Anda di halaman 1dari 3

PERANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN Menurut Zulhilmi Paidi dan Rohani Ab.

Ghani (2003) mengatakan setelah Perang Dunia Kedua berakhir, pemerintah kolonial Inggeris mencuba sedaya upaya membina kembali Persekutuan Tanah Melayu daripada runtuhan peperangan tersebut, baik dari segi fizikal mahupun dari segi sosial, politik dan ekonomi. Dalam arena politik, mereka menemui kegagalan terutamanya dalam usaha untuk mendirikan Malayan Union. Namun, dari segi ekonomi mereka telah berjaya, dengan mengambil ilham daripada rancangan lima tahun yang dilaksanakan di Soviet Union dan India, serta pengalaman Marshall Plan, yang telah berjaya membina kembali seluruh Eropah dengan biayaan Amerika Syarikat, dan dengan naungan PBB serta beberapa pertubuhan kecil yang menganggotainya, kolonial British telah memperkenalkan institusi "perancangan pembangunan " di Persekutuan Tanah Melayu ketika itu. Pihak penjajah British telah merangka dan melaksanakan Rancangan lima tahun pertama Persekutuan Tanah Melayu yang diberi nama Draft Development Plan of Malaya (1950 - 1955). Dengan terlaksananya rancangan tersebut, terasaslah suatu tradisi perancangan moden, suatu Institusi penting dan suatu alat politik berkesan yang menentukan masa depan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Sebagai suatu tradisi moden "perancangan pembangunan" dikekalkan sehingga kini. Sebagai suatu tradisi, institusi tersebut membentuk watak dan wajah negara bangsa Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia. Sebagai suatu alat politik, tradisi dan institusi ini memainkan peranan penting dan .melaluinya perundingan dan kesepakatan antara kumpulan etnik dan kelas digubah. Secara keseluruhannya, "perancangan

pembangunan" menjadi elemen terpenting dalam pembentukan negara Malaysia yang kita kenal hari ini. Kejayaan sebelum kelahiran negara bangsa Malaysia telah meyakinkan pihak kolonial British untuk melanjutkannya. Rancangan Malaya Pertama (1956- 1960) adalah perlanjutan usaha tersebut. Ketika pelaksanaan rancangan ini, pimpinan telah diasuh dan diberikan tanggungjawab mengendalikan proses tempatan

pembangunan

masyarakatnya sendiri melalui pemerintahan sendiri yang terbatas selepas Pilihan Raya Umum tahun 1955 dan kemudiannya melalui pemberian kemerdekaan pada 31

Ogos 1957, Selepas Pilihan Raya Umum tahun 1959,Rancangan Malaya Kedua (1961 1965) diperkenalkan dan dilaksanakan sepenuhnya oleh pimpinan tempatan. Walaupun dari segi falsafah, bentuk dan teknik corak perancangan pembangunan ketika itu merupakan lanjutan perancangan: pembangunan kolonial British, namun dari segi tujuan, matlamat dan strategi khusus penyesuaian. Perubahan dan penyesuaian dalam perancangan pembangunan lebih jelas apabila negara bangsa Malaysia dibentuk pada tahun 1963 dan setelah Pilihan Raya Umum tahun 1964 dilancarkan Rancangan Malaysia Pertama (1966 - 1970). Usaha untuk membangunkan masyarakat Malaysia pada masa itu lebih agresif sifatnya. Pelbagai dasar dalam bidang pendidikan, bahasa dan budaya diperkenalkan untuk melengkapi rancangan pembangunan tersebut yang rata-rata bercorak ekonomis. Walaupun tumpuan utama diberikan kepada usaha membangunkan masyarakat desa yang miskin dan tertinggal namun usaha menggerakkan perindustrian gantian import, khasnya perusahaan pembuatan juga diperkenalkan. Kelancaran pelaksanaan Rancangan Malaysia Pertama terbantut seketika akibat Konfrontasi Indonesia- Malaysia yang berakhir pada tahun 1966, Namun begitu, pemerintah telah berjaya menunjukkan kemampuan yang dapat mereka laksanakan. Setidak-tidaknya dari segi kemudahan prasarana "pembangunan" telah dirasakan. Tentunya, segala usaha ini tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Hal ini telah menunjukkan banyak perubahan dan

dijelmakan melalui pencapaian pihak parti pembangkang dalam arena politik kepartian. Bibit-bibit pertentangan ini yang kian membahang, akhirnya mencetuskan suatu pertentangan terbuka lagi berdarah. Peristiwa 13 Mei 1969 terpahat dalam sejarah pembangunan Malaysia sebagai suatu tinta hitam yang menginsafkan rakyat Malaysia. Peristiwa ini berlaku sebaik sahaja selesai Pilihan Raya Umum tahun 1969. Rusuhan bermula di Kuala Lumpur dan kemudiannya telah merebak ke beberapa tempat lain tetapi dapat dikawal negera. Parlimen telah digantung, demokrasi terhenti dan kedukaan daripada peristiwa itu dijadikan sempadan Biduk lalu kiambang bertaut, bak kata bidalan. Begitulah keadaannya di Malaysia ketika itu.

Lahir daripada peristiwa 13 Mei 1969 ialah Rancangan Malaysia Kedua (1971- 1975). Digarab ke dalamnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan membetulkan ketidakseimbangan ekonomi yang wujud antara kaum dan wilayah bagi mencapai

perpaduan negara. Apa yang penting ialah rancangan ini telah menganjurkan suatu usaha membangunkan masyarakat Malaysia untuk jangka masa panjang, iaitu

mengambil tempoh selama 20 tahun (1971 - 1990). Hal ini bererti bermula dengan Rancangan Malaysia Kedua (1971 - 75) dan untuk tiga rancangan lima tahun

selanjutnya, iaitu Rancangan Malaysia Ketiga (1976 - 1980), Rancangan Malaysia Keempat (1981 - 1985) dan Rancangan Malaysia Kelima (1986- 1990), segala usaha akan ditumpukan untuk mencapai matlamat DEB. Rancangan Malaysia Kedua (1971 1975) merupakan rancangan pembangunan yang menitikberatkan usaha untuk menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara sektor dan etnik agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai. Ketika itu terdapat peralihan daripada industri gantian-import kepada industri berorientasikan eksport. Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) merupakan rancangan pembangunan yang melanjutkan dasar industri yang dirangka pada Rancangan Malaysia Kedua. Rancangan Malaysia Keempat (1981 - 1985), Rancangan Malaysia Kelima (1986 - 1990) dan Rancangan Malaysia Keenam (1991 - 1995) merupakan rancangan pembangunan yang menitikberatkan industri berasaskan teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan. Rancangan Malaysia Ketujuh (1996- 2000) dan Rancangan Malaysia Kelapan (2001 - 2005) pula mula memberi perhatian kepada atas industri berteraskan k-ekonomi. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 - 2010), tumpuan tidak hanya diberikan kepada Industri berteraskan k-ekonomi tetapi turut memberi perhatian kepada isu pembangunan manusia atau disebut sebagai modal insan . Dalam konteks ini, Islam Hadhari dijadikan kerangka kerja untuk meningkat kualiti modal insan yang tidak hanya meliputi etnik Melayu atau masyarakat Islam tetapi juga semua rakyat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai