Anda di halaman 1dari 17

Aspek Kemahiran Lisan

Masalah Lisan Yang Dihadapi Oleh Muridmurid Bermasalah Pembelajaran

Lisan adalah pertuturan atau percakapan.

Apabila seseorang bertutur, ia juga melibatkan


kemahiran mendengar.

Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua


kemahiran penting iaitu: i) Mendengar ii) Bertutur

Kemahiran Mendengar

Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam, mengenal dan mengamatinya.

Kemahiran

mengenal

dan

mendiskriminasikan

bunyi-bunyi ini bergantung kepada faktor-faktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana

kadar

pendengarannya

dan

pengamatan

pendengarannya.

Secara ringkasnya seseorang itu boleh dikatakan

mempunyai kemahiran mendengar jika ia boleh:

Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa.


Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa. Memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan.

Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa.

Mendengar secara kritikal.

Mengikut arahan.

Memahami urutan atau sekuan.


Mengingat kembali. Menentukan idea utama / terpenting. Membuat inferen dan penyeluruhan atau kesimpulan.

Kemahiran Bertutur

Kemahiran menyebut dan membunyikan bunyibunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara), jeda serta helaan yang betul. Bagi sesetengah bahasa, perubahan kepada

unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna.

Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini

amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan


yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

MASALAH KEMAHIRAN LISAN DI KALANGAN MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

Secara umumnya, kanakkanak bermasalah pembelajaran (KKBP) mengalami masalah lisan, tetapi yang membezakannya adalah tahap kecacatan mereka.

PENGGUGUR AN PENGGANTIAN EKOLALIA

PENAMBAHAN

masalah lisan utama KKBP


SENGAU PERBENDAHARA AN KATA ENGGAN BERCAKAP

INTONASI SUARA

PENGGUGURAN menggugurkan huruf dalam sesuatu perkataan. Contohnya, laci disebut aci.

PENAMBAHAN menambahkan huruf dalam perkataan. Contohnya, pensel menjadi penseli. PENGGANTIAN menggantikan huruf konsonan dalam sesuatu perkataan dengan huruf konsanan lain. Contohnya, belalang kepada berarang.

SENGAU pengeluaran udara melalui nasal yang disebabkan oleh sumbing atau keabnormalan alat artikulasi sehingga menjejaskan mutu bunyi yang dihasilkan.
GAGAP pengulangan suku kata awal atau huruf awal dalam perkataan tanpa kawalan. Contohnya, meja kepada me-me-me-meja. Masalah ini disebabkan oleh masalah fungi otak. AKOLALIA masalah yang biasanya dialami oleh kanak-kanak Down Syndrome, iaitu mengulangi perkataan yang sama secara berulang-ulang. Contohnya, makanmakan-makan-makan-makan-makan.

MASALAH INTONASI SUARA menggunakan intonasi yang salah pada masa, keadaan dan tempatnya. Contohnya, suara garau, serak, kecil dan pecah.

PERBENDAHARAAN KATA YANG SEDIKIT disebabkan oleh tiada pendedahan awal di kalangan ahli keluarga.

ENGGAN BERCAKAP tiada keyakinan diri untuk mengeluarkan bahasa kerana mempunyai sejarah silam yang merendahkan motivasi diri.

Anda mungkin juga menyukai