Anda di halaman 1dari 6

KEPENTINGAN PJ DARI SEGI AFEKTIF

Pembangunan afektif melibatkan sikap, emosi, apresiasi dan nilai. Pendidikan Jasmani perlu menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain, mengiktiraf sumbangan, kepentingan menjaga kesihatan, penggunaan masa lapang yang berguna, memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam kumpulan sewaktu aktiviti fizikal

Kecergasan boleh membantu murid mengawal emosi kerana tubuh badan yang cergas berupaya membantu mengawal perasan dan berupaya mengenalpasti cara mengawal atau melepaskan perasaan. Kecergasan dapat merangsang individu berfikiran positif dan rasional. Keadaan ini boleh melahirkan individu yang seimbang dan berfikiran positif dalam menangani sebarang situasi.

Dapat menerapkan nilai murni iaitu menanam sifat kesedaran, kefahaman, keyakinan, kesyukuran, semangat cintakan nilai, menghormati kebaikan dan membenci keburukan, membentuk sikap positif kepada agama, bangsa dan negara, mempunyai displin kendiri, mencapai kecemerlangan dan bertugas dengan penuh dedikasi.

Dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran, nilai murni yang biasa diterapkan adalah seperti berikut: (i) Berdikari (ii) Bekerjasama (iii) Menepati masa (iv) Sabar (v) Bersyukur (vi) Cintakan Negara (vii) Bersikap positif

Sebagai pengajar, nilai yang baik harus ditunjukkan sama ada bersemuka atau tanpa bersemuka dengan pelajar. Pengajar mestilah menunjukkan sifat-sifat seperti berikut: (i) Menepati masa (ii) Bersopan santun (iii) Peka terhadap masalah pelajar (iv) Sentiasa berobjektif (v) Mempelbagaikan Kaedah Pengajaran (vi) Memberi peluang kepada pelajar untuk berbincangan (vii) Sentiasa memberi dorongan kepada pelajar dalam apa situasi sekalipun (viii) Bersedia menerima temujanji dengan pelajar (ix) Sabar

Anda mungkin juga menyukai