Anda di halaman 1dari 9

DRAF 1 KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

PENGGUNAAN LEMBARAN KERJA PELBAGAI GARISAN DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4

KHAIRUNNISA BINTI AMIN@KASSIM 2011021340106

JABATAN PENGAJIAN MELAYU IPG KAMPUS SARAWAK 2014

1.0

PENDAHULUAN Kepentingan terhadap penguasaan bahasa sangat ketara dalam bidang pendidikan kerana bahasa menjadi medium utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini selaras dengan penekanan yang terdapat dalam dokumentasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan menjadikan bahasa Melayu sebagai mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah bertepatan dengan status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Kurikulum Bahasa Melayu yang digubal secara khasnya menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat. Kemahiran bahasa merupakan isu yang penting dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.

1.1

Pengenalan Kemahiran menulis merupakan satu daripada komponen kemahiran bahasa dalam pengajaran Bahasa Melayu. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), konsep menulis di sekolah merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeuarkan idea melalui pelbagai penulisan kreatif yan berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Konsep ini turut dinyatakan dalam Dokumen Standard Sekolah Rendah (2013), iaitu merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Kemahiran menulis mekanis merupakan satu daripada jenis kemahiran menulis yang perlu dikuasai pada peringkat rendah. Kemahiran menulis secara mekanis merupakan kemahiran untuk membolehkan murid membentuk lambang huruf dan seterusnya menulis perkataan dengan jelas, tepat dan kemas. Kemahiran ini merangkumi menulis huruf mengikut yang betul, menjaga jarak yang sekata antara huruf dan menggunakan ejaan serta tanda baca yang betul. Kemahiran menulis mekanis bertujuan untuk membolehkan murid menguasai kemahiran membentuk huruf besar dan huruf kecil bagi setiap abjad dengan cara dan teknik menulis huruf yang betul dan seterusnya dapat menulis perkataan dan frasa. Dalam

bahasa tulisan, penggunaan tanda bacaan digunakan bagi membantu proses membaca dengan betul dan berkesan. Penguasaan kemahiran penggunaan tanda baca yang betul berupaya dalam membantu proses penyampaian maklumat dengan tepat.

1.2

Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Dua fasa praktikum yang dilaksanakan sebelum ini merupakan sumber pengalaman serta bekalan untuk menjalani praktikum fasa yang terakhir. Praktikum Fasa 1 dan Fasa 2 telah saya jalani di sebuah sekolah kampung di kawasan Miri, manakala bagi Fasa 3 pula saya jalani di sebuah sekolah dalam Bandaraya Miri dan jumlah muridnya jauh lebih besar daripada jumlah murid di sekolah yang terdahulu. Semasa dua fasa pertama praktikum, saya berpeluang untuk mengajar kelas Tahun 3, dan fasa yang ketiga pula saya diberikan tugas untuk mengambil alih sebuah kelas Tahun 4. Ketiga-tiga fasa praktikum ini merupakan cabaran bagi saya kerana kumpulan yang diserahkan kepada saya merupakan kumpulan pertama yang menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Semasa menjalani ketiga-tiga fasa praktikum, saya mendapati sebilangan besar murid yang saya ajar bermasalah dalam penggunaan tanda baca, khasnya huruf besar dan huruf kecil. Masalah ini dapat dikesan melalui rekod-rekod pelaksanaan latihan yang diberikan. Walaupun sering ditegur dan diperingat mengenai perkara ini, namun begitu masalah ini masih lagi berulang. Seringkali menjadi persoalan saya, walaupun murid-murid ini menyalin jawapan bagi soalan pemahaman berdasarkan petikan yang sudah disedia, tetapi kesalahan penggunaan tanda baca tetap ada. Bagi saya, masalah ini serius kerana kesalahan penggunaan tanda baca dalam penulisan boleh mempengaruhi pencapaian murid dalam ujian penilaian. Kemahiran menulis amat diperlukan dalam mana-mana subjek yang diajar di sekolah. Jadi, seharusnya murid-murid perlu dibimbing dalam aspek kemahiran menulis bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran-kemahiran dalam penulisan.

2.0

FOKUS KAJIAN Kajian saya bermula apabila saya mula mengambil alih kelas Tahun 4 dalam minggu kedua praktikum fasa yang ketiga bermula. Pada mulanya, pemerhatian dibuat secara rawak bagaimana tingkah laku murid-murid yang akan saya ajar dalam tempoh 12 minggu dan menganalisis lembaran latihan yang telah saya berikan. Pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya, saya berterusan membuat pemerhatian dan analisis terhadap dokumen-dokumen seperti buku latihan dan juga edaran latihan yang telah disiapkan oleh murid. saya mendapati bahawa masalah murid saya yang paling ketara ialah kekeliruan dan kecuaian dalam penggunaan tanda baca, khasnya huruf besar dan huruf kecil. Antara contoh kecuaian yang dilakukan ialah: i. Kekeliruan penulisan huruf yang hampir sama bentuknya dalam huruf besar dan huruf kecil, ii. Penggunaan huruf besar pada kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga serta kata panggilan, iii. Penggunaan huruf kecil pada awal ayat.

Justeru, saya mengambil inisiatif untuk menjalankan penyelidikan tindkaan terhadap masalah yang dihadapi oleh sampel agar penguasaan kemahiran penggunaan tanda baca ini dapat dipertingkatkan. Saya menggunakan kaedah penggunaan lembaran kerja pelbagai garisan bagi mengurangkan masalah ini di samping membaiki tulisan murid.

3.0 3.1

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk: i. Meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam kalangan murid Tahun 4 menggunakan kaedah penggunaan lembaran kerja pelbagai garisan. ii. Menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran untuk mengurangkan masalah kekeliruan penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan.

3.2

Soalan Kajian Kajian ini dilaksanakan untuk menjawab soalan seperti berikut: i. Adakah kaedah penggunaan lembaran kerja pelbagai garisan dapat meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam kalangan murid Tahun 4? ii. Adakah saya dapat mengurangkan masalah kekeliruan penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan?

4.0

KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan murid-murid daripada sebuah sekolah yang terletak di Bandaraya Miri. Saya merancang untuk memilih 10 orang responden dari kelas Tahun 4 yang telah saya ambil alih untuk praktikum fasa yang ketiga. Responden akan dipilih melalui kaedah pemerhatian dan analisis dokumen seperti buku latihan dan hasil kerja murid. Responden yang dipilih mempunyai tahap pencapaian yang hampir sama, iaitu boleh membaca dan menulis dengan baik, tetapi tidak menitikberatkan penggunaan huruf besar dan huruf kecil dan penulisan mereka.

5.0 5.1

TINDAKAN YANG DICADANGKAN Prosedur Tindakan Prosedur tindakan yang akan saya jalankan adalah berpandukan model Kurt Lewin. Menurut Kurt Lewin dalam Mok Soon Sang (2010), proses penyelidikan tindakan ditinjau sebagai suatu kitaran tindakan kajian berlingkaran yang merangkumi empat peringkat; iaitu merancang, bertindak, memerhati dan membuat refleksi. Dalam penyelidikan tindakan, rancangan merangkumi analisis masalah dan perancangan strategik. Tindakan pula merujuk kepada pelaksanaan rancangan strategik, manakala pemerhatian meliputi penilaian tindakan dengan kaedah dan teknik yang sesuai. Langkah terakhir iaitu refleksi merujuk kepada proses menganalisis serta menginterpretasikan dapatan penilaian dan proses penyelidikan tindakan secara keseluruhan. Berikut merupakan prosedur tindakan yang telah saya rangka bagi melaksanakan penyelidikan ini.

MENGENAL PASTI ASPEK AMALAN - membuat tinjauan awal mengenai masalah yang dihadapi. - mengenal pasti sampel yang akan diambil untuk kajian.

REFLEKSI - menganalisis, menilai dan seterusnya membuat generalisasi mengenai keberkesanan kajian berdasarkan data yang telah dikumpul

PERANCANGAN - menemu bual guru mata pelajaran berkaitan dengan sampel yang telah dipilih - membuat analisis dokumen seperti rekod pencapaian dan buku latihan sampel yang dikaji - merancang langkah bagi membantu sampel meningkatkan penguasaan kemahiran - membina instrumen yang hendak digunakan untuk proses pengumpulan data - menilai kesahan instrumen yang akan digunakan dengan kajian rintis

PENGUMPULAN DATA - data dikumpul dan dianalisis menggunakan kaedah kuantitatif

TINDAKAN/IMPLEMENTASI - melaksanakan perancangan dengan menggunakan instrumen yang telah dibina - membuat pemerhatian

Rajah 5.1. Prosedur Tindakan Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran lepas, saya mendapati sebahagian besar murid menghadapi masalah kekeliruan penggunaan tanda baca yang betul. Semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia, saya telah membuat pemerhatian terhadap tingkah laku murid semasa membuat latihan bertulis. Sering kali murid ditegur supaya menitikberatkan penggunaan tanda baca, tetapi masalah tersebut tetap berlarutan. Melalui permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid ini, saya merancang untuk memikirkan kaedah yang sesuai bagi meningkatkan penguasaan murid terhadap kemahiran penggunaan tanda baca yang betul, khasnya penggunaan huruf besar dan huruf kecil.

Saya telah membuat tinjauan awal mengenai masalah yang dihadapi. Analisis dokumen-dokumen yang berkaitan telah dibuat bagi mengenal pasti murid yang menghadapi masalah tersebut. Melalui tinjauan awal yang telah dijalankan, antara masalah penggunaan huruf besar dan huruf kecil yang dihadapi ialah i. Kekeliruan penulisan huruf yang hampir sama bentuknya dalam huruf besar dan huruf kecil, ii. Penggunaan huruf besar pada kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga serta kata panggilan, iii. Penggunaan huruf kecil pada awal ayat.

Saya juga telah berbincang secara tidak rasmi bersama guru pembimbing mengenai murid-murid yang menghadapi masalah penggunaan tanda baca. Berdasarkan hasil daripada data yang dikumpul, saya mengambil seramai 10 orang murid yang dipilih secara purposing sampling sebagai sampel kajian.

5.2

Cara Pengumpulan Data Pengumpulan data penyelidikan tindakan awal penting bagi proses pengumpulan maklumat untuk melaksanakan tindakan. Pelbagai jenis data perlu dikumpul bagi mendapatkan maklumat yang lengkap dan bukti yang kukuh terhadap permasalahan yang berlaku. Analisis dokumen merupakan cara pengumpulan data yang paling kerap saya gunakan untuk mengumpul maklumat mengenai masalah ini. Dokumen-dokumen seperti hasil kerja murid dan buku latihan dianalisis untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi mereka dalam penulisan. Melalui analisis dokumen, saya memilih sampel atau responden yang sesuai bagi melaksanakan kajian ini. Pemerhatian juga merupakan salah satu cara yang saya gunakan untuk mengutip maklumat yang diperlukan dalam penyelidikan ini. Pemerhatian dibuat

secara berkala, iaitu semasa aktiviti pengukuhan yang melibatkan penulisan setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Pemerhatian yang dibuat adalah berfokuskan pada tingkah laku murid. Senarai semak digunakan semasa pemerhatian dijalankan.

Selain daripada dua kaedah yang telah dinyatakan, saya juga menggunakan catatan jurnal bagi merekod segala pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran saya serta tingkah laku sampel yang telah dipilih.

5.3

Cara Menganalisis Data Analisis data dilakukan secara kualitatif dan kuantitatif. Penganalisisan akan dilakukan setelah semua data kajian diperoleh. Penganalisisan data dilakukan bagi mengetahui adakah penggunaan kaedah lembaran kerja pelbagai garisan dapat meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam kalangan murid Tahun 4. Melalui analisis yang dilakukan, saya akan dapat mengenal pasti kelemahan-kelemahan kaedah yang boleh diperbaik supaya penggunaan kaedah ini dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan.

5.4

Pelaksanaan Tindakan Dalam langkah ini, saya melaksanakan tindakan yang telah dirancang dengan menggunakan instrumen yang telah dibina. Instrumen yag saya akan gunakan ialah lembaran kerja pelbagai garisan. Jadi, dalam setiap lembaran kerja yang saya sediakan, pada ruangan jawapan akan disediakan tiga garisan. Murid perlu menulis jawapan masing-masing menggunakan garis tiga tersebut. Semasa pelaksanaan tindakan dijalankan, pemerhatian secara berterusan akan dibuat sama ada semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung ataupun bertindak sebagai pemerhati sepenuhnya. Hasil penulisan murid juga disemak dari semasa ke semasa bagi mengenal pasti kelemahan dan kelebihan penggunaan kaedah ini. Pemerhatian yang saya jalankan akan direkodkan menggunakan catatan jurnal dan foto.

6.0

ANGGARAN KOS Anggaran kos perbelanjaan bagi pelaksanaan penyelidikan tindakan ini adalah seperti yang berikut: Harga seunit (RM) 10 2 10 JUMLAH

Bil. 1. 2. 3.

Bahan Kertas A4 Pen Marker Ink Pencetak

Kuantiti 3 2 4

Jumlah (RM) 30 4 40 74

Anda mungkin juga menyukai