Anda di halaman 1dari 5

1

Khutbah Jumaat 27 Zulhi jjah 1434H bersamaan 01 November 2013M




ISLAM MENYATUPADUKAN UMMAH
Oleh: J HEAINS


l ,!: ,, _->' _!.l . :.> l, _,l.>:





MUSLIMIN JEMAAH JUMAAT RAHIMAKUMULLAH,
Bertaqwalah kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala titah perintah-Nya serta meninggalkan
segala yang dilarang-Nya.

Sesungguhnya orang yang paling bertaqwa itu adalah semulia-mulia hamba di sisi Allah SWT,
sebagaimana firman-Nya di dalam Al Quran:

| _>. ..s < >.1. | < ,ls ,,>

Maksudnya: Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara
kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah Al-Hujuraat, ayat 13)

Oleh itu, berusahalah menjadi umat Islam yang bertaqwa dengan taqwa yang sebenar-benar taqwa.
Beriman dengan iman yang sebenar-benar. Ikhlas beramal dengan ikhlas yang sebenar-benar. Mudah-
mudahan mudahlah kita memperolehi rahmat, berkat dan keredhaan di sisi Allah SWT sama ada di dunia
dan juga di akhirat.

JEMAAH JUMAAT YANG BUDIMAN,
Islam adalah agama penyatu seluruh umat manusia, kerana Islam adalah agama yang diperakui dan
diiktiraf di sisi Allah SWT, firman-Nya:

2
| _.] ..s < `.l`. !. l.> _.] . ..>l | _. .-, !. `>,l> `l-l !,-,
`., _. >, .,!:, < _| < _,. ,!.>'

Maksudnya: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang (Yahudi
dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya)
melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya, (perselisihan itu
pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang
kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisab-Nya.
(Surah Ali Imran, ayat 19)

Islam juga agama yang sempurna dan lengkap, firman Allah SWT:

,l l. >l >.,: .. >,l. _..-. ,. `>l .l`. !.,: _. L. _
.,>: ,s .!>.`. . | < "s ',>

Maksudnya: Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan
nimat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang
terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang dia tidak cenderung hendak
melakukan dosa (maka boleh dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha
Mengasihani. (Surah Al-Maidah, ayat 3)

Asal umat manusia adalah penganut agama yang satu, sebagaimana firman Allah SWT:

!. l '_!.l | . :.> l.>! l .l 1,. _. ., _.1l `., !., ,
_l.>

Maksudnya: Dan (ketahuilah bahawa) manusia pada mulanya tidak memeluk melainkan agama yang satu
(agama Allah), kemudian (dengan sebab menurut hawa nafsu dan syaitan) mereka berselisihan. Dan kalau
tidaklah kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman hingga
hari Kiamat), tentulah telah diputuskan hukuman di antara mereka (dengan segeranya di dunia lagi)
mengenai apa yang mereka perselisihkan itu. (Surah Yunus, ayat 19)

Berdasarkan mafhum dan pengajaran daripada ayat ini, jelas bahawa umat manusia dan umat Islam itu
adalah umat yang satu, pasti boleh bersatu dan disatukan dalam Islam dan iman yang sama.

JEMAAH JUMAAT YANG BERBAHAGIA,
Syarat dan formula asas untuk kesatuan dan perpaduan umat Islam itu ialah iman , yakni beriman dengan
iman yang sebenar dan berpegang teguh dengan ajaran Islam. Firman Allah SWT:

...s _,> < !-,.> .
3


Maksudnya: Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-
berai. (Surah Ali Imran, ayat 103)

Ertinya dengan berpegang teguh, yakni menjunjung, melaksana dan mengamalkan setiap ajaran Islam,
kehidupan umat Islam akan beroleh rahmat dan berkat di sisi Allah SWT, kemudian umat Islam dilarang
berpecah-belah dan bercerai-berai antara sesama umat Islam. J ika ini yang diamal dalam kehidupan dan
muamalah atau hubungan sosial sesama umat Islam pasti ia mampu menghidup dan menyuburkan tali
silaturrahmi dan tali persaudaraan.

Ingatlah, sesungguhnya Allah SWT telah menyatakan di dalam Al-Quran bahawa umat Islam yang beriman
itu adalah umat yang bersaudara dalam keimanan, firman-Nya:

!..| `...l :>| >l.! _,, _>,> 1. < _>l-l .-.

Maksudnya: Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua
saudara kamu (yang bertelengkah) itu, dan bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
(Surah Al-Hujuraat, ayat 10)

JEMAAH JUMAAT YANG BERIMAN,
Umat Islam dilarang melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan kesatuan dan perpaduan
ummah retak dan lemah, yang natijahnya perpaduan masyarakat, negeri dan juga Negara terancam. Antara
perkara yang dilarang itu ialah:

1. Bersangka buruk. J auhi perasangka buruk, mengintip mencari salah dan mengumpat sesama umat
Islam, sebagaimana firman Allah SWT:

!!., _.] `.., ,..> ,. _. _Ll _| _-, _Ll '.| ..> .-, >.-`,
!.-, > `.> _!, `>l ,> !.,. :..>> 1. < | < ',. ,>

Maksudnya: Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak
menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan
janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaifan orang, dan janganlah setengah kamu
mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang
telah mati? (Jika demikian) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan tersebut)
dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-Hujuraat, ayat 12)

2. Berbantah-bantah sesama umat Islam. Kerana perkara ini melemahkan umat Islam sendiri. Firman
Allah SWT:

`-,L < .`]. `s... l:. >.. _>> . | < _. _..l

4

Maksudnya: Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan,
kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah menghadapi
segala kesukaran dengan cekal hati, sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar. (Surah Al-Anfaal,
ayat 46)

3. Hasad dengki, memutus tali silaturrahmi, benci-membenci dan bermusuhan. Rasulullah SAW sendiri
dalam sabdanya melarang umat Islam berbuat suatu yang boleh memecahkan kesatuan dan perpaduan,
iaitu dengki- mendengki, putus-memutuskan hubungan saudara, benci-membenci dan bermusuhan,
sebagaimana sabdanya yang bermaksud: Janganlah kamu dengki-mendengki, jangan kamu putus-
memutuskan hubungan persaudaraan, jangan kamu benci-membenci, jangan kamu belakang-
membelakangi (musuh-memusuhi) dan jadilah kamu hamba Allah sebagai saudara, sebagaimana yang
diperintahkan oleh Allah kepada kamu. (HR Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)

4. Tidak bertegur. Dalam hal ini, Islam melarang umatnya tidak bertegur sapa lebih dari tiga hari, ini
yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam Hadithnya yang bermaksud: Tidak halal bagi seorang Islam
(muslim) itu tidak menyapa (menegur) dengan saudaranya lebih dari tiga hari. Keduanya bertemu, yang
seorang menengok ke sini dan yang seorang pula menengok ke sana. Yang terbaik di antara keduanya itu
ialah orang yang memulai memberi salam. (HR Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)

5. Tidak peduli urusan sesama Islam. Oleh itu, Islam menganjurkan umatnya supaya sentiasa ambil
tahu dan peduli terhadap sesama Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa tidak
memperhatikan (tidak pedulikan) urusan umat Islam, maka bukan termasuk kalangan mereka. (HR Abu
Daud)

6. Menzalimi sesama umat Islam. Bahawa umat Islam itu adalah bersaudara, maka jangan menzalimi,
jangan mengecewakan dan jangan merosakkan kehormatan atau nama baiknya, sabdanya yang
bermaksud: Seorang muslim adalah saudara bagi muslim, jangan menzaliminya, jangan
mengecewakannya dan jangan merosakkan (kehormatan dan nama baiknya). (HR Imam Muslim)

Ketahuilah, tanda keimanan seseorang itu ialah saling cinta-mencintai dan kasih-mengasihi, sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud: Tidak beriman seorang dari kamu sehingga dia mencintai saudaranya
seperti dia mencintai dirinya sendiri. (HR Imam Al-Bukhari)

Maknanya, jika umatnya hidup saling berkasih sayang, bersilaturrahmi dan bersaudara, pasti akan
terhindarlah segala perkara-perkara yang dilarang dalam hubungan muamalah atau hubungan sosial
sesama Islam.

JEMAAH JUMAAT YANG BERBAHAGIA,
Satu perkara lagi yang tidak kurang penting dalam memelihara hubungan kesatuan dan perpaduan umat
Islam ialah berita atau cerita palsu dan fitnah, maka Islam mengajar kita, jika orang fasik, yakni mereka
yang berniat jahat terhadap sesama Islam datang membawa berita atau cerita, saat itu umat Islam wajib
menyelidiknya terlebih dahulu sama ada berita tersebut benar atau palsu, apatah lagi jika ia merupakan
fitnah, firman Allah SWT:

!!., _.] `.., | `,l> _.! |,., `.,. ,,.. !. .> >,`.. _ls !. `.l-
_,....
5


Maksudnya: Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu
berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum
dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan
kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Surah Al-Hujuraat, ayat 6)

Demikianlah, Islam mengajar umatnya dalam memastikan kesatuan dan perpaduan ummah tetap utuh dan
kuat. Iaitu supaya umat berpegang kepada panduan Syariat Islam yang terkandung di dalam Al-Quran dan
Sunnah Rasulullah SAW.

Semua ini maha penting demi menjaga hubungan silaturrahmi daan persaudaraan sesama umat Islam
terus mantap. Kerana bermula hubungan yang baik dalam silaturrahmi dan persaudaraan inilah yang akan
menyatu dan mengukuhkan kesatuan dan perpaduan umat Islam.

Ketahuilah, bahawa kuat dan utuhnya kesatuan dan perpaduan ummah, pasti kuat dan kukuh pula
hubungan masyarakat, kuatlah juga negeri dan Negara kita, insya Allah.



,
, ,

.














Di sedia ol eh:
Bahagi an Penyeli di kan dan Informasi
Jabatan Hal Ehwal Agama Isl am Negeri Sabah

Anda mungkin juga menyukai