Anda di halaman 1dari 1

PANDUAN BELAJAR MENURUT KAEDAH ISLAM

MUQADDIMAH
Hukum Menuntut Ilmu
Sabda Rasulullah s.a.w : menuntut ilmu adalah fardhu ain ke atas setiap orang
islam lelaki dan perempuan.
Pengertian : Pembelajran yang menjadi Fardhu Ain yang di maksudkan ialah
seperti pembelajaran ilmu yang berkaitan dengan mengenali Keesaan Allah dan
sifat-sifatNya,Kebenaran RasulNya,Sembahyang,Bersuci,Zakat dan Haji serta
wajib pada lain-lain Muamalat dan Pekerjaan.
Kemuliaan Ilmu dan Kelebihannya
Kemuliaan ilmu itu dimiliki oleh setiap orang malah dikhususkan kepada manusia
namun ciri selain daripada ilmu adalah dikongsi bersama oleh manusia dan lainlain makhluk seperti ciri keberanian,garang, kuat,baik,saying dan lain-lain kecuali
ilmu tidak dikongsi bersama makhluk lain.
Ketika mempelajari sesuatu ilmu hendaklah disertai dengan niat kerana niat
merupakan pangkal bagi semua hal.
Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya segala amalan itu bergantung kepada niat.
Setiap daripada kita seharusnya meniatkan menuntut ilmu itu kepada 5
bahagian.
1.Untuk mendapatkan keredhaan Allah Taala dan balasan Syurga di Akhirat
2.Untuk menghilangkan kejahilan pada diri dan orang lain.
3.Untuk menghidupkan agama dan mengekalkan Islam, oleh kerana Islam akan
kekal bilamana ada Ilmu.
4.Sebagai tanda syukur di atas kurniaan nikmat akal dan kesihatan tubuh badan.
5.Jangan kerana ingin meraih habuan dunia,sambutan orang
ramai,penghormatan ketua dan lain-lain lagi selain Allah.

Di petik dari Buku Belajar Cara Belajar

Anda mungkin juga menyukai