Anda di halaman 1dari 5

Zaba dilahirkan pada tahun 1895 di sebuah kampung terpencil yang

terletak dekat Batu Kikir, Jempol Negeri Sembilan.


Beliau berasal dari sebuah keluarga yang kuat beragama, oleh itu tidak
hairanlah penulis ini telah belajar berkhatam Al-Quran, menghafal Surah
Yassin dan berzanji ketika usianya mencecah tujuh tahun.
Pendita pujaan ramai ini hanya menjejakkan kakinya ke sekolah pada usia
12 tahun di Sekolah Melayu Batu Kikir. Dan kemudiaannya, bertukar ke
Sekolah Melayu Linggi untuk mendalami ilmu pengajian Arab dan Islam
lanjut.
Penulis ulung ini merupakan pelajar Melayu pertama dari Negeri Sembilan
yang menghabiskan zaman persekolahannya (Senior Cambridge) dari
darjah satu hingga darjah enam dalam jangka masa enam tahun.
Pada tahun 1917, Zaba melangkah ke alam perkhawinan dan mempunyai
seorang anak perempuan.
Namun, ianya tidak kekal lama. Karyawan ini kemudiannya berkhawin
sekali lagi dengan Fatimah Umar dan menjaga anak perempuannya itu.

1895 '

.




.

. 12

.



.
' 1917
.
.

.
Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Zaaba dilahirkan pada 16
September 1895 di kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Za'ba mulai
bersekolah ketika berusia 12 tahun di Sekolah Melayu Batu Kikir. Tidak lama selepas
itu, Za'ba bertukar ke Sekolah Melayu Linggi
untuk pengajian Arab dan Islam lanjut. Pada 1915, Za'ba berjaya tamat (Senior
Cambridge), menjadi pemuda Melayu pertama dari Negeri Sembilan yang
menamatkan tingkatan satu ke Senior Cambridge dalam tempoh enam tahun.
Pada tahun 1916 Za'ba mulai menulis dengan serius ketika berkhidmat sebagai guru
sandaran di Johor Baharu. Rencana pertamanya berjudul "Temasya Mandi Safar di
Tanjung Kling" telah diterbitkan dua kali oleh Utusan Melayu. Kelebihan Za'ba adalah
keupayaannya mengabung kesemua aspek dari bahasa, kesusasteraan, agama,
ekonomi, pendidikan, dan politik dalam penulisannya. Dia turut tekun menulis
mengenai kemunduran orang Melayu yang menjadikan kerajaan koloni British syak.

Sungguhpun aktiviti penulisannya ditahan, dia kekal aktif. Ketika berkhidmat di Kolej
Latihan Sultan Idris, Za'ba memusatkan usahanya menggabung tatabahasa Arab
dan Inggeris ke dalam Bahasa Melayu dan menggunakan aturan tatabahasa
tersebut dalam penerbitan buku teks sekolah dan bahan bacaan umum.
Za'ba meneruskan kerjaya penulisannya dengan menulis semula penulisan rencana
keugamaannya untuk diterbitkan sebagai buku. Usaha pertamanya, Umbi Kemajuan
diterbitkan pada 1932. Za'ba turut aktif dalam khidmat masyarakat. Ini termasuk
menjadi Penasihat Umum bagi Persaudaraan Sahabat Pena Malaya pada 1937, dan
pada 1945 sebagai Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor. Pada tahun 1946, di
kongres menentang pembentukan Malayan Union, dia dilantik sebagai ahli
jawatankuasa bagi Jawatankuasa Penggubal Rang Piagam UMNO dan pada tahun
yang sama dia menamatkan kerjaya politiknya selepas Piagam UMNO diterima dan
diluluskan. Pada tahun 1947, dia mula berkhidmat sebagai pensyarah Bahasa
Melayu di Universiti London. Di bersara daripada perkhidmatan kerajaan ketika
berusia 55 tahun.
Khidmat Za'ba masih diperlukan dan pada tahun 1953 dia dilantik sebagai pensyarah
senior di Jabatan Pengajian Melayu (Malay Study Department (JPM)) di Universiti
Malaya, Singapore. Bersama dengan Ungku Aziz, dia mengatur pembentukan
pertubuhan bahasa pelajar dan dua tahun kemudian pembentukan Persekutuan
Bahasa Melayu Universiti Malaya.
Za'ba memduduki peperiksaan akhir kursus luar Universiti London dan menerima
Master of Arts Second Class (Lower) ketika berusia 59 tahun. Za'ba menerima
gelaran Pendeta sacara rasmi, dalam bentuk songkok pada 1956 dalam Kongres
Penulisan dan Bahasa Melayu Ketiga di Johor Bahru. Semua titik peluh yang Za'ba
curahkan kedalam hasil kerjanya adalah kerana dia mahu meletakkan bahasa Malay
diperdana tanpa meminta penghormatan. Malah dia pernah menolak bintang
penghormatan Pingat Manku Negara - yang membawa gelaran Dato', dan juga
Bintang Kebesaran Brunei. Bagaimanapun pada tahun 1962, dia akhirnya bersetuju
menerima anugerah Pingat Manku Negara yang membawa gelaran Tan Sri.
Za'ba telah dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
dengan Bintang Panglima Mangku Negara (gelaran "Tan Sri"). Beliau juga mendapat
Ijazah Doktor Kehormat Persuratan pada konvensyen pertama pertama Universiti
Kebangsaan Malaysia pada tahun 1973.
Za'ba dianggap sebagai peneroka tatabahasa Melayu, yang kabur ketika itu. Dia
menyumbang dengan lebih lanjut apabila dia diberikan tanggungjawab untuk
merancang kurikulum sekolah, sebagai penterjemah, pensyarah dan semasa era
Jepun diberikan tanggungjawab bagi menulis buku yang boleh digunakan di Malaya
dan Sumatera. Tan Sri Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad atau Za'ba meninggal pada
23 Oktober 1973 ketika berusia 78 tahun

16
. 1895
. 12


. 1915

.
1916
. "
" .

.
.
.


.

.
.1932 .
1937
1945 . 1946


.
1947 .
55.
1953

.

.


59 .
1956
.

.
- .
1962
.
-
" " .

.1973
.


.
23
1973 78

Anda mungkin juga menyukai