Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirahmanirrahim... Assalamualaikum w.r.b.t dan selamat pagi..

Yang Dihormati pengerusi majlis, Yang berusaha En. Abdul Rashid YDP PIBG SK Mahang. Yang berbahagia,En. Abu Bakar bin Desa Guru Besar SK Mahang ,En Abd Wan Rani bin Hanafiah,guru penolong kanan Hal Ehwal Murid,Pn. Saibah bt Hashim, Guru Penolong Kanan Kokurikulum .Yang diraikan , En Shabli bin Abd Hamid, guru ponolong kanan kurikulum,Yang dikasihi guru-guru SK Mahang dan pelajar- pelajar sekalian..

Bersyukur kita ke hadrat illahi kerana kita dapat berkumpul dan berhimpun di pagi yang mulia ini sempena majlis persaraan En. Shabli Bin Abd Hamid selaku guru penolong kanan kurikulum. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua yang hadir.

Para hadirin sekalian, Sempena majlis persaraan ini,saya wakil kepada guru mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan cikgu Shabli bin Abd Hamid sepanjang berkhidmat di SK Mahang ini. Saya percaya segala pengalaman suka duka dan pengetahuan yang diperolehi menjadi memori dan panduan dalam menjalani hidup kita di masa hadapan. segala sumbangan dan pengorbanan cikgu di sekolah ini akan sentiasa dikenang. Terima kasih atas segala curahan ilmu kepada kami tanpa mengira penat dan jemu.

Para hadirin sekalian. Sepanjang kami berkhidmat di sini , Banyak peristiwa pahit manis yang kita lalui bersama. Ada yang mengembirakan dan ada yang mendukacitakan. Kenangan ini akan kami ukirkan menjadi sebuah cerita yang indah dan menggembirakan. Buat pengetahuan semua , En. Shabli ini seorang yang pandai memasak. Pelbagai jenis juadah yang selalu di bawa kesekolah untuk dinikmati bersama. Sekiranya ada Majlis di sekolah, pastinya ada saja juadah tambahan akan disediakan oleh beliau. Sikap En. Shabli yang peramah dan mudah didekati ini menyenangkan lagi para guru terutamanya dalam mengadu hal permasalahan sekolah pada beliau. Beliau umpama ayah

kepada kebanyakkan guru- guru di sekolah ini. Sekiranya ada perkara yang tidak difahami beliaulah yang akan menjadi tempat rujuk kerapada kami para guru- guru.

Syabas diucapkan kepada cikgu atas komitmen yang begitu padu demi memastikan kecemerlangan pada sekolah ini. Semoga semangat ini akan berterusan pada masa-masa hadapan.di kesempatan ini, Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang cikgu ceburi. Anggaplah perjalanan yang cikgu sedang lalui ini adalah satu cabaran baru dan diharap cikgu terus cemerlang. Curahkanlah bakti cikgu demi kesejahteraan negara. Saya juga berharap agar hubungan silaturrahim cikgu dengan warga SK Mahang akan terus terjalin erat. Sesungguhnya jasa dan budi yang ditabur tidak dapat dibalas dan tentunya akan dikenang sampai bila-bila.

Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung, Hati terkenang mulut menyebut, Budi yang baik rasa nak dijunjung.

Patah dahan bunga kemboja, Pucuk paku subur di titi, Budi cikgu kami tak lupa, Sudah terpaku di dalam hati.

Akhir sekali, kami berharap cikgu sentiasa sihat sejahtera dan berbahagia di samping keluarga tercinta. Terima kasih cikgu. Sekian,terima kasih.

TAMBAH JIKA AYAT KURANG SEDAP

Anda mungkin juga menyukai