Anda di halaman 1dari 1

TAJUK : TEAM BUILDING

AKTIVITI : Surat Layang


MASA : 30minit
PERALATAN: Kertas kosong,tali rafia

OBJEKTIF : 1. Mewujudkan kerjasama antara ahli kumpulan
2. Memahami arahan dengan baik.
3. Berfikir sebelum bertindak


LANGKAH-LANGKAH:
1. Tiap-tiap peserta dalam kumpulan menulis nama pada sehelai kertas
kosong dan melipatnya.
2. Fasilitator mengumpul dan meletakkan kertas secara berselerak.
3. Semua ahli kumpulan diikat kaki antara satu sama lain dan bergerak
serentak untuk mencari nama-nama ahli kumpulan sehingga lengkap.
4. Kumpulan yang paling cepat dapat mengumpul nama-nama ahlinya
dikira sebagai pemenang.

PENYELESAIAN:
Setiap kumpulan perlu mengutip kertas yang berdekatan dan
meletakkannya di tengah-tengah dan kemudian barulah memilih nama-
nama ahli kumpulan.

FALSAFAH :
Sifat mementingkan diri akan merosakkan semangat kumpulan.
Perkara yang dilakukan bersama akan memudahkan sesuatu tugasan.

Walaupun ada matlamat dalam sesuatu kumpulan,rintangan dan
halangan perlu ditempuhi dengan sabar dan cekal.

Anda mungkin juga menyukai