu pesat sekali. Akidah terdiri dari dua jenis iaitu akidah suci dan akidah fasad. Bagi umat islam, kita wajib untuk meyakini akidah suci kerana ianya benar-benar turun dari Allah s.w.t. Akidah fasad adalah akidah batil yang tidak terkira bilangan yang wujud akibat penyelewengan terhadap akidah suci. Akidah yang suci hanya wujud dalam agama islam sahaja kerana ia adalah merupakan satu agama yang dijamin dipelihara oleh Allah sw.t. Firman Allah dalam surah Al-hijr (ayat 9) Maksudnya sesungguhnya kamilah yang menurunkan peringatan (Al-quran) dan kamilah yang memeliharanya. Selain itu juga, diiktikadkan bahawa agama yang dipelihara ini juga telah diturunkan dengan sempurna dan serba mencukupi sebagaimana fiman Allah dalam surah Al-Maidah (ayat 3) yang bermaksud Hari ini telah aku sempurnakan kepada kamu agama kamu. Akidah suci yang terkandung dalam agama yang terpelihara ini adalah lengkap dan tidak perlukan sebarang pindaan.
-2-

Anda mungkin juga menyukai