Anda di halaman 1dari 1

BERGERAK

PENDAHULUAN

( Luang 10 minit

bersama kami)
Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah,bersyukur kepada Allah s.w.t, atas nikmat kurnia yang tidak terhitung daripada-NYA kita
masih lagi dapat bernafas dan menikmati segala nikmat dunia untuk melayari kehidupan yang sementara
sekaligus tanda syukur dizahirkan dengan amal kebaikan untuk bekalan akhirat. Artikel yang diberi nama
USRAH BERGERAK ini adalah idea yang ditambahbaik bersama Cikgu Wan Abd.Ghani setelah
menerima pandangan beberapa orang guru untuk diadakan perjumpaan bagi berkongsi pandangan
berkaitan Islam. Akibat kekangan masa yang akan menyulitkan perjumpaan di kalangan guru, staf
mahupun pelajar, kami membuat keputusan untuk diadakan artikel bulanan ini untuk kita kongsikan
segala hal yang boleh kita lihat dari sudut perspektif agama. Islam itu universal dan fleksibel. Islam itu
adalah cara hidup. Islam berasal dari perkataan salam atau aslam yang memberi makna selamat atau
sejahtera. Dengan makna lain siapa yang ikut Islam insyAllah selamat dan sejahtera yakni dengan
mengamalkan segala ajaran Islam dengan sempurna. Amar makruf nahi mungkar (ajak ke arah kebaikan
dan cegah yang mungkar) amat dituntut agar kita sentiasa beringat untuk hidup di dunia di atas landasan
yang betul. Hidup di dunia hanya sementara. 50 tahun, 60 tahun bahkan ada yang usia muda telah
mengadap Allah. Persoalannya, sejauhmana persediaan kita untuk menghadapi kematian yang pasti?
Mati itu pintu ke alam akhirat, adakah kita akan membuka pintu itu dengan kehidupan yang bahagia atau
sengsara? Itulah kehidupan yang selama-lamanya selepas mati. Justeru itu artikel ini diterbitkan untuk
kita sama-sama berkongsi pandangan agar termotivasi menjalani ibadah yang mudah. Merasai nikmat
kemanisan iman. Segala persoalan atau isu yang hendak dibincangkan boleh diajukan untuk kita
kongsikan pada keluaran artikel yang akan datang. Anda juga dialu-alukan untuk sama-sama
menyumbang idea dalam bentuk artikel berkaitan segala isu agama mahupun motivasi. Serahkan karya
anda dalam bentuk softcopy dan kita terbitkan. Mudah-mudahan dengan Izin Allah, usaha kecil ini akan
menjadikan kehidupan kita di dunia ini sebagai seorang muslim lebih baik dari sebelumnya. Amin..
DAKWAH
Satu ketika, seorang pemandu teksi bertanya, Apakah yang sepatutnya saya ucapkan untuk berdakwah
kepada pelancong yang bukan Islam yang menaiki teksi saya? Adakah saya perlu mainkan cd ceramah
atau nasyid? Atau tampalkan hadis nabi atau kata-kata hikmah (kebaikan)?
Jawab si A, Itu semua kedua, Yang pertama dan utama anda memandu dengan berhemah. Pasti
pelancong itu berasa selamat sepanjang menaiki anda. Berasa selamat bila bersama orang Islam.
Memberi rasa selamat, indah dan tenang mengikut kehendak Al-Quran dan Hadis. Apa perasaan
pelancong itu jika apabila membaca kata-kata hikmah bahawa Islam adalah agama selamat, tetapi
sepanjang bersama anda di dalam kereta dia tidak berasa selamat, memandu dengan kasar?

Kolumnis :
-Ustaz Abdul
Wafi Suaidi
-Cikgu Wan
Abdul Ghani
Wan Mamat

Moral : Tunjuk contoh akhlak yang baik merupakan dakwah yang paling berkesan. Mari sama-sama kita
berakhlak mulia. Ya Allah bagilah kami petunjuk dan hidayah Mu.
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya
Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar
Sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(surah Ibrahim : 7)
Pilih jalan anda..

Anda mungkin juga menyukai